RSS

tentang jalan raya.

18 Jan

Tiba-tiba saya terfikirkan sesuatu:

Katakan lah saya memandu dengan kelajuan 100 km per jam secara maintain tanpa berkurang atau berlebih satu kilometer pun, adakah ini bermaksud selepas sejam, saya akan sampai ke tempat yang jaraknya adalah 100 km dari tempat saya mula bertolak?

 Secara logik, sepatutnya begitulah kan? Kerana maksud 100 km/jam itu membawa makna, setiap satu jam akan mencapai 100 km.

 Atau, adakah sesiapa yang bijak ilmu fiziknya dapat membantu menjelaskan kepada saya? Pertolongan anda didahului dengan ucapan terima kasih.🙂

 Entah kenapa, di dalam otak saya seolah2 ada satu laci yang menyimpan satu fail bertajuk “Benda tidak penting dan tidak ada kena mengena tetapi nak fikir jugak!”. Seperti bayangan ular sawa albino  yang pernah tiba-tiba menjengah minda saya suatu waktu dahulu hingga membuatkan saya tidak senang duduk memikirkan apakah petandanya. Dan sekarang perkara 100 km/jam ini lah pula yang buat saya mula menyerabutkan kepala sendiri berfikir benda2 begini.

 

Sedikit tentang pemandu dan jalan raya:

  • Saya berpendapat, pemandu-pemandu yang gemar menyondol-nyondol kereta lain yang berada di lorong kanan patut dipenjara tidak kurang 5 tahun atau didenda RM100,000 atau kedua-duanya sekali. Ini adalah kerana mereka telah menganggu konsentrasi pemandu lain. Kenapa perlu disondol-sondol? Cukuplah sekadar mendekatkan kereta kamu atau memberi lampu tinggi untuk memberi isyarat bahawa kamu ingin memotong. Ini asyik menyondol-nyondol saja kerjanya. Rilek-rilek la brader, gua nak ke tepi lah ni!

 

  • Selain itu, saya juga berpendapat, mat-mat rempit di jalan raya haruslah dihukum sula sampai mati, pemandu lori atau trailer yang suka menghimpit kereta lain yang ingin memotong juga haruslah dihukum gantung sampai mati, dan pemandu bas yang memandu secara merbahaya juga haruslah dihukum suntik dengan racun sampai mati. (ya, kamu patut bersyukur kerana saya tidak menjadi Perdana Menteri. jika tidak, semakin pupuslah anak Adam di muka bumi ini.haha!<– gelak kejam)

 

  • Setiap kali melihat budak-budak sekolah berumur belasan tahun, menunggang motosikal tanpa lesen, dan kemudian dengan berani matinya melakukan aksi-aksi willy, superman, batman, atau entah apa-apa aksi merbahaya yang lain, saya mempunyai keinginan yang melubu-lubu untuk melihat budak itu jatuh tergolek-golek dan tersembam ke tanah. Pada waktu itu, saya akan mendekati beliau yang sedang berdarah-darah, bukan untuk menolong, tetapi untuk mengatakan “Haaa…baguslah! Lain kali buat lagi yer…?” dan kemudian, menonong saja berlalu dari situ. Ya, saya tahu, sungguh keji sekali imaginasi sebegitu. Tetapi saya peduli apa.

 

  • Tahukah kamu di China, jika kamu terlanggar seseorang sampai mati, regardless whose fault it is, orang yang melanggar itu haruslah menyara seluruh keluarga si mati sampai bila-bila. Ini bermaksud, jika kamu melanggar George W Bush (bukan nama sebenar) sampai mati, kamu perlu memberi nafkah bulanan kepada isteri dan anak-anak beliau for the rest of your life. Saya fikir hukuman ini sungguh molek jika dilaksanakan di Malaysia, kan?

 

  • On second thought, saya rasa hukuman ini tidak sesuai pula diaplikasikan di Malaysia. Ini kerana, selain terkenal dengan pemandu2nya yang tidak beradab, kita juga mempunyai spesis ibu bapa yang tidak waras. Seperti kes ibu yang sanggup mencurah asid ke muka anak atau kes bapa-bapa yang bermutasi menjadi haruan dan sanggup mentekedarah anak sendiri (baca: bapa rogol anak). Jadi, saya risau, spesis ibu bapa tidak waras begini akan menggadaikan nyawa anak sendiri, seperti menolak anak ke tengah jalan raya yang sibuk, supaya dilanggar mati semata-mata untuk disara secara percuma. Ada kemungkinan bukan?

 

  • Ok. Sudah penat. Poin2 seterusnya kamu boleh isi sendiri dengan tajuk “Kerenah pemandu Malaysia mengikut pemerhatian saya” dengan panjang tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Terima kasih. Akhir kata, berhati-hati di jalan raya.Ingatlah orang tersayang. Memandu cermat jiwa selamat. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Panas.FM.

 
4 Comments

Posted by on January 18, 2010 in Bebelan saya, Manusia, Saja Mengada

 

4 responses to “tentang jalan raya.

  1. kel@mbu

    January 19, 2010 at 3:31 am

    Secara nalarnya, 100 kmj tu begitulah. Maksudnya, dalam sejam kita akan pergi sejauh 100 km jika memandu secara terus tanpa henti dengan kelajuan 100kmj. Tapi itu ujian simulasi mesin bukan ujian on the road. Atas jalan, bergantung banyak faktor. Tahap aerodinamik kenderaan, jumlah muatan, jenis enjin, bahan api dan bla.. bla..

    nak tahu lebih lanjut boleh tanya brader lewis hamilton. hehehe.

    satu lagi, di China, rasuah pun dihukum mati. di malaysia?

     
    • sUe

      January 25, 2010 at 5:24 pm

      china sbg negara blok komunis,mmg mempunyai undang2 yg maha ketat.
      tapi undang2 ketat itu lah yg kdg2 mendisiplinkan penduduknya.
      kalau rasuah nak dihukum mati di Malaysia, mungkin tinggal berapa kerat sahaja menteri yang bersidang di dewan parlimen itu. heh!

       
  2. mata panda

    January 19, 2010 at 3:05 pm

    huh
    suhaila baru lepas kene langgar dgn mat rempit ke?
    ke suhaila baru lepas kene saman sebab melanggar mat rempit?
    ke suhaila baru lepas kene hon dgn lorry driver bwk ayam?
    ngiahaha

    okay agree on the above statement
    100kmh tu sebenarnya guidelines je
    takleh pakai pun
    hv u heard abt engineering tolerance?
    then come drag, road friction, aerodynamics bla bla
    huh bergune jugak degree automotive aku ni kan hehe

    so next time
    kalo aku mengatakan dgn super bangganya
    “suhaila aku sedang memandu 200kmh”
    u can say
    “ah engkau kena tipu dengan speedometer”

    hehe
    agak pjg bebelan ku kali ini

     
    • sUe

      January 30, 2010 at 4:16 pm

      whoa…memang berguna betul degree automotive ko…
      tak nak sambung master kah enche hazwan naqiuddin? hehe!

      ouh, aku takde kena langgar atau baru melanggar mat rempit.
      aku cuma menyampah dengan diorang. titik.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: