RSS

Avatar: ini bukan rebiu.

16 Jan

Akhirnya, dapat juga saya menonton Avatar, sebuah filem yang sudah mengutip lebih satu billion US dollar di seluruh dunia. (ya, saya tahu, saya sudah ketinggalan zaman)

Jika mahu digambarkan keseluruhan filem ini dengan hanya satu perkataan, maka saya pilih : mempesonakan.

ya, segala-galanya adalah mempesonakan.

saya terpesona dengan kecanggihan teknologinya dalam membikin filem ini, saya terpesona dengan keindahan planet Pandora, saya terpesona dengan penduduk Na’vi yang berkulit biru dan tangkas berlawan itu, dan lebih-lebih lagi saya terpesona dan kagum dengan tahap ketinggian imaginasi yang dimiliki  James Cameron ketika mencipta filem ini.

Hebat. Hampir tiga jam, langsung tidak terasa. Malah keterlupaan saya membawa sweater juga tidak menjejaskan apa-apa kerana saya langsung tidak sedar akan sejuknya suhu di dalam panggung wayang itu.

Ya, saya benar-benar tersihir dengan magis filem ini.

Rating dari 5 bintang? Ouh, saya bagi kesemua bintang2 yang ada di galaksi Bima Sakti dan galaksi2 di sekitarnya. Peh!

p.s: menonton filem ini seperti menonton LOTR:Return of The King. sampai kau terlupa untuk menarik nafas sebab terlalu kaku dan khusyuk.

 
2 Comments

Posted by on January 16, 2010 in Filem

 

2 responses to “Avatar: ini bukan rebiu.

  1. f9

    January 19, 2010 at 12:14 pm

    best picture in the recent golden globe nak kene tgk cite ni nanti

     
    • sUe

      January 25, 2010 at 5:25 pm

      silela tengok.
      highly reccommended!🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: