RSS

saya yang tidak berani pada konfrontasi (satu)

12 Jan

saya adalah orangnya yang akan mengelak dari berkonfrontasi walau dengan apa cara sekali pun.

saya adalah orangnya, yang jika menjadi lelaki,kemudian dibuli atau dibelasah bertubi-tubi, tidak akan melawan, sebaliknya lebih mudah mengerekot di tepi jalan, berpura-pura mati atau pengsan.

saya adalah orangnya, yang tegar berdiam diri, mengambil sikap tidak peduli daripada bersuara meluahkan ketidak puasan hati, kepada siapa-siapa sahaja yang mengganggu hidup saya.

saya adalah orangnya, yang masih tetap berdiam diri, walau ego dan maruah dicabik-cabik oleh pelanggan angkuh yang memandang rendah ketika saya bekerja sebagai cashier suatu masa dahulu. (rujuk sini)

saya adalah orangnya, yang masih lagi berdiam diri, apabila ditatap jurujual dengan pandangan sinis ketika membelek2 produk mahal dan dikatakan “dik, you cannot afford to buy this one. you should buy this one instead.” (selepas itu, ibu mengheret saya dan menunjukkan dompet saya kepada si jurujual; “apa? you kata anak I tak mampu? – yes, I love my mother for always backing me up, even in an embarrassing kind of way)

saya adalah orangnya, yang tetap lagi tidak bersuara ketika berdepan dengan konduktor bas terpaling kurang ajar di alam semesta. (saya ada menulis tentangnya di sini)

saya adalah orangnya, yang jika ditipu penjual atau terbeli barangan tidak berkualiti, lebih senang berdiam diri daripada membuat aduan tidak puas hati, sebaliknya  berjanji diam-diam dalam hati tidak akan membeli di situ lagi.

saya adalah orangnya, yang cuma air mata, bukan suara, yang menjadi petanda betapa tidak puas hati atau marahnya saya ketika itu.

ya, betapa saya membenci konfrontasi. atau sebetulnya, saya bukan seorang yang berani.

*ini cuma mukadimah. isinya ada tapi malas nak tulis lagi. jadi bersambung di lain hari, ok?🙂

 
8 Comments

Posted by on January 12, 2010 in Bebelan saya, Peribadi

 

8 responses to “saya yang tidak berani pada konfrontasi (satu)

  1. CAHAYA MATA

    January 13, 2010 at 3:27 pm

    emm.. dulu SAYA pun mcm tu.. tp ada waktunya SAYA “meletup”.. hingga kadang2 tak percaya pd diri sendiri mcm mana leh melawan begitu skali.. hahahaha..

    ehh..rindu entrie awak..🙂

    “bila sedang membancuh air milo, kamu ingin menjadi air milo”.. aduhhh.. tak kan seteruk itu life kamu.. tp lawak laaa.. hahahaha..

     
    • sUe

      January 24, 2010 at 5:51 pm

      yup! kadang2 saya pun meletup, sampai orang sekeliling terdiam.
      yang tak bestnya, air mata pun meleleh jugak. aiseh, leceh!

      haha…hidup saya ketika itu memang agak teruk lah jugak.
      tapi sekarang sudah semakin baik…
      dan harap2 lepas ini tak perlu berangan jadi air milo lagi.
      hehe!:mrgreen:

       
  2. hazwan

    January 13, 2010 at 11:06 pm

    part two
    s’il vous plait
    pantas hoke
    sile rangka dengan pantas dan menarik hokeh

     
    • sUe

      January 24, 2010 at 5:54 pm

      S’il vous plait, is a French word, which translates as please in English.

      “Would you like a drink?”
      “Oui, s’il vous plait”. – sumber-

      see, komen kau membuatkan aku belajar satu lagi perkataan french. bagus2!!😛

      ouh, about the part two, aku dah malas la pulak.
      tengah cari ‘feel’. haha! bila2 rajin, aku sambung wokeh?😉

       
      • hazwan

        January 26, 2010 at 12:59 am

        haha merci beaucoup
        my 3rd language tu hampir satu dekad yg lalu
        whats urs?
        arab if im not mistaken

         
        • sUe

          January 30, 2010 at 4:23 pm

          ouh aku lupa, your third language kat sdar dulu is france.
          mine is arabic. tapi selalu fail.hehe:mrgreen:
          sekarang aku cuma igt camna nak sebut mata,telinga,kepala,kaki,tangan dan satu sampai sepuluh je dlm arab.
          yang lain, haraammm tak hengat!huhu!

           
  3. nuna

    January 14, 2010 at 11:57 pm

    yeah~ u r too soft.. isk~
    /me slalu buli2 kak sue dulu.. hehe😛

     
    • sUe

      January 24, 2010 at 5:57 pm

      huhu. takpe. uena dulu buli2 manja…haha!😀

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: