RSS

azam saya pada tahun ini adalah…eh saya ada kawan bernama azam.tetapi tidak ada kawan bernama azami. dan ya, hazami adalah seorang penyanyi.

01 Jan

azam saya pada tahun ini adalah:
untuk melaksanakan azam-azam saya pada tahun lepas,

di mana azam saya pada tahun lepas adalah:
untuk melaksanakan azam-azam saya pada tahun sebelumnya,

di mana azam saya pada tahun sebelumnya adalah:
untuk melaksanakan azam-azam pada tahun sebelum-sebelumnya,

di mana azam saya pada tahun sebelum-sebelumnya adalah:
untuk melaksanakan azam-azam pada tahun sebelum-sebelum-sebelumnya,

di mana azam saya pada tahun sebelum-sebelum-sebelumnya adalah:
…oh, saya masih kecil ketika itu. jadi, tiada azam lagi.

point saya di sini adalah, saya tidak percaya kepada memasang azam pada tahun baru. seperti mana valentine’s day, yang mana saya langsung tidak percaya berkasih sayang hanya perlu ketika 14 Februari, begitu juga lah dengan memasang azam setiap kali masuk 1 Januari.

kita boleh berazam pada bila-bila masa sahaja.
tidak perlu menunggu tahun baru.
tidak perlu sibuk menghebah azam baru pada tahun baru.
kerana anda boleh saja berazam setiap masa, setiap ketika.

berazamlah setiap hari untuk menjadi lebih baik dari semalam.
dan berazamlah untuk menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini.

Selamat Tahun Baru semua!
renung-renungkan dan selamat beramal.

ouh ya, saya bekerja pada 1 Januari ini. gila berhemah kan?

*deng!

 
4 Comments

Posted by on January 1, 2010 in Uncategorized

 

4 responses to “azam saya pada tahun ini adalah…eh saya ada kawan bernama azam.tetapi tidak ada kawan bernama azami. dan ya, hazami adalah seorang penyanyi.

  1. mata panda

    January 1, 2010 at 2:30 pm

    “ouh ya, saya bekerja pada 1 Januari ini. gila berhemah kan?”
    sangat sarcastic
    huahuahaaa

     
    • sUe

      January 1, 2010 at 5:06 pm

      hahaha!
      i meant it to be sarcastic. =P

       
  2. ainunlmuaiyanah

    January 14, 2010 at 11:59 am

    saya kerja masa krismas. cuti umum saya kerja berturut-turut,. tak larat~ haha. jadi tahun baru saya cuti

     
    • sUe

      January 24, 2010 at 5:56 pm

      wah hebat. di sini krismas kitorg cuti.tahun baru pulak tak cuti.

      either way, working on public holidays still sucks!
      isk isk!😦

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: