RSS

What you don’t know won’t hurt you.is it true?(amaran:ini entri yg sgt panjang)

26 Dec

Saya teringat dahulu, di suatu waktu, di suatu tempat, di suatu ketika, di suatu daerah, di suatu negeri, ketika hujan mencurah lebat, dua orang sahabat sedang berkongsi air mata.

“Aku dah cerita segalanya pada dia. Walaupun aku bagitahu kejadian itu bukan kerelaan, tapi dia tetap payah nak terima aku sepenuhnya”

“Kenapa kau tak report polis waktu tu?

“Buat apa? Aku malu. Nanti famili aku tahu, semua orang tahu, aku malu!”

Dan saya teringat juga, di suatu waktu, di suatu tempat, di suatu ketika, di suatu daerah, di suatu negeri, ketika duduk-duduk makan di gerai, sambil asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya, seorang lelaki berkata:

“Buat apa aku nak ambil anak tu. Dia tu memang minah liar. Dah tidur dengan ramai lagi lelaki. Bukan dengan aku seorang jer. Entah anak siapa entah.”

Dua cerita di atas adalah kisah benar. Ia bukan disaksikan sendiri oleh saya, tetapi cerita kawan atas kawan yang saya olah sedikit supaya tidak terlalu ketara. Pokoknya, saya kenal kesemua watak-watak itu.

Dan ia membuatkan saya berfikir:

Alangkah malangnya kamu, saya, mereka dan kita yang bernama wanita.

Sama ada secara paksa atau suka sama suka, harga diri kamu tetap akan dinilai pada selaput dara yang sudah tiada.

Sama ada secara paksa atau suka sama suka, perut kamu yang memboyot tanpa bapa tetap akan mengundang caci dan cerca.

Kamu lah yang jalang.

Kamu lah yang miang.

Kamu lah yang menggoda.

Kamu lah yang hina.

Ah, stigma masyarakat pada wanita, adalah seperti karat yang sudah berabad lama melekat di besi, sungguh amat payah untuk dikikis bersih kembali.

Tiba-tiba saya teringat kata-kata Nana kepada Mariam di dalam buku A Thousand Splendid Suns karya Khaled Hosseini:

Learn this now, and learn this well, my daughter:

Like a compass needle that points north, a man’s accusing finger always finds a woman. Always.

Alangkah, alangkah malangnya kita.

Saya menulis entri ini bukanlah kerana saja-saja mahu menjadi pejuang wanita (walau saya memang seorang yang feminis). Atau saja-saja mahu menyimbah minyak menyalakan amarah kaum lelaki yang saya tahu – masih ada yang baik dan berhati mulia.

Tetapi entri ini terbit selepas seseorang bertanya kepada saya:

“Apa awak akan buat jika teman lelaki awak mengaku dia sudah tidak teruna tapi sekarang sudah insaf dan bertaubat nasuha?”

Ya, apa yang akan saya lakukan jika benar-benar kenyataan itu terluah dari mulut si dia, yang telah saya kalungkan segenap cinta dan percaya?

Mampukah untuk saya terima?

Mampukah untuk saya berlagak biasa?

Mampukah untuk saya berlakon seolah tiada apa-apa?

Mampukah untuk saya tidak bertanya : dengan siapa? berapa? di mana? bagaimana? bila?

Mampukah untuk saya sabarkan hati dan yakinkah bahawa dia telah berubah sepenuhnya?

Sedangkan saya yakin, jika keadaan bertukar, dan jika kenyataan itu terluah dari mulut saya, bahawa saya ini dahulunya perempuan jalang penuh noda dan dosa, tapi sekarang sudah insaf bertaubat nasuha, si lelaki tetap sukar untuk menerima saya sepenuhnya.

Kerana saya seorang wanita.

Kerana seluruh maruah dan harga diri saya adalah dinilai pada satu selaput tipis bukti keperawanan. Hati saya boleh saja hitam berkarat, tetapi jika masih perawan, ah, saya masih lagi ditafsir ‘gadis baik’. Atau hati saya putih suci tetapi kerana sudah tidak perawan, maka saya sudah dicop besar-besar sebagai ‘gadis jahat sudah ditebuk tupai’.

Jadi jawapan saya adalah:

Jika kamu kekasih saya, dan kamu punya masa silam yang hitam pekat, jangan, saya ulangi, jangan diceritakan konon atas nama kejujuran.

Tidak perlu.

Saya tidak mahu tahu itu.

Kerana ia bakal menghancurluluh, memecahretak, mengakibatkan kecederaan kekal dan kemusnahan total kepada hati saya.

Kerana seperti lelaki yang payah untuk menerima ketiadaan perawan kekasihnya, begitu juga saya.

Dan ini bukan hanya teraplikasi kepada kekasih hati sahaja. Boleh jadi juga kamu sahabat baik saya. Atau kawan sehidup semati. Atau saudara. Atau siapa-siapa sahaja.

Perkara-perkara begitu, yang mengaibkan dan mampu mengubah persepsi orang lain kepada kamu, seelok-eloknya dirahsiakan. Biarlah tengkorak dan tulang-tulang rangka masa silam kamu itu disimpan molek-molek dalam almari. Tidak perlu dibuka-buka lagi. Tidak perlu dicerita dan diluah, walau atas nama kejujuran. Walau kamu ingin permulaan yang jernih tanpa rahsia.

Tidak perlu.

Yang penting, kamu sudah insaf. Bertaubat nasuha. Berjanji tidak akan melakukannya lagi. Cukup.

Kerana jika saya tahu masa silam kamu, seperti belon gas yang dilepaskan tali dan tidak akan kembali, begitu juga pandangan saya kepada kamu, sangat payah untuk kembali seperti dahulu.

Saya tidak mahu, ketika keluar dengan kamu dan melihat kamu tergesa-gesa ke surau mengejar waktu solat, membuatkan saya tertanya-tanya:

“bagaimana lelaki warak seperti ini boleh tersesat larat suatu waktu dulu?”

Saya tidak mahu, ketika melihat kamu yang tenang bertelekung melantunkan bacaan Yassin dengan penuh syahdu, membuatkan saya tertanya-tanya:

“bagaimana wanita begini pernah menggugurkan kandungan suatu waktu dahulu?”

Saya tidak mahu, ketika melihat kamu tertawa riang, membuatkan saya tertanya-tanya:

“dia ketawa di sini, tetapi apa nasib wanita-wanita yang pernah mengandung dari benihnya?”

Sukar benar jika terpaksa mengharungi hidup dengan pertanyaan2 yang menyesakkan dada seperti itu.Jadi, sepertimana saya yang tidak perlu kamu tahu akan kisah silamnya, begitu juga saya yang tidak ingin tahu akan kisah silam kamu.

Dan kerana setiap orang antara kita punya rahsia tersendiri,

dan kerana lumrah manusia, yang lebih senang melihat satu titik hitam walau di sekelilingnya adalah warna putih suci,

lalu, biarlah rahsia dan kisah silam kita disimpan molek-molek, terperusuk jauh di satu sudut hati.

ini adalah kerana kamu sudah sempurna di mata saya.

biarlah kamu tetap sempurna juga di hati saya.

dan moga-moga kamu kekal sempurna dalam kenangan saya.

ok, soalan saya adalah:

satu:

perlukah berterus-terang kepada pasangan akan masa silam kamu yang hitam pekat, atas nama kejujuran dan kerana mahu permulaan yang jernih tanpa rahsia?

dua:

mampukah kamu menerima sepenuhnya kisah silam pasangan kamu yang hitam pekat walaupun dia sudah bertaubat? saya ulangi, menerima SEPENUHNYA?

 
13 Comments

Posted by on December 26, 2009 in Bebelan saya, Manusia, Peribadi, Refleksi

 

13 responses to “What you don’t know won’t hurt you.is it true?(amaran:ini entri yg sgt panjang)

  1. nuna

    December 26, 2009 at 9:04 pm

    persoalan ni memang sangat-sangat bermakna. bagi una lah kan kak su, biar lah kisah silam hitam pekat tu tersimpan rapi. sebab, kadang-kadang.. kita sebagai manusia ni bila da bercerita.. tanpa sedar kita akan bercerita pasal aib buruk orang lain jugakk.. xkisah la cerita kita yang dulu-dulu tu hitam ke, coklat ke, biru kuning ke.. yang pasti.. biarlah ia tersimpan kemas dan insyaallah.. teruskan hidup di jalan Allah swt.🙂

    p/s: kak su cayang.. i’ll link this entry to mine..🙂

     
    • sUe

      January 1, 2010 at 4:48 pm

      nak link?
      mestila boleh una cayang…
      hehe:mrgreen:

       
  2. tuan tanah

    December 28, 2009 at 3:40 am

    Satu,

    Saya rasa sewajarnya yang aib itu dikatup. Bukankah itu yang diajar dalam agama? Asal saja sudah bertaubat, nasuha, yang Maha Pengampun itu Tuhan, tak perlu berkongsi dosa silam dengan manusia, kerana manusia itu tidak adil dalam mengadili. Kalau mahu beritahu juga, barangkali harus dilihat peribadi pasangan itu sendiri, adakah dia jenis yang berkira, bolehkah dia menerima yang sudah rosak?

    Dua,

    Bunyinya kejam, tapi saya amat berat sekali mahu menerima sepenuhnya sekiranya si dia punya sejarah gelap. Ya, saya manusia biasa, saya ada tanggapan sendiri, agak judgemental juga. Sebab saya punya alasan: sekiranya saya berusaha menjaga diri saya daripada sebarang kerosakan, adakah adil buat diri saya sendiri menyerahkan diri yang mulus suci kepada yang sudah rosak?

     
    • sUe

      January 1, 2010 at 4:51 pm

      betul kan?
      payah sangat nak terima kan?
      sebab kenyataan itu akan menghantui kita, setiap masa,setiap ketika.

      btw, terima kasih atas pendapat kamu cik TT.🙂

       
  3. hazwab

    December 28, 2009 at 5:50 pm

    seyesli
    its up to you
    i am not defending my side
    but if he tells you something like that
    meaning he is being honest with you
    but at the same time
    he is a super fool
    buduh ade perkara yg kite takperlu bgtau
    sbb mende yg akan jadi maybe luar jangkaan kite

     
    • sUe

      January 1, 2010 at 4:54 pm

      totally agree with you.
      ada benda yg tak perlu diberitahu.
      especially on something as serious as your virginity.
      ~duh!

       
  4. fyEk

    December 28, 2009 at 10:16 pm

    entry yang sangat bagus..

    saya sendiri adalah sejenis kaum yang suka bercerita segalanya pada si dia, bukan atas dasar jujur atau beterus terang, cuma sudah menjadi nature ntuk berkongsi..
    Si dia berkeras tidak mahu tahu kisah lalu.

    “Lebih baik kita bicarakan hal kita berdua”,ujarnya..
    Maka sy terus berhenti.

    Pernah juga bertanya kisah lalu si dia..tapi jawapannya,

    “Sayang, tak mau tanya dah ye? Tak baik ntuk kita. Sy tidak mahu semua ini menjadi ungkitan suatu hari nanti. Yang penting masa sekarang, masa depan kita bersama”

    Mungkin kami berdua tidak punya masa hitam yang pekat penuh rahsia. Mungkin..

    Andai ada, sy lebih rela tidak mengetahuinya kerana sy pasti, bila hati dah membara, mulut lancar mengungkit dan mempersoalkan segala rahsia hitam yang lalu..
    Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata hati yang suka kan berubah menjadi duka..

    ::sorry, terpanjang pula comment::😛

     
    • sUe

      January 1, 2010 at 4:58 pm

      yes. brilliant point pasal mengungkit itu.

      ::tak apa.komen la panjang2 lagi.saya lagi suka.hehe::

       
  5. f9

    December 29, 2009 at 3:54 pm

    somethings are better left unsaid…..sometimes u can forgive but u can never forget

     
    • sUe

      January 1, 2010 at 5:03 pm

      yes…
      the hardest part is to forget.
      because no matter how you try to forgive and accept the fact, it will still haunt you, for a very long time.

      btw, thanx for your comment.🙂

       
  6. misz inz

    January 1, 2010 at 11:13 pm

    btol kak sue.

    tak semua benda kite boleh kongsi.

    kdg2 ada rahsia diri yg wajar disimpan baik2 dlm almari sendiri walau pun orang yg akan kita kongsikan cerita tu adalah orang plg rapat dengan kita.

    tapi bukan mudah utk simpan beban dalam hati sorang2. ada orang bercerita kerana tidak mampu utk menanggungnya sorang2. lbh2 lg kalau itu terjadi tanpa rela. atau sebab ketidakmatangan diri dalam membuat keputusan.

    tapi apa pun, bg saya..jika segalanya tersimpan rapi tidak terbongkar, tak perlulah begitu jujur bercerita. yelah, kalau Allah sendiri sudah menutup aib kita dari pengetahuan org, tak perlula kite sendiri yg buka aib kita plak kn?

    n i agree with u kak sue. u can forgive someone easily. but to forget is really hard. been there before.

    tpi sesusah mana pun, pelangi akn tetap muncul jg utk kite😉

     
    • sUe

      January 24, 2010 at 5:48 pm

      “tpi sesusah mana pun, pelangi akn tetap muncul jg utk kite . ;)”

      aminn…insya Allah…mudah-mudahan…🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: