RSS

Politik

05 Dec

Kadang-kadang saya bersyukur kerana dijadikan Tuhan sebagai makhluk yang pendiam dan pemalu dengan manusia yang tidak berapa rapat, tetapi akan bermutasi menjadi makhluk yang kecoh dan tidak tahu malu dengan manusia yang sudah terlebih rapat.

Ini kerana dengan sifat semulajadi saya itu membuatkan saya terselamat daripada politik pejabat yang saya kira sama jijik dan sama kotor seperti politik negara.

Sebabnya, orang lain tidak suka bergosip dengan saya memandangkan reaksi yang saya beri langsung tidak memberangsangkan.

Contoh:

Kak Bedah: Eh kau tahu si polan bin polan itu kaki bodek bos betul. Patutlah bos asyik pilih kasih kat dia. Hari itu aku nampak dia bla bla bla.

Reaksi yang cemerlang: Iyeee?? (sambil membeliakkan mata) Memangla…saya dah perasan lama dah…dia itu memang bla bla bla (sambil menjuih-juih mulut)

Reaksi saya: Ooo…(angguk-angguk sikit) – terus diam dan buat kerja.

Sungguhlah tidak seronok langsung jika mahu ‘menganyam ketupat’ dengan saya. Kerana saya tidak mampu memberi reaksi seperti Mami Jarum atau yang sewaktu dengannya. Tetapi, bukanlah bermakna saya ini terlalu baik sehingga tidak pernah langsung ‘bersedekah pahala percuma’ (baca:mengumpat) kepada orang lain. Tetapi aktiviti itu hanya dilakukan dengan teman yang cukup rapat sahaja.

Jadi, jika kamu seorang yang tidak rapat dengan saya, jauhkan lah diri daripada mahu mencuba-cuba bergosip dengan saya. Kerana kelak kamu juga yang akan kechiwa.

p/s: Wah wah! ‘Salji’ sudah mula turun di halaman saya. Tak dapat salji betul, salji buatan di dalam blog pun jadilah…huhu.

 
Leave a comment

Posted by on December 5, 2009 in Bebelan saya, Kerja

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: