RSS

tentang hujan,beg,adik lelaki dia,2012,selama-lamanya,menulis,panjang,hati dan terima kasih.

21 Nov

i. hujan

dahulu, ketika di tronoh, waktu hujan adalah yang paling dinanti. saya suka bau rumput basah, bau bunga yang tumbuh memutih di hadapan asrama, dan bunyi kicauan burung yang sangat menyenangkan hati.

sampai sekarang saya masih lagi rindukan bau rumput basah selepas hujan di hadapan asrama.

sekarang, di taiping, boleh dikatakan setiap hari, awan akan menetaskan hujan yang mencurah-curah. lengkap dengan petir dan guruh segala. cuaca jadi sejuk seperti di kutub utara.saya patut tahu itu. kerana di sini adalah kawasan paling lembap di malaysia.saya mula tidak menyenangi kehadiran hujan.

hingga kadang2 terkeluar juga keluhan dari mulut saya. sebelum saya tersedar bahawa hujan itu sebenarnya adalah rahmat Tuhan yang tak terhingga.

saya patut belajar menjadi hamba yang lebih bersyukur.

ii. beg

di dalam beg rona merah hati yang baru saya beli dengan harga diskaun lima puluh persen itu ada benda-benda ini:

vykmin,omega-3,spirulina,vicks vaporub dan vitamin c

kesemua benda  ini saya bawa ke mana-mana. kata seorang teman, beg saya itu ibarat sebuah farmasi bergerak. entah sejak bilakah agaknya saya mula menjadi seorang yang ‘health conscious?’

iii. adik lelaki dia

saya kata pada dia “saya teringin mahu bertemu adik lelaki kamu”.

kerana cerita-cerita dia tentang adik lelaki dia sangat menyenangkan dan mengagumkan. dan saya pula sangat rapat dengan dia membuatkan saya mahu mengenali semua ahli keluarga dia dengan lebih rapat.

malam itu, di bilik tidur yang pernah menjadi milik adik lelaki dia, dan kini saya pula yang menghuni, adik lelaki dia betul-betul datang. kerana dia mahu menunaikan keinginan saya untuk bertemu dengan dirinya.

walhal sebenarnya adik lelaki dia itu sudah meninggal dunia tahun lepas.

sejak itu, saya belajar supaya berhati-hati dalam meluahkan keinginan. terutama sekali jika keinginan untuk bertemu dengan orang yang sudah tiada. kerana ‘mereka’ akan ‘datang’ untuk menunaikan keinginan kita.

iv. dua ribu dua belas

saya sudah menonton 2012.

saya bagi empat bintang daripada lima bintang. walaupun saya yakin, kiamat sebenar adalah  jauh jauh lebih dahsyat dari itu.

tapi sedikit sebanyak, ia telah berjaya membuat saya sudah tidak melengah-lengahkan solat sejak dua-tiga hari ini. tetapi saya hairan. kenapa membaca tafsir al-quran yang penuh dengan ayat tentang kiamat tidak pula memberi impak sebegini kepada saya?

ouh, adakah hati ini terlalu gelap zulmat hingga tidak mampu disuluh cerah dengan hidayah?

*sedih* =(

v. selama-lamanya

selalu, saya tertanya-tanya:

di akhirat nanti, kita akan hidup selama-lamanya tanpa mati-mati. berapa lamakah sebenarnya selama-lamanya itu?

kata ayah “sampai bila-bila lah”

tapi sampai bila?

sesuatu yang tidak mempunyai tarikh luput adalah seperti di luar jangkauan. kemudian, saya teringat kata-kata seorang penulis novel seram yang tidak saya ingat akan namanya:

“selama-lamanya” itu adalah seperti ini:

cuba bayangkan kesemua benda di dunia ini, gunung,batu,bukit,laut,tanah,rumah,kereta,bangunan, dan SEMUAnya telah bertukar menjadi pasir. dan setiap seribu tahun akan datang seekor burung mengutip sebutir pasir. selepas itu, seribu tahun kemudian, akan datang burung kedua mengutip sebutir pasir yang kedua. “selama-lamanya” adalah apabila keSEMUA pasir itu habis dikutip.

ok. gambaran itu seperti masuk akal.

tetapi, apa akan jadi selepas keSEMUA pasir itu dikutip? sedangkan selama-lamanya adalah jauh lebih lama lagi dari itu.

mungkin ini yang dimaksudkan tentang perkara ghaib yang tidak perlu difikirkan. kerana, silap-silap ia boleh menganggu kewarasan akal fikiran.

vi. menulis

saya ingin menulis. saya rindu menulis. saya mahu menulis dan menulis dan hanya menulis. walaupun tulisan saya langsung tidak bermanfaat kepada kamu yang membaca, tetap juga saya mahu menulis.

tentang apa sahaja. tentang siapa sahaja. kerana hanya ini sahaja cara terapi untuk minda saya.

v. panjang

apabila saya menulis panjang-panjang begini, maknanya kamu perlu faham bahawa hati dan jiwa saya sedang bergalau risau bergundah resah. jadi, oleh kerana menulis di sini adalah terapi, jadi terhasil lah entri panjang tanpa punya sebarang erti.

kerana punca resah itu tidak dapat saya luahkan di sini. hanya mampu dipendam diam-diam sahaja dalam hati.

vi. hati

kadang-kadang saya kasihan sama hati saya. terlalu banyak perkara duka yang disimpannya. saya harap ia mampu bertahan dan tidak pecah lebur atau tewas kecundang.

tetapi, apabila melihat insan lain yang kisah hidupnya jauh lebih malang dari saya, membuatkan saya jadi malu sendiri.

mereka-mereka itu jauh lebih tabah daripada saya. dan hati mereka jauh lebih gagah dari hati saya. sedang saya, baru ditimpa duga yang tidak seberapa, sudah mula berasa lemah.

entahlah.

vii. terima kasih

kepada kamu, yang sudi membaca entri mengarut panjang berjela merapu-rapu entah apa-apa ini, dari ayat pertama hingga akhir, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

kamu yang membaca, adalah seperti seorang sahabat setia yang meminjamkan telinga untuk saya bercerita. tanpa mencelah. tanpa menyampuk. sekadar diam dan setia mendengar dan membaca celoteh saya.

terima kasih! =)

 
8 Comments

Posted by on November 21, 2009 in Bebelan saya, jiwa kacau, Peribadi

 

8 responses to “tentang hujan,beg,adik lelaki dia,2012,selama-lamanya,menulis,panjang,hati dan terima kasih.

  1. SHIMI

    November 21, 2009 at 5:15 pm

    Salam ziarah. Bersama berkongsi dunia maya tempat meluah rasa

     
    • sUe

      December 9, 2009 at 10:43 am

      terima kasih kerana sudi menziarah.🙂

       
  2. anis

    November 21, 2009 at 6:15 pm

    Sama2, bagi saya entri Kak Sue tak pernah tak bagi erti apa2. Saya suka baca dari huruf pertama hingga terakhir dan kadang2 rindu kalau Kak Sue lama tak update blog =P

     
    • sUe

      December 9, 2009 at 10:42 am

      awww…so sweet…terharu nih! hehe..
      terima kasih anis.
      insyaAllah lepas ni kak sue akan cuba rajin2kan diri update yer?

       
  3. nuna

    November 21, 2009 at 7:16 pm

    err.. kak su?? adik lelaki dia dtg??
    err
    *seram~*

    p/s:hee~ same2.. tulis lah pnjg2 lg. saya suka bace bebelan kak su! hehehe😛

     
    • sUe

      December 9, 2009 at 10:39 am

      ahahah!
      memang agak misteri nusantara la jugak citer pasal adik lelaki dia tuh.
      but he really comes! cuma tak sure either k.sue mimpi atau separa realiti.

       
  4. tuan tanah

    November 24, 2009 at 4:57 am

    sama-sama🙂

     
    • sUe

      December 9, 2009 at 10:38 am

      🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: