RSS

Di ribaanmu kutemui syurgaku.

07 Nov

Kali terakhir saya tidur di riba ibu adalah kira-kira 7 bulan lalu. Di bilik 518, Kedah Medical Centre. Ketika itu ibu baru sahaja selesai pembedahan. Saya yang menemani tidak boleh tidur dan lantas, pukul 4 pagi, saya bangun dan mendekati ibu yang sedang bertelekung menunaikan tahajud.

Ajaibnya, di riba ibu ditemani lantunan bacaan Yassin yang dilagukannya, lena mula menguliti diri dan mimpi pun sudi bertandang datang.

Pagi tadi, tepat pukul 1.30 pagi, seusai pulang dari kerja, saya terus membelah kepekatan malam memandu di tengah-tengah lebuh raya Utara-Selatan pulang ke rumah di Sungai Petani.

It was a ‘spur of the moment’ decision.

Penat lelah dihambat kerja yang tidak henti-henti membuatkan saya terus sahaja menyambar kunci kereta dan memandu pulang ke rumah. Di fikiran hanya terbayang wajah ibu yang sudah lama tidak saya ketemu.

90 minit kemudian, masih dengan baju kerja, saya sampai ke rumah.

Membuka pintu bilik, saya disambut wajah tenang ibu yang sedang bertelekung. Terus sahaja saya mendekati ibu, dan masih lagi dengan baju kerja, saya lena seperti bayi di ribaan ibu.

Ibu saya, tidur di ribanya seolah-olah lenyap segala kusut di minda.

Ibu saya, tidur di ribanya membuatkan saya rasa seperti bayi yang suci bersih semula.

Ibu saya, tidur di ribanya membuatkan saya rasa semua bahagia di dunia ini adalah milik saya.

Ibu saya, tidur di ribanya seolah-olah mampu menyerap segala penat lelah kusut dan serabut di dalam jiwa.

Ibu saya, tidur di ribanya adalah seperti di syurga.

p/s: Bilakah kali terakhir kamu tidur di riba ibu kamu?

Oh, saya rasa semua budak lelaki akan lena tidur kalau mempunyai ibu yang se‘gorgeous’ ini. Huhu…😛

 
2 Comments

Posted by on November 7, 2009 in famili, Peribadi

 

2 responses to “Di ribaanmu kutemui syurgaku.

  1. chemister

    November 8, 2009 at 10:05 pm

    I like this post. It reminds me of my mom.
    p/s answer: I don’t remember when was the last time I did that. Maybe when I was a little boy.

     
  2. Bunga Rampai

    November 11, 2009 at 1:51 am

    Sangat menyentuh hati!
    Beruntungnya Sue.

    p/s soalan itu membuat saya kepingin sekali terbang saat ini juga untuk tidur di ribaan ibu.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: