RSS

Gigi

28 Sep

Doktor gigi adalah antara makhluk Tuhan yang paling saya takuti – selepas ular sawa dan perogol bersiri.

Kali terakhir saya ke klinik gigi adalah ketika berumur 12 tahun. Selepas peristiwa disuntik gusi hingga keluar air mata, saya sudah tidak mahu lagi menghadap doktor gigi.

Jadi, apabila gusi di bahagian geraham saya mula berdenyut-denyut sejak lebih sebulan yang lalu, saya abaikan dan buat tidak peduli sahaja. Dengan harapan gusi saya faham-faham sendiri bahawa beliau diabaikan dan sembuh sendiri kerana sedar tidak diberi perhatian.

Tetapi, apabila malam semalam, saya mengalami sakit gigi yang – ya ampun, sakit nak mampus – hingga terasa seperti mahu tercabut keluar urat mata (ewah, hiperbola sungguh!) membuatkan saya terpaksa juga ke klinik gigi.

Maka, dengan langkah longlai dan hati yang amat berat, saya pun melangkah masuk ke klinik gigi di Sungai Petani ini. Saat dibaringkan di kerusi pesakit dengan segala macam perkakas besi untuk memeriksa gigi elok saja terletak di sebelah, jantung rasa seperti mahu terkeluar. Saya agak, mungkin ini lah perasaan budak-budak lelaki yang mahu berhadapan dengan tok mudim.

Doktor gigi yang peramah itu pun mula membelek-belek  gigi saya.

“Kamu kena operation ni.Kena belah gusi”

Hah??!!! *nak pitam*

p.s:  Alamatnya, tahun depan sahajalah saya buat operation. Buat masa ini, selagi boleh bertahan, bertahan sajalah. Aduhai… (-_-“)

006-dentist-cartoon

 
1 Comment

Posted by on September 28, 2009 in Bebelan saya, Saja Mengada

 

One response to “Gigi

  1. Bunga Rampai

    September 28, 2009 at 11:02 pm

    Oh oh … saya juga cukup takut jumpa doktor gigi. Pengalaman masa kecik membuat saya fobia.

    Kalau setakat sakit gusi atau jangkitan gusi, cuba kumur-kumur dengan listerine, insyallah cepat baik.

    Salam Aidilfitri buat Sue, maaf zahir batin🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: