RSS

Good decisions come from experience, and experience comes from bad decisions. ~Author Unknown

27 Sep

I

Fikiran kusut serabut. Jiwa kacau bilau. Hati resah gundah. Jadi, mahu meluah di sini. Menulis dan menulis apa saja. Yang bersarang di dada. Biar terlontar segala rasa. Supaya terhapus setiap duka.

Kerana di sini, terapi minda. Terapi jiwa.

II

Hidup adalah tentang membuat pilihan. Dan malangnya, kau adalah manusia yang selalu, selalu, selalu tersalah dalam membuat pilihan.

III

Kau pilih jurusan sains walaupun hati dan jiwa kau kuat ke arah sastera. Kau pilih masuk U dalam jurusan kejuruteraan walau kau langsung tak minat kira-kira. Walau kau rasa otak belah kiri lagi kurang guna dan function macam tak berapa baik dari otak belah kanan.

Hanya kerana jurusan sains macam lebih glamer. Mak dan ayah kau suka.

Hanya kerana masuk U jurusan kejuruteraan macam lebih best. Mak dan ayah kau bangga.

Sudahnya, sampai bila-bila, kau tak berpeluang langsung nak belajar sastera. Benda yang kau truely minat. Sebab kerja kau sekarang pun bidang sains juga.

IV

Belum masuk hal cinta.

Entah berapa juta kali kesilapan kau dah buat dalam soal ini.

Kau pilih seorang lelaki yang semua orang tak suka. Mak ayah, adik beradik, kawan-kawan semua kata lelaki itu bukan baik untuk kau. Dia manis mulut saja. Depan saja macam baik tapi perangai sebenar adalah terbalik.

Tapi kau tak peduli. Sebab kau dah cinta. Cinta gila-gila tahap cipan angkasa. Sampai kau rasa macam tak pernah jatuh cinta sehebat itu dalam hidup kau. Dan kau rasa kau tak akan jatuh cinta sehebat itu lagi dah selepas ini.

Sebab perasaan “tersungkur-tergolek-golek-jatuh-cinta-gila-gila-sampai-tak- peduli-apa-orang-lain-kata-yang-penting-ada-dia-sudah-buat-dunia-ini- macam-kau-yang-punya” – perasaan macam ‘itu’ cuma boleh datang sekali sahaja dalam seumur hidup.

Sudahnya kau juga yang tertonggeng bila dia buat hal.

V

Sekarang kau tertanya-tanya, sebab banyak sangat pilihan salah yang kau buat dalam hidup , perlukah kau serah saja semua pada orang lain untuk buatkan pilihan?

VI

Kalau tiba-tiba mak dan ayah kau cakap:

“Kami nak kau kahwin dengan Ali anak Pak Mat tu. Bagus budaknya. Kami rasa dia yang terbaik untuk jadi suami kau.”

Walau kau tak ada rasa cinta, tapi sebab kau dah tak percaya dengan pilihan sendiri, sanggupkah kau terima sahaja pilihan mereka?

VII

Atau kau perlu terus-terusan membuat pilihan. Walaupun pilihan kau salah, tapi banyak benda yang kau dah belajar daripadanya.

VIII

For instance, kau baru sedar bahawa otak belah kiri kau sebenarnya boleh pakai juga. Belajar kejuruteraan kimia tujuh tahun, walau selalu rasa macam nak terjun bangunan atau bunuh diri setiap kali buat soalan termodinamik, sekurang-kurangnya kau graduate juga dengan kelas dua atas.

Oklah tu.

Rupa-rupanya kau ini boleh juga lah mengira. Walau jiwa kau lebih ke arah sastera.

IX

For instance lagi, kau belajar untuk lebih berhati-hati soal cinta.

Tak boleh assume semua lelaki yang muka baik-alim-janggut-sejemput- bersinar-sinar-bercahaya-wajah itu sebenarnya baik.

Tak boleh bercinta dengan hati tapi dengan akal.

Tak boleh bercinta tanpa restu ibu bapa.

Tak boleh beri semua hati dalam perhubungan.

Tak boleh percaya seratus peratus kata kekasih. They tend to lie sometimes.

Dan banyak, banyak benda lagi yang kau dah belajar daripada your past relationship.

Despite the fact that you choose wrongly and it failed, but you’ve learnt much much more from that failed relationship.

X

Jadi, apabila mak dan ayah kata “Kami tak boleh biar hang buat pilihan yang silap lagi.”

Apa yang perlu kau jawab?

Sama ada:

“Baiklah mak ayah. Pilihlah siapa-siapa saja. Saya terima dan redha”

Kemudian berkahwin dengan Ali anak Pak Mat tanpa rasa cinta dan berharap bila kahwin nanti tumbuhlah (kot) rasa cinta itu (kalau nasib baik lah). And jeorpardizing the rest of your life marrying a guy you  don’t even love.

Atau:

“Saya tak mahu kahwin dengan dia. Beri saya kebebasan untuk pilih siapa sahaja. Walaupun salah, tetapi sekurang-kurangnya itu pilihan saya.”

Dan berkahwin dengan lelaki yang kau cinta. Tetapi turns out to be an asshole jugak (kalau pilihan kau salah). Dan tertonggeng lah lagi untuk kali ke sejuta. Hancur dan pecah lagi lah hati untuk ke sepuluh ribu kalinya.

XI

Mana yang kau pilih?

Atau mungkin yang terbaik adalah kau matikan sahaja rasa dalam soal cinta.

Habis cerita.

 
4 Comments

Posted by on September 27, 2009 in Bebelan saya, jiwa kacau, Peribadi

 

4 responses to “Good decisions come from experience, and experience comes from bad decisions. ~Author Unknown

  1. una

    September 28, 2009 at 12:07 am

    err.. kak su cayang!!! mak n ayah kak su da de calon ke??
    sape2???
    wuuu~
    hurm2.. cani, kdg2.. xsemestinye pilihan org tua kte btol
    dan kdg2 tu, xsemestinye pilihan kte pon btol. pokok pangkalnye.. org tu. kte pon xtau hati budi org kan..
    ape2 pon.. byk2 kan b’doa. buat solat istikharah. moge2 Allah berikan petunjuk dan bukakn hati kte untk menerima lelaki yg dpt membimbing kte di dunia dan akhirat dan lelaki tu yg mmg dah ditakdirkan untuk kte..🙂
    Insyaallah.. everything will b fine.
    ape2..i’m alwiz ere. u noe where u can find me kan? hee~
    ^^

     
  2. nursakinah abdul rahman

    September 28, 2009 at 12:30 pm

    huu..
    wat solat istikharah..itu yg penting..
    jwpn de dlm solat tu,insyaAllah..
    x knal maka x cinta..
    if pilihan famili pon, cbe knal dlu laki tu..
    then nnt kalo rase bole pupuk rase cinta tu, ok la.
    if x, da try n x hampakn famili..
    huhuhu🙂

     
  3. CAHAYA MATA

    October 6, 2009 at 4:39 pm

    emm..termenung jap..
    nak reply entrie ni dgn panjang lebar.. sila la baca bila ada masa yg panjang jg.. dan tak reply balik pun takpe..

    I
    SAYA faham perasaan menjadi budak sains/kejuruteraan tapi sngt mencintai sastera.. dan SAYA faham bagaimana rasa nk terjun bangunan itu.. apatah lagi bila manusia di sekeliling kita asyik puji cara penulisan dan kekreatifan kita mengarang… aarrgghh!! kalau lah dunia ini boleh diterbalikkan..!!

    tapiii.. di sebalik itu, kita harus akui.. sedikit2 kita punya lebih ilmu dari org lain.. kalau semua org terror satu ilmu, kita ada sekurang-kurangnya dua ilmu.. walaupun tak terror tahap dewa..🙂

    II
    SAYA juga faham perasaan bila membuat pilihan yg salah dalam soal hati.. rasa nak salahkan semua makhluk atas bumi ni kerana menemukan kita dgn sang Adam itu.. tp bukankah kita mengecapai bahagia tiada tara sejak mengenali dia pertama kalinya…? perasaan yg tak akan boleh dibayar oleh sesiapa pun di alam semesta ini..

    sekarang SAYA berkasih kasihan dgn seorang duda.. di luar pengetahuan keluarga (of course).. hari-hari jg SAYA terfikir, sampai bilakah hubungan sembunyi2 ini akan berterusan.. apakah nanti keluarga SAYA mampu menerima si duda itu sbg ahli keluarga baru kami..? aduhhh..

    III
    SAYA teragak-agak kenapa status duda itu terlalu besar kesannya dlm hidup SAYA.. terutama bila tiba saat mahu buat pilihan…? duda ke tak duda ke.. dia sayang SAYA, so..peduli apa..???

    kenapa SAYA selalu ingin menjaga hati orang.. dan selalu ingin membuat keputusan yg membuat org lain suka..??

    IV
    betul.. Tak boleh bercinta dengan hati tapi dengan akal.
    tapi.. apalah ertinya cinta tu kalau tak datangnya dari hati..

    betul.. Tak boleh bercinta tanpa restu ibu bapa.
    tapi… kalau kita boleh buktikan pd ibu bapa yg pilihan kita adalah yg terbaik.. pasti nilai tambahnya berlipat kali ganda bahagia..

    betul.. Tak boleh beri semua hati dalam perhubungan.
    tapi.. bila kita bagi separuh-separuh rasa mcm tak lengkap je kisah cinta tu.. rasa tak puas je bermain dgn hati sendiri.. dan rasa mcm jahat je sbb tak cinta sungguh-sungguh..

    betul.. Tak boleh percaya seratus peratus kata kekasih..
    tapi asas dlm sebuah percintaan adalah KEPERCAYAAN.. kalau kita tak percaya dia, mcm mana dia nk percaya kita.. dan kalau kita tak percaya dia, mcm mana nk sehidup semati dgn dia..

    okey.. sila lah pentingkan diri sendiri dulu sebelum bercinta..🙂
    (ini pesanan utk diri SAYA sendiri juga)

    cik sue.. terima kasih kerana membaca..
    jaga diri.. walaupun sibuk, keep on blogging ok..🙂

     
  4. CAHAYA MATA

    October 6, 2009 at 4:40 pm

    ~ maaf yer kalau ada kesilapan eja.. atau susunan tatabahasa.. SAYA submit terus.. tak double check.. hehehe.. ~

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: