RSS

Urgent.

24 Sep

Saya mulakan entri ini dengan huluran seribu kemaafan atas tiga sebab.

pertama: kerana sudah lama tidak mengupdate blog.

kedua: kerana masih lagi tidak sempat membalas komen2 anda.

ketiga: untuk pertama kali, blog ini mahu dijadikan laman iklan untuk sementara.

baiklah.

ini iklannya.

saya perlukan teman serumah. eh bukan, bukan. bukan teman serumah, sebilik, dan sekatil yang berlainan jantina tapi dengan ikatan sah itu.

yang itu, lambat, lambat lagi.

ini adalah teman serumah. perempuan sahaja.

lokasi: tropicana apartment, bukit merah.

(maaf, tiada gambar. tetapi jika kamu selalu memandu di lebuhraya utara-selatan, kamu akan nampak deretan apartment di sebelah lebuhraya itu. di kawasan bukit merah. hah, di situlah!)

PICT0073

kemudahan:

half-furnished. berdekatan laketown waterpark. keselamatan terjamin sebab ada security. err…dan lagi, ada swimming pool.😛

harga sewa: rm400 satu rumah.

(buat masa ini, saya tinggal seorang diri. jadi ada vacancy dalam 3-4 orang lagi. the more, the merrier. :))

ok. itu sahaja. harap sangat2 jika ada yang membaca, bekerja di kawasan berdekatan, sedang mencari-cari rumah sewa, bolehlah di email kepada saya. (suhaila.halim at yahoo dot com)

akhir sekali, ingin saya tegaskan di sini,  bahawa anda tidak akan menyesal menjadi teman serumah kepada seorang saya yang baik hati, peramah, berbudi pekerti mulia dan bersopan santun ini. percayalah!

(ok, boleh muntah sekarang. takper, tak membatalkan puasa dah. heh!😉 )

ok. itu sahaja. terima kasih🙂

ouh ya, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang tersayang.😛

 
Leave a comment

Posted by on September 24, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: