RSS

ya, saya bertudung dan saya bangga dengannya.

15 Sep

Kau pandang jam di pergelangan tangan. Baru pukul 10 pagi. Cuaca di sekeliling sejuknya hingga menggigit tulang. Kata Yap, ketua kumpulan kau, suhu ketika itu adalah 18 darjah celcius. Kau tarik sweater merah jambu kesayangan rapat-rapat. Di belakang kau, Stadium Sarang Burung yang menjadi simbol Olimpik 2008 Beijing tersergam gah dan indah.

Kau, adalah satu-satunya gadis Melayu dalam rombongan itu.

Kau, adalah satu-satunya gadis Islam dalam rombongan itu.

Kau, adalah satu-satunya manusia berhijab dalam rombongan itu.

“Wah, semua orang pandang U macam U alien la…” kata bos kau.

Kau tahu itu. Sejak menjejak kaki di lapangan terbang Beijing pukul enam pagi tadi, sampailah sekarang, semua manusia warga China di sekeliling memandang tajam seolah-olah kau ini makhluk asing yang baru turun ke bumi. Semuanya kerana hijab yang melekat kukuh di kepala kau. Kau tidak kisah. Sekurang-kurangnya, bolehlah kau perasan sekejap menjadi selebriti.😛

Kau berjalan lagi. Stadium Olimpik Beijing sudah puas kau pusing. Kaki lenguh. Cuaca sejuk buat kau menggigil.

” They have to wear it, you know. They have no choice. They HAVE too! They can be punished, even stoned if they don’t, you know?”

Suara wanita di belakang menarik perhatian kau. Telinga kau mula mencapah lebar, menangkap setiap butir-butir kata yang terluah.

Si lelaki berbicara membalas tetapi kau tidak berapa dengar. Suaranya perlahan.

“As farrr as I’m concerrrrnnnn, they can be bald in there and nobody can know…hahaha”

Berderau darah kau. Terasa seperti darah menyerbu naik ke kepala. Mereka, wanita dan lelaki China di belakang kau itu, sedang berbicara tentang kau. Spesifik lagi, tentang hijab kau. Tentang suruhan agama kau.

Kau pandang ke belakang.

Siapakah wanita dan lelaki China tua yang tidak sedarkan diri ini? Sewenang-wenang mengutuk agama lain? Bercakap dalam bahasa Inggeris yang susah payah cuba di’British’kan dengan bunyi ‘r’ yang ditekan-tekan, menjadi bunyinya ‘farrrr’ dan ‘concerrrrnnnnnnn’?

Mahu mengutuk orang, at least have the courtesy untuk bercakap dalam bahasa yang hanya kamu sahaja faham! Cong ceng cong ceng lah dalam bahasa Mandarin, kau peduli apa. Sudahlah berbahasa Inggeris yang berpelat British-tak-jadi, kemudian mengutuk dan memperkatakan tentang agama lain pula. Agama yang mereka sendiri langsung tidak arif dan tiada pengetahuan tentangnya.

Kau diam sahaja. Melihat mereka yang berjalan semakin menjauh. Wanita dan lelaki China tua tidak sedarkan diri! Kau menyumpah dalam hati.

Kau sudah selalu dengar tentang wanita2 Islam yang berada di luar negara. Di’insult’ kerana hijab yang dipakai adalah perkara biasa. Tiba-tiba kau teringat Marwa El Sherbini, yang digelar ‘Syuhada Bertudung’. Beliau membayar dengan nyawa dan darah, demi mempertahankan suruhan agama yang satu itu.

Kau belek kain bawal yang kau pakai sebagai tudung. Kain itu sudah sebati dengan kau sejak dahulu kala lagi. Tanpanya, kau rasa telanjang kulit kepala.

Walaupun tudung kau  kadang-kadang tidak cukup syarat.

Walaupun tudung kau diselempang ke bahu.

Walaupun tudung kau tidak labuh menutup punggung.

Walaupun tudung kau tiga segi dan berwarna-warni.

Tetapi itu tetap tudung kau. Ia sudah berdarah daging dengan kau. Ia sudah macam ‘saudara kembar’ kepada kepala kau. Tanpanya, kau rasa seperti berbogel. Seperti tidak lengkap. Macam seluar dalam. Kalau tak pakai, rasa tak selesa.

(ok, kau tahu, adalah keji untuk menyamakan seluar dalam dengan tudung kepala. tetapi, sila jangan menafikan kepentingan seluar dalam di dalam kehidupan anda. ada siapa-siapa yang keluar rumah tak pakai seluar dalam? ada? eeeeee….sungguh tak senonoh kamu ini!)

*sigh*

Biarlah!

Orang lain tidak faham akan hikmahnya. Kau tidak tahu, untuk seminggu akan datang, banyak rupanya persoalan tentang agama kau yang akan ditanya dan dibangkit.

Ah, berada di China rupa-rupanya turut menguji keteguhan iman kau kepada agama yang kau anuti dan Tuhan yang kau percayai.

Diam-diam, kau berdoa supaya diberi kekuatan, melawan segala pandangan prejudis dan skeptis orang sekeliling.

p.s: tuan punya blog baru pulang dari China. berada di sana selama seminggu kerana dihantar oleh syarikat untuk training di sana. byk perkara menarik yg ingin dicerita. oh ya, tuan punya blog juga sudah selamat mendapat kerja sejak awal september lalu. terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan. sayang kamu semua.😉

DSCN0771

 
20 Comments

Posted by on September 15, 2009 in jiwa kacau, Manusia, Pengalaman, Peribadi, Refleksi

 

20 responses to “ya, saya bertudung dan saya bangga dengannya.

  1. 13may

    September 15, 2009 at 5:57 am

    oh! pegi china rupanya…patut la bersawang😛

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 4:57 pm

      hehe… rindu ke en may?
      hihi…😛

       
  2. CAHAYA MATA

    September 15, 2009 at 11:03 am

    waahhh..!! pegi Beijing…???!! best nyaaaaa…
    cerita la lagi… huhuhuuu.. TAHNIAH dh dapat keje.. siap dihantar training lagi.. hehehehe…🙂

    pedulikan hampas kelapa tua yg dua org tu.. perasan bagus je tu..!! isykkk..

    ISLAM itu indah..percayalah.. (^,^)

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 4:58 pm

      mmg byk benda nak dicerita.
      tapi nak mengarang ayat tu, idea tak dtg lagi.
      nanti-nantilah yer…huhu..

       
  3. nur'ain

    September 15, 2009 at 11:18 am

    salam ^_^

    Subhanallah. Semoga pengalaman tu mengukuhkan lagi iman kamu..
    Di akhir zaman, semua yang menegakkan agama Islam, akan dicerca.. Tetapi akhlak mulia dan budi pekerti yang luhur tak pernah ditelan zaman. Tinggikan darjat kamu di mata manusia dengan iman dan akhlak yang mulia. Manusia akan menghormati itu.. ^_^

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 5:00 pm

      ya, betul tu cik ain.
      berada di sana buat mata saya terbuka akan kebesaran Tuhan.
      akan cabaran2 yang perlu ditempuh umat Islam zaman sekarang.
      dan betapa bersyukurnya saya dilahirkan sbg seorg Islam.
      Alhamdulillah…

       
  4. uena

    September 15, 2009 at 1:16 pm

    congrats kak sue!! ^^

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 5:00 pm

      thanx uena!🙂

       
  5. hIdAyAh

    September 15, 2009 at 8:24 pm

    kalau dayah la kat situ,mmg dayah balas ape yg diorg ckp dlm bahasa cina!haha~
    baru terngangaaa diorg.suke2 je kutuk agama kite.huh!
    nway,congrat kak su cos da keje~
    cmpany mane tu ye?
    siap anta g training tu..best2!!teringin gak nk g training2 kt oversea ni..hehe~

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 5:03 pm

      wahh..dayah tau cakap mandarin ker?
      senangla macam tu sebab bhs mandarin tu advantage tau dalam pekerjaan.
      skrg ni pun kak sue igt nak pergi mana2 kelas bhs mandarin.
      ouh, company kak sue kerja ni company baru kat taiping.
      baru sangat2…tak sampai 2 tahun operation.

       
  6. chemister

    September 15, 2009 at 10:10 pm

    good story, great experience i suppose…i salute you muslimah =)

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 5:05 pm

      err…tak payah lah sampai salute2.
      rasa tinggi sgt pula penghargaan tu.
      benda itu dah mmg obligation pun..
      but still, thanx anyway.😉

       
  7. nursakinah abdul rahman

    September 16, 2009 at 11:05 am

    kak sue..congrate2..
    bestnye kje kt mne neh..
    siap dpt g beijing..
    wah2~
    err,slmt ari raye~

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 5:06 pm

      thanx. selamat hari raya jugak…
      uena kata korg nak buat konvoi. jadi ke?
      sorrylah tak dapat join…huhu.😦

       
  8. intan nadia

    September 16, 2009 at 6:19 pm

    kak sue….

    congratz dah dpt keje

    dpt g beijing agi tue

    selamat ari raye ek =)

    maaf zahir batin

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 5:07 pm

      eh,eh intan..
      hehe..
      selamat hari raya jugak..
      maaf zahir batin…🙂

       
  9. amirahsyuhada

    September 18, 2009 at 6:28 pm

    wahhhh bestnya, sayabas ye dik..syabass!!

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 5:07 pm

      terima kasih.🙂

       
  10. saad

    September 24, 2009 at 5:06 pm

    Tahniah bro!

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 5:07 pm

      thanx!🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: