RSS

bas sekolah mak.

05 Sep

 

Siti membesar dalam bas sekolah. Sebab mak kerja dia bawak bas sekolah.  Amar, adik Siti yang muda dari Siti setahun itu pun sama. Membesar dalam bas sekolah juga. Adik Uni yang baru lapan bulan pun sama juga.

Setiap hari Siti atau Amar akan duduk dalam bas dukung adik Uni. Sebab dekat rumah tak ada siapa nak jaga dia. Kadang-kadang, sepanjang hari, Siti dan Amar duduk jaga adik Uni dalam bas. Bila budak-budak sekolah dah habis turun semua, mak akan berhentikan bas tepi jalan dan menyusukan adik Uni. Bagi dia minum sampai kenyang.

Hari itu, bas yang mak bawa rosak. Mak kena hantar baiki di bengkel Abang Usop mekanik. Mak telefon abah. Suruh ambil kami dari bengkel balik rumah. Bas rosak. Kami nak balik naik apa?

“Tak boleh!Tak boleh! Aku sibuk!!” mengaum suara abah dari corong telefon.

Mak pandang Siti dan Amar. Pandangan mak sayu. Dia sedih kot sebab kami terpaksa balik jalan kaki.

“Tak apa lah mak. Kami tak kisah jalan kaki…..kan Amar kan?” Siti tanya Amar dan dia mengangguk.

Walaupun kami masih kecil, tapi kami tahu, pasal masalah mak dan abah. Mereka selalu bergaduh. Abah balik rumah cuma mahu makan saja. Kadang-kadang dua bulan tak balik. Kami, anak-anak, cuma tengok dan simpan diam-diam dalam hati. Kawan-kawan kat sekolah kata Siti anak yatim sebab macam tak ada abah, tapi Siti tak kisah. Asalkan mak ada, Siti tak peduli langsung pasal abah. Macam mana abah yang tak pernah peduli pasal kami.

Jadi, petang itu kami jalan kaki balik rumah. Jauh tak terkata. Sakit kaki Siti.

Hujan mula turun renyai-renyai. Kami menjerit riang sebab boleh main hujan. Kadang-kadang Amar sengaja pijak lopak air kuat-kuat. Siti menjerit lagi. Sebab baju Siti basah kena lopak air. Siti kejar Amar yang tengah gelak geli hati sebab boleh kenakan Siti. Mak tengok kami sambil tersenyum. Siti senang hati bila mak senyum. Dah lama tak tengok mak senyum.

Tiba-tiba ada satu kereta lalu tepi kami.

Itu kereta abah. Tapi kenapa dia buat tak tahu? Dia tak nampak kami kah?

Lepas itu baru Siti perasan. Ada perempuan sebelah abah. Oh, patutlah.😦

Siti pandang mak. Wajah mak sebak sangat. Siti dongak langit. Diam-diam Siti bersyukur sebab hujan.Sekurang-kurangnya Siti tak perlu lihat  air mata mak yang turun semakin laju. Sama laju dengan rintik-rintik hujan.

Kami jalan lagi diam-diam.

p.s: ini kisah benar. yang saya karang (konon-konon) seperti cerpen dalam majalah remaja. ‘abah’ yang dikatakan di atas itu, sekarang menderita sakit strok dan dijaga oleh mak ‘Siti’. obviously, semua nama bukan yang sebenar. tetapi, kisah di atas itu memang kisah benar.saya mahu ulas lebih lanjut, tetapi kesuntukan masa. nanti-nantilah ya?

 
10 Comments

Posted by on September 5, 2009 in Bengong, Manusia

 

10 responses to “bas sekolah mak.

  1. Hana

    September 6, 2009 at 7:39 pm

    nice. kisah benar yang ditulis dari hati selalu sangat menyentuh hati dan perasaan.

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 4:28 pm

      ya. ini kisah benar.
      bertakung air mata apabila saya mendgr cerita ini.
      the weirdest part is because i know the family.
      jadi tak tahu nak react macam mana depan ayah dia yang sakit itu.
      maybe sbb i knew his past, jadi pandangan kpd pakcik itu dah jadi lain.
      but i still respect him though, sbg org yg dah tua.huhu.

       
  2. CAHAYA MATA

    September 7, 2009 at 11:07 am

    owhh.. semoga Allah tabahkan hati “Siti” dan kuatkan semangat “Mak, Siti, Amar dan Uni”… hanya Allah yang Maha Mengetahui.. (-.-)

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 4:48 pm

      ya,mudah-mudahan.
      hurm…

       
  3. 13may

    September 8, 2009 at 6:09 am

    moga tabah😀

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 4:49 pm

      🙂

       
    • sUe

      September 26, 2009 at 4:51 pm

      terima kasih en may.
      kamu byk bagi iklan2 jawatan kosong.
      tp skrg dah dpt kerja dah. hehe…:mrgreen:
      apa-apa pun terima kasih byk2 sbb membantu.😉

       
  4. 13may

    September 14, 2009 at 10:15 pm

    dam dam dumm…bunyik mercun😀

    selamat hari raya🙂

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 4:53 pm

      selamat hari raya juga.
      maaf zahir batin.

      p.s: tak balik sp ka tahun ni? eh, sp kat mana yer?

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: