RSS

pelajaran hidup.

29 Aug

 

1. Bila dipanggil untuk interview, sila pastikan kilang itu macam mana. Kalau tak, kau akan end up memandu sejauh 250 kilometer untuk tercangak di hadapan sebuah kilang yang sunyi sepi macam di tanah kubur.

2. Kalau rupa bentuk kilang itu tak ditunjukkan di dalam laman web site nya, maka anggap sahaja lah bahawa kilang itu adalah sebuah bangunan sunyi sepi macam di tanah kubur.

3. Kalau interviewer tanya soalan yang kau tak tahu apa jawapannya, maka berpura-pura sahaja lah macam tahu. Hentam sahaja dan main belasah je lah apa jawapannya. Jangan jawab “I’m sorry I’m not sure.” Itu bahaya.

4. Tapi, kalau kilang itu sunyi sepi macam di tanah kubur dan kau pula baru lepas memandu sejauh 250 kilometer dan interviewer pula tanya soalan macam ‘halal’ (mahu cakap perkataan berlawan tapi sebab bulan puasa, jadi respek sikit), kau boleh lah buat bodoh kalau kau memang tak mahu kerja itu.

5. Your mom and your dad loves you equally. Just the way they show it is different. Sekurang-kurangnya kau patut bersyukur dapat ayah yang ajar kau untuk berdikari. He trusts you to take care of yourself. Dia percaya kau tak kan buat benda tak senonoh belakang dia. Dia percaya kau cukup bijak  untuk jaga diri kau. Dia percaya kau cukup kuat untuk hadapi segala cabaran. Dia PERCAYA kau. Itu yang penting.

6. Jangan sekali-kali argue dengan mak kau. Walaupun obviously dia yang salah. Walaupun dia macam nak menegakkan benang yang sudah basah lencun seolah-olah baru lepas direndam dalam kolah tiga hari tiga malam, tetapi jangan sekali-kali argue dengan mak kau. Sakit perit dia lahirkan kau tak akan boleh kau balas dengan apa benda sekali pun. Kau berhutang nyawa dengan dia saat kau lahir ke dunia ini. Jadi, diamkan dan angguk setuju sahaja. Habis cerita.

7. Sudah tiba masa untuk kau belajar tukar tayar kereta sendiri. Ini serius. Sebab kau tak ada figure lelaki terdekat untuk tolong kau buat benda-benda ini selain seorang ayah yang expect kau berdikari dalam semua hal . Jadi, kau tak boleh selalu harap orang akan berhenti tolong bila tayar kereta kau pancit. Sampai masa kau perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Dan lagi, tak semua orang yang berhenti itu baik-baik. Mana tahu entah serial killer ke serial rapist ke better kau jaga-jaga.

8. Sudah tiba masa untuk kau belajar martial arts jugak. Just in case.

9. Perkara paling mudah di dunia tetapi juga paling bijak adalah diam. Satu bunyi pun tak keluar. Satu titik air liur pun tak rugi. Dan yang penting, tak akan ada orang yang berkecil hati. Jadi, latih diri untuk selalu diam. Kunci mulut dan campakkan kunci itu jauh ke tengah laut.

10. Sampai satu masa, kau kena terima hakikat yang hidup ini, bak kata Abu, memang palat. Tapi esok masih ada. Jadi, diam, senyum, dan terima segala dengan lapang dada dan hati terbuka. Sekurang-kurangnya, Tuhan masih izinkan kau bernafas menghela udara.

Lagipun, kalau tak ada cabaran, apa guna kau hidup?

p.s: dah. esok ada interview lagi. tidur.

p.s.2: harap maaf. komen2 akan dibalas selepas emosi kembali berada di paras yang stabil. terima kasih.

 
10 Comments

Posted by on August 29, 2009 in Bebelan saya, Bengong, Pengalaman

 

10 responses to “pelajaran hidup.

  1. Hana

    August 29, 2009 at 4:28 am

    Setuju. Belajar martial arts. Cadangan – Silat Cekak Hanafi (sebab aku ahli SCH). hehe

     
    • sUe

      September 5, 2009 at 9:35 am

      hehe…
      cik hana lah ajar, boleh?
      bagi yang basic2 udahle..
      asal boleh tendang2 dengan tumbuk2 sikit pun kira oklaa…😛

      p.s: saya berminat dengan aikido sebenarnya. tetapi ada kawan kata kena ‘sujud’ pada gambar pengasasnya sebelum latihan. itu yang macam ragu2 sikit tu…

       
  2. amirahsyuhada

    August 29, 2009 at 5:49 am

    nombor 6 tu amat susah bagi saya, satu2 perkara yang paling saya kesal dalam dunia ni. Dan sebagai seorang yang selalu memandu seorang, jangan lupa letak senjata dalam kereta, paling senang, buluh rotan tu ye..huhu.

     
    • sUe

      September 5, 2009 at 9:37 am

      haha…semua orang payah yang nombor 6.
      entah kenapa mulut asyik ringan sahaja mahu argue.
      tapi itulah, sedang melatih diri untuk kunci mulut.

      ouh, memang bagus letak senjata dalam kereta.
      besi kunci stereng itu pun macam menarik jugak.
      cuma risau sebab berat sangat…nanti sekali ketuk penjenayah, terus mati.
      tak pasal2 kena hukum membunuh tanpa niat…hoho.

       
  3. chemister

    August 29, 2009 at 4:05 pm

    not just you, i thought all girls should do ur no.7…=)

     
    • sUe

      September 5, 2009 at 9:38 am

      yeah, dat’s rite!🙂

       
  4. 13may

    September 8, 2009 at 6:10 am

    kilang kat mana nih?

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 4:49 pm

      kilang kat johor. mmg jauh gila lah. huhu.😐

       
  5. ainunlmuaiyanah

    September 14, 2009 at 11:24 pm

    sue, cepat-cepat cari kerja dan semoga berjaya dalam semua interview

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 4:54 pm

      terima kasih.
      skrg dah kerja dah. baru sebulan.
      tak sabar nak merasa gaji pertama.hehe…😛

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: