RSS

maryamah karpov (mimpi-mimpi lintang)

14 Aug

Maryamah_Karpov

maryamah karpov, sudah hampir tiga per empat isinya saya khatamkan. sudah hampir seminggu saya menguliti buku ini tetapi masih belum habis lagi.

saya kira, membaca juga adalah satu ‘state of mind’. jika sedari awal sudah meletakkan ekspektasi rendah, maka rendahlah tahap kepuasan hati yang dicapai. mungkin kerana telah lebih dahulu membaca ulasan tentang buku ini di internet yang rata-rata mengatakan buku ini tidak sehebat tiga buku sebelumnya, membuatkan mood membaca sudah berkurang. dan jujurnya, sehingga takat ini, saya agak kecewa dengan apa yang telah dibaca.

saya agak hairan kenapa sebuah buku berjudul ‘maryamah karpov’ tetapi isinya hanya menyentuh se’cinonet’ sahaja tentang makcik maryamah yang handal bermain catur karpov. cerita yang lebih banyak adalah bagaimana si ikal membuat perahu (dari bab 34-bab 56) dan perjuangannya mencari kekasih lamanya, A Ling.

setakat yang saya baca, makcik maryamah hanya disentuh sebanyak satu ayat pada mukasurat 221:

Antara mereka, terkadang tampak Makcik Maryamah yang seringkali mengajar orang langkah-langkah catur Karpov.

itu sahaja.

aduh, kasihan sama makcik maryamah. namanya dijadikan judul tetapi cerita tentangnya langsung tiada (atau tak dikembangkan). kalau ada pun, cuma beberapa ayat dan kemunculannya langsung tidak memberi impak yang signifikan pada jalan cerita. mungkin begitu cara andrea hirata, saya tidak tahu.

tetapi, saya setuju dengan pendapat seorang pengulas buku bahawa Andrea Hirata adalah seorang seniman kata-kata. ini kerana, beliau mampu men’sastera’kan subjek-subjek teknikal seperti fizik, ekonomi, dan matematik. malah, membaca buku ini, seolah-olah saya sedang belajar satu cabang ilmu hidrodinamik tetapi melalui kaedah penceritaan.

ya, buku ini walaupun tidaklah sehebat Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi, tetapi masih boleh dikira baik. humornya masih ada. lucunya masih menggeletek rasa.  dan saya senang sekali membaca  tentang sifat2 masyarakat melayu yang suka bertaruh, suka menggelar-gelar orang, suka berborak kosong dan bercakap besar. memang kelakar habis!

ini dua puisi andrea yang paling saya suka:

Ada

Tahukah dirimu kawan?

Dalam serpih-serpih cahaya

Dalam gerak-geri halus benda-benda

Tersimpan rahsia

Mengapa kita ini ada

Seperti

Seperti puisi yang kau tuliskan

Seperti nyanyi yang kau lantunkan

Seperti senyum yang kau sunggingkan

Seperti pandang yang kau kerlingkan

Seperti cinta yang kau berikan

Aku tak pernah, tak pernah berasa cukup.

 

ok. saya perlu habiskan buku ini sebelum ke utp.

(ouh, siapa lah wanita di kulit muka depan buku ini? cantik sungguh.)

 
6 Comments

Posted by on August 14, 2009 in Buku

 

6 responses to “maryamah karpov (mimpi-mimpi lintang)

  1. CAHAYA MATA

    August 14, 2009 at 12:46 pm

    kadang kala penulis juga bereksperimen.. ye kan..?

     
    • sUe

      August 17, 2009 at 11:16 pm

      🙂

       
  2. chemister

    August 15, 2009 at 7:31 pm

    “saya senang sekali membaca tentang sifat2 masyarakat melayu yang suka bertaruh, suka menggelar-gelar orang, suka berborak kosong dan bercakap besar”

    hmm, awk suka eh bila telatah org melayu dijadikan jokes? bukannya sy x stuju dgn ape yg awk ckp, cuma tak manis bila org mentertawakan bangsa sendiri. just my 2 cents.

     
    • sUe

      August 17, 2009 at 11:13 pm

      ok.thanx for your two cents.everyone is entitled to their own opinion.
      cuma saya rasa kalau awak baca sendiri buku itu, mungkin awak faham kot apa yang saya maksudkan.

       
  3. ykajane

    September 5, 2009 at 6:02 pm

    mana beli buku ni ?saya dah lama cari kat kl tapi takde.
    sudahnya, saya download saja.
    maaf andrea hirata😛

     
    • sUe

      September 26, 2009 at 4:22 pm

      selalunya buku2 begini saya cari di ujana ilmu. pesan saja secara online.
      insyaAllah dapat. tapi hari itu saya tengok di popular, dah banyak dah buku ini.
      download pun ok. asal boleh baca sudah…😛

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: