RSS

r.a.w.a.k.

09 Aug

I.

saya syak patung-patung mannequin di kedai baju telah disihir dengan kuasa hikmat. ini kerana mereka mampu membuat pengunjung kedai baju berhalusinasi bahawa apa saja baju yang dipakaikan pada patung pasti nampak cantik. tetapi, apabila dikenakan ke badan sendiri, tak cantiklah pula. cis sungguh!                                                                                     mannequin

hari ini saya telah berjaya membogelkan dua patung mannequin dalam usaha untuk mencari baju graduasi. saya harap saya tidak berdosa kerana mendedahkan aurat mereka.😛

II.

emak adalah shopping buddy paling komited dalam dunia. beliau dengan sabar melayan kerenah saya yang asyik bertukar-tukar baju. sekejap cuba baju itu dan sekejap lagi cuba baju ini. sampai berpeluh-peluh beliau pergi dan balik mengambilkan baju yang saya pinta dan menghulurkan kepada saya  dalam bilik persalinan.

terima kasih mak. aishiteru.🙂

III.

ais krim perisa honeydew dan chocolate mint adalah perisa paling nostalgia product-MintCCbuat saya. ini kerana, ketika bersekolah menengah, setiap kali outing atau pulang ke rumah, saya pasti akan singgah di The Summit BM untuk membeli ais krim perisa ini daripada amoi cina di tingkat bawah berdekatan tangga.

apa khabar amoi cina itu sekarang agaknya?

IV.

sejak akhir-akhir ini bayangan seekor ular sawa albino bersisik kuning sering terlintas-lintas di fikiran saya. ketika masak, mandi, tengok tv, tidur malah kadang-kadang ketika bersolat.

kenapa ya? agak-agak apa maksudnya?

adakah mana-mana ular sawa albino yang sedang cuba menghubungi saya secara telepati, mahu memberitahu bahawa ia sedang dalam bahaya (jatuh ke dalam perigi buta misalnya) dan mahu saya menyelamatkannya?

ouh, sungguh misteri.😐

V.

kali ini gigi geraham bongsu atas belah kiri pula yang mahu tumbuh.😦

VI.

saya sudah membaca edensor dan sekarang sedang cuba sedaya-upaya menghabiskan maryamah karpov pula.

VII.

kadang-kadang saya harap masa dapat berhenti berlari dan bumi dapat berhenti berputar. walau untuk seketika.

supaya dapat saya mengejar semula apa-apa yang mungkin saya tertinggal untuk dibawa bersama.

 
7 Comments

Posted by on August 9, 2009 in Bebelan saya, Nostalgia, Saja Mengada

 

7 responses to “r.a.w.a.k.

  1. CAHAYA MATA

    August 10, 2009 at 11:55 am

    alahaiii..sabar nya mak kamu..
    bertuah la kamu ada mak mcm tu.. hehehehe..

    so, dpt dah baju untuk graduasi..? tepek la gambar tu kat sini.. hehehe..

    isyykk..ular albino tu nak patuk tu.. hati-hati tau..!! silap2 pinangan nanti datang dari Paris atau Kota London..hahahaha..

     
    • sUe

      August 11, 2009 at 7:14 am

      haha.ini tak ada kena mengena dengan pinangan kot.
      saya agak ini gara2 terlebih tgk wonderpets lah nih.
      asyik terbayang2 mana-mana haiwan dalam bahaya.
      (ini seriusss….😛 )

      p/s: baju utk graduasi dah beli. tapi segan nak letak gambar. masa majlis konvo nanti baru boleh tepek. hehe😉

       
  2. amirahsyuhada

    August 11, 2009 at 1:17 am

    ya, alangkah indahnya dunia ini kalau kita mampu hentikan masa.

     
    • sUe

      August 11, 2009 at 7:14 am

      kan?😉
      kalau lah boleh…..hurm~

       
  3. Anonymous

    November 8, 2010 at 5:41 pm

    hehe..mungkin benar tentang mannequin itu..
    cik nani pn slalu ttipu~

     
  4. Anonymous

    November 8, 2010 at 5:43 pm

    hehe..mungkin benar tentang mannequin itu
    cik nani pn sering tetipu~

     
    • sUe

      November 26, 2010 at 5:58 pm

      betul kan?

      jadi jgn terpedaya dgn baju2 yang dipakai oleh patung mannequin.
      taktik psikologi jer tuh..😛

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: