RSS

tentang harapan yang tidak pernah ada.

03 Aug

Cuba bayangkan ini:

Kamu terjumpa seseorang sedang terbaring di atas lantai, tidak bernafas. Lalu, sebagai seorang manusia yang tenang, rasional dan tidak cepat menggelabah, kamu pun terus melakukan CPR kepada manusia tersebut.

Bersusah payah kamu cuba menyelamatkan beliau, akhirnya usaha kamu berjaya. Jantungnya kembali berdetak. Dadanya kembali turun naik menyedut oksigen. Hidungnya kembang kempis memenuhkan semula paru-paru dengan udara.

Dan, sebaik sahaja beliau kembali bernafas, kamu ambil sebiji bantal besar.

Dan tekup semula mukanya sehingga dia mati.

Kejam bukan?

Saya kira itu saja analogi yang paling sesuai diberikan kepada manusia-manusia yang memberi harapan palsu kepada orang lain. Bila dikatakan ‘palsu’ itu maknanya kamu tahu harapan itu tak akan kamu tunaikan. Harapan yang diberi sekadar untuk penyejuk jiwa. Yang ditabur sekadar untuk tidak mengecewa.

Sedang jauh di sudut hati, yang dikatakan harapan itu sebenarnya sejak awal lagi memang langsung tidak ada.

Memberi harapan palsu itu luas skopnya.

Sama ada:

kamu seorang pelajar luar negara yang menulis surat (atau email)  kepada ibu bapa di kampung bahawa pelajaran kamu baik-baik sahaja sedangkan kamu sebenarnya sudah pun gagal berkali-kali.

atau

kamu seorang doktor yang memberi jaminan penyakit pesakit kamu akan sembuh walau sebenarnya kamu tahu bahawa peluang itu sangat tipis.

atau

kamu seorang lelaki yang terus-terusan ber’kawan’ dan menabur janji kepada  gadis yang kamu tahu sukakan kamu walau kamu tidak ada sekelumit perasaan pun padanya sehinggalah the right girl comes along dan kamu bolehlah tinggalkan gadis itu terkontang-kanting dengan alasan “kita kawan saja lah selama ini”

atau

kamu seorang gadis yang terus-terusan melayan seorang lelaki yang berusaha mahukan cinta kamu kerana kamu sunyi, mahukan teman untuk shopping atau tengok wayang dan terus menerima  hadiah-hadiahnya sehinggalah the right guy comes along dan kamu bolehlah tinggalkan lelaki itu terkontang-kanting dengan alasan “kita kawan saja lah selama ini”

atau

kamu seorang bapa yang memberitahu pada anak-anak  bahawa perkahwinan kamu dan ibu mereka tidak ada apa-apa masalah, “biasalah, sedang lidah lagi tergigit” kamu kata, ketika surat penceraian sudah pun ada di dalam laci meja.

dan banyak contoh lain lagi yang tak terfikir pula saya buat masa ini.

ia kejam.

jika tidak ada harapan sejak mula, beritahu secara berdepan.  ya, ia mungkin menyakitkan, tetapi itu lebih baik daripada kamu terus berpura-pura untuk satu tempoh yang lama kerana eventually, satu hari mereka akan tahu juga.

ia kejam.

terutama apabila ia melibatkan hati dan perasaan.jika memang tidak ada perasaan, maka berlaku jujur sahaja lah. kalau dia masih memaksa, barulah ditinggalkan saja dia. (TINGGALKAN – dalam erti kata tidak perlu berjumpa, tidak ada bertelefon, tidak ada ber’sms’, tidak ada berhubungan, tidak ada…eh, nak tinggalkan orang pun tak kan nak kena ajar kot?)

kerana jika kamu terus-terusan memberi harapan dan kemudian  mereka dapat tahu harapan itu memang tidak pernah ada sejak mula, then you’ll hurt them so much you just might as well kill them.

please, tell the truth. even though the truth will hurt them, but the lies will hurt them even more.

p/s: ouh, tolong jangan membuat spekulasi sembarangan. ini tidak ada kena mengena dengan saya. ia cuma terkena pada seseorang yang rapat dengan saya. melihat dia terluka, saya turut terasa pedihnya. aduh manusia, kenapa mudah benar menabur cinta?

 
8 Comments

Posted by on August 3, 2009 in Manusia, Peribadi

 

8 responses to “tentang harapan yang tidak pernah ada.

  1. amirahsyuhada

    August 3, 2009 at 10:09 am

    kadang2, ada manusia ingat cinta itu permainan, dan happy bila asyik bermain dengan cinta tu. manusia macamni terlupa, hidup ni karma, satu hari mesti kena juga.by the way, cunlah template baru ni, simple tapi cam ceria.

     
    • sUe

      August 8, 2009 at 3:18 am

      yes, hidup ini memang karma. dan selalu, benda-benda macam ini, cepat saja dapat balasannya.

      ouh, pasal template, terima kasih.

      tapi tak berapa best jugak sebenarnya. sebab tidak seperti blogspot, template di wordpress sangat terhad. ulang-ulang template yang sama. dan tak boleh suka-suka hati copy HTML template dari internet. kena ambil yang dia dah sediakan. jadi tak berapa banyak choice.

      huhu.

      tapi yang ini ok lah kot. tengoklah bila saya bosan, saya tukar lagi yang lain. hehe.:mrgreen:

       
  2. CAHAYA MATA

    August 3, 2009 at 10:49 am

    emm.. SAYA setuju..!!
    tp kadang kala kita tidak sedar sebenarnya kita sedang berada di dlm situasi itu.. sama ada sbg mangsa atau sbg pemangsa..

    walaupun SAYA percaya kebenaran tetap perlu diluahkan walaupun hasilnya sngt pahit, namun SAYA masih jg percaya setiap org perlu diberi harapan.. perlu disogokkan dgn berita yg manis-manis agar sekurang-kurangnya mereka dpt menikmati saat manis itu sekali dalam hidup mereka..

    owhh..!! entrie ini membuat SAYA berfikir dua kali.. apakah memberi persetujuan utk “berkawan” jg dianggap sbg memberi satu harapan palsu.. emmm.. (-.-)

     
    • sUe

      August 8, 2009 at 3:28 am

      hurm…saya rasa benda ini terpulang pada niat sejak awal kot. kalau dari mula memang tidak suka, buat apa lagi diberi harapan kan? kasihan sama orang itu yang masih meminta-minta.

      pada pendapat saya, tidak salah untuk berkawan. tambah2 lagi kalau kita pun suka untuk bersahabat dengan orang itu. tetapi, kalau bersahabat untuk tujuan tertentu, mengambil kesempatan dari segi kewangan atau sekadar penghilang kebosanan atau digunakan sebagai back-up plan misalnya, saya kira itu tak berapa bagus kan?

      ah, jangan risau cik cahaya. bersahabat sahaja dengan siapa-siapa pun. yang penting, kena ada keikhlasan. dan bukan dengan niat untuk mempermainkan.🙂

      ps: saya terbau bunga-bunga cinta sedang ke udara. kenapa ya? apa-apa pun, semoga kamu berbahagia. hehehe😛

       
  3. cik iman

    August 3, 2009 at 1:39 pm

    hummm lame dah bace blog sue… menarik~

     
    • sUe

      August 8, 2009 at 3:31 am

      terima kasih cik iman. dan salam perkenalan dari saya.

      sebelum ini, saya selalu juga baca blog cik iman. transit dari blog cik cahaya. hehe:mrgreen:

       
  4. nut yaa

    March 21, 2010 at 2:24 pm

    yer… sakit bila kenyataan tidak seindah harapan. =(

    p/s: Sudah jatuh cinta pd blog kamu. Ngee~!!

     
    • sUe

      March 22, 2010 at 3:00 pm

      ouh terima kasih…😳
      jemput-jemputlah ke sini lagi.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: