RSS

Gone too soon…

29 Jul
marwa el sharbini
yasmin ahmadTeo-Beng-Hock

 

Setiap manusia pasti akan merasai mati. Walau dengan apa cara sekali pun, kematian itu sudah ditetapkan sejak azali lagi.

Cuma cara malaikat maut mengambil nyawa itu yang berbeza. Sama ada menderita sakit atau kemalangan jalan raya atau ditikam berbelas kali atau diletup dengan c4 atau dicampak dari bangunan tinggi atau mungkin sahaja pengsan tiba-tiba dan terus koma. Apa pun caranya, suatu hari roh tetap akan meninggalkan jasad dan kembali pada Pencipta.

Saya tahu ketiga-tiga manusia di atas adalah tiga entiti berbeza. Cara pemergian mereka juga berbeza. Tetapi, sedar tak sedar mereka punya persamaan. Mereka pergi pada bulan Julai, secara tiba-tiba dalam usia yang masih muda, ketika sedang di puncak kejayaan dan pemergian mereka memberi kesan kepada ribuan manusia lain.

Kata Shakespeare “Hidup ini umpama sebuah pentas besar. Dan kita adalah pelakonnya.” Saya percaya, sebijak mana kita memainkan peranan akan direfleksikan ketika hari kita dikebumikan. Sama ada ketika hayat di dunia, kita memegang peranan sebagai seorang protagonis atau antagonis, itu kita sendiri yang tentukan.

Dan saya percaya, sebuah kematian yang meninggalkan kesan dan turut dirasai ribuan manusia lain (walau mungkin manusia2 itu langsung tidak dikenali oleh si mati), adalah kematian yang tidak sia-sia.

Seperti kata Abraham Lincoln ” And in the end, it’s not the years in your life that count. It’s the life in your years.”

Marwa El Sherbini , Teoh Beng  Hock dan Yasmin Ahmad:

May God bless your soul. Rest In Peace.

 

I Go, by Pete Teo

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong
The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life – you’re my sweetest nightingale
But I can’t hear it here no more
And I go…
Hush now, don’t shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadows by the tracks upon your face”

 
2 Comments

Posted by on July 29, 2009 in Manusia

 

2 responses to “Gone too soon…

  1. CAHAYA MATA

    July 29, 2009 at 11:38 am

    kepergian mereka memberi kesan yang berbeza untuk kita.. namun yang nyata kematian itu PASTI.. hanya Allah yang tahu bila saat itu akan tiba pada kita..

    mudah-mudahan Allah mengurniakan rahmat dan redha-Nya untuk kita meneruskan hidup dan bersiap sedia menemui-Nya kelak.. amin..

    p/s : dah baik sakit gigi..? kalau pergi klinik gigi, pastikan doktor gigi itu handsome dan berkarismatik.. okey.. err.. errr…

     
  2. sUe

    July 30, 2009 at 12:12 pm

    ouh, terima kasih bertanya. gigi saya sudah baik. sebelum sempat saya nak cari doktor gigi yang kacak dan berkarisma.huhu.

    mungkin gigi saya ini tahu bahawa tuannya mahu menyalah gunakan kesakitannya untuk tujuan peribadi , jadi beliau pun serta merta menyembuhkan dirinya sendiri.

    sungguh tak sporting kan gigi saya ini? langsung tak bagi peluang. haha😀

    p/s: yang sebenarnya, saya tumbuh geraham bongsu. lepas ini dah tak boleh tinggi lagi.😉

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: