RSS

Sepuluh masih lagi.

27 Jul

 untitled

1. Masih lagi dalam penafian bahawa Yasmin Ahmad sudah tiada.

2. Masih lagi menganggur sambil melatih diri menjadi suri rumah berjaya.

3. Masih lagi dalam proses menghabiskan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Prof HAMKA. [terima kasih Ujana Ilmu.]

4. Masih lagi belum menonton Harry Potter dan Putera Berdarah Separuh.

5. Masih lagi mengalami kesakitan gigi yang terlampau sejak dua hari lepas tetapi enggan berjumpa doktor gigi [kerana golongan mereka yang menangkap Nemo. ok. itu cuma alasan palsu untuk menjustifikasikan kengerian berjumpa doktor gigi].

6. Masih lagi berharap gigi ini akan sembuh sendiri seperti sedia kala.

7. Masih lagi belum membeli baju lip-lap lip-lap dengan kasut tumit setinggi lima inci untuk majlis graduasi.

8. Masih lagi tidak berasa apa-apa keterujaan untuk memakai topi ‘mortar’ dan menerima skrol dari Tun Mahathir lebih kurang 3 minggu dari sekarang.

9. Masih lagi makan ais krim setiap hari walaupun sakit gigi.

10. Masih lagi menjalani hidup seperti biasa, dengan rutin biasa tanpa apa-apa warna warni ceria.

Sekian.

 
Leave a comment

Posted by on July 27, 2009 in Bebelan saya, Saja Mengada

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: