RSS

Pengalaman sensasi yang wajib letak dalam blog.

19 Jul

Tadi, saya ke Central Square di hadapan rumah untuk membeli tali pinggang sekolah adik2 saya. Ya, seperti kakaknya, kedua2 adik saya itu adalah under weight dan kurus-kering-macam-tak-cukup-makan semuanya. Pakai seluar pun silap-silap boleh melondeh ke bawah.

Jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Maka, tergesa-gesa lah saya ke CS hanya untuk membeli dua ketul tali pinggang dan terus balik kerana risau tak terkejar maghrib.

Ketika mahu pulang selepas dari membeli, saya pun menunggu lif. Sebaik sahaja lif terbuka, maka terlihatlah pemandangan yang sungguh Nauzubillah sekali.

Sepasang kekasih sedang bercumbu2 di dalam lif!

Dan lebih2 Nauzubillah lagi adalah kerana…kedua-duanya LELAKI!!

Wah!! Wah!!!!!!!! *ternganga*😯

Mujur bebola mata saya masih elok tersangkut di soketnya. Jika tidak tentu sudah terjojol dan jatuh bergolek-golek akibat pemandangan yang sungguh mengejutkan itu. Sebaik sahaja mereka sedar pintu lif terbuka, dan aksi mereka menjadi tayangan percuma kepada mata saya, cepat2 mereka meleraikan cumbuan dan berlagak biasa.

Pada mulanya serba salah juga lah saya sama ada mahu masuk atau tidak ke dalam lif.

Jika masuk, tentu saya akan berasa sungguh tidak selesa berada di dalam lif bersama mereka.

Jika tidak masuk, seolah-olah saya me’restui’ perbuatan mereka pula. Seolah-olah saya bermaksud “eh tak apa, tak apa. Teruskan bercumbu2 sesama jantina. Saya okey jer. Saya tunggu lif lain. No worries….peace!”

~Haih.

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk masuk sahaja dan berlagak biasa. Sungguh, sepuluh saat di dalam lif itu adalah sepuluh saat paling lama dalam hidup saya. Sebaik sahaja lif terbuka ‘ting!’, pasangan kekasih itu pun keluar sambil berpegang tangan.

Urgh……..!!!😕

Kadang2 saya hairan dengan golongan ini.

Tidak ada malu kah mempamerkan kasih sayang di hadapan umum? Melakukan PDA (public display of affection) tanpa segan silu? Sudah tidak ada tempat tertutup lain kah untuk men’display’kan affection pada pasangan mereka yang,(meminjam kata Hanakirana) , ‘mempunyai aset yang sama dengan mereka’?

Sedangkan PDA sepasang kekasih yang berlainan jantina pun sudah memualkan, apatah lagi lah yang sesama jantina. Aduhai….

Mungkin dengan PDA, mereka mahu mempamerkan pada dunia “Lihatlah manusia! Kami saling menyintai. Walau apa saja pandangan kamu kepada kami, yang penting kami bahagia…” (Ewah….romantik lah sangat kan…)

Sejujurnya, walau sekuat mana pun mereka berusaha untuk diterima umum, tetapi pasangan sesama sejenis perlu menerima hakikat bahawa mereka masih payah untuk TIDAK dipandang serong. Sedangkan di Barat pun, gay dan lesbian masih lagi bersifat kontroversi, ini kan pula di Malaysia yang agama, adat dan budaya masih lagi dijunjung tinggi.

Haih~

Apa-apa saja lah.

Tetapi yang pasti, teori yang mengatakan kebanyakan lelaki kacak adalah gay itu ternyata benar. Ini kerana dua lelaki yang saya lihat di dalam lif itu boleh tahan juga rupa mereka. (eh,eh! sempat lagi kamu cuci mata ya Suhaila?) Pendek kata, kalau nak cari teman wanita, memang tidak ada masalah langsung lah!

Mungkin lepas ini kalau ada lelaki kacak dan masih single di hadapan saya, tidak boleh tidak saya akan menjadi sedikit prejudis dengan orientasi seks beliau. Sehinggalah beliau membuktikan yang beliau memang lelaki straight.

Tetapi, macam mana nak tahu sama ada seorang lelaki itu straight atau gay ya?

Hurm…… 🙄

 
16 Comments

Posted by on July 19, 2009 in Bengong, Manusia, Pengalaman

 

16 responses to “Pengalaman sensasi yang wajib letak dalam blog.

  1. Bearer of Good News

    July 19, 2009 at 5:35 am

    wahhhh SP dah maju! SP dah ada gay yang berani mempertontonkan aksi mereka di khalayak ramai!

    yeayy! maju SP, maju!

    *jemputla datang rumah Raya nanti.

     
    • sUe

      July 22, 2009 at 8:31 am

      wahh…sukanya awak dengan ke’maju’an SP ya…
      hahaha!
      itulah…macam2 perangai manusia sekarang…😐
      eh duduk SP jugak eh??
      insyaAllah kalau tak ada apa2, saya akan berkunjung ke rumah cik Hana. Rumah saya pula sentiasa saja terbuka. Dtglah bila2 masa pun…hehe😀

       
  2. kak Lily

    July 19, 2009 at 5:27 pm

    Adeh..deh..ngerinya hidup di zaman mutakhir ini. Rosak dari pemimpin sampai ke rakyat. Yang umur nak mati sampai umur budak.
    Central S, yg kat SP ka? Amboi maju sungguh Kedah la ni no.

     
    • sUe

      July 22, 2009 at 8:36 am

      Itulah kak Lily…
      Zaman sekarang ini manusia dah macam2 perangai…
      Tapi jangan salah faham…
      Tak semua org SP begitu…
      Yang lain masih tahu adab sopan dan berhemah.
      Cuma yang dua orang itu yang mencemarkan keadaan.
      Isk!

       
  3. nUrHiDaYaH

    July 19, 2009 at 5:35 pm

    stuju!
    laki yg ensem kebanyakkan nye gay..
    tp kan kak su..
    siyeeeeeeeesss ewwwwwwwwwwwwww kalo dpt saksikan kejadian di lif tu.huhu!!

     
    • sUe

      July 22, 2009 at 8:38 am

      memang tersangat lah eeewwwwww!!
      lama jugak lah kak sue ternganga depan lif.
      nasib baik mulut tak masuk lalat.
      huhu.

       
  4. CAHAYA MATA

    July 20, 2009 at 10:31 am

    errkkk…!! teruk nya..

    sepatutnya ada akta yg menghalang hubungan sejenis ni secara terang-terangan..!! kita mesti mempertahankan hak kita.. kita tidak boleh dibiar menjadi “mangsa” kpd pencemaran pemandangan di negara kita sendiri.. hahahaha!!

    maaf SAYA baru balik dari BTN.. maka.. sangat patriotik.. hehehe..

     
    • sUe

      July 22, 2009 at 8:42 am

      wah…komen yang sungguh berapi2..
      memang sungguh patriotik sekali.🙂
      saya tak pernah pergi BTN lagi.
      tapi ramai yg ckp lepas balik mesti jadi patriotik.
      sama macam kalo pergi PLKN.

      ya, pemandangan gay dan lesbian di tempat awam memang mencemarkan jugak lah.lebih2 lagi kalau pasangan itu Islam.

       
  5. ainunlmuaiyanah

    July 21, 2009 at 1:43 pm

    aha la. macam mana kita nak tahu lelaki kacak dan hensem itu bukan gay. aish

     
    • sUe

      July 22, 2009 at 8:46 am

      itulah pasal. sebab kebanyakan lelaki gay ini bukan lah lembut atau macam mak nyah. dua lelaki yang saya tgk itu sangat normal fizikalnya. berpakaian, rambut, tubuh badan, memang sebijik lelaki.

      cuma naluri mereka yang songsang.

      jadi, macam mana nak bezakan lelaki normal dan gay?sama seperti perempuan yang tak nampak langsung macam tomboy,bertudung lengkap segala, tapi rupanya lesbian.

      payah kan?

       
  6. saad

    July 21, 2009 at 1:59 pm

    gua sokong majoriti lelaki hensem itu gay. gua tau sebab gua tak ensem. dan gua bukan gay.

     
    • sUe

      July 22, 2009 at 8:47 am

      tahniah!
      kerana kamu normal!!😀

       
  7. si luncai

    July 21, 2009 at 10:29 pm

    mintak phone no die bleh ???

    hahahaha …

    SP SP SP …
    sebbaik aku skola sane 2 tahun jek …

    hahahahaah hadoooiiii

    jd wanita wanita …
    cari la lelaki tidak kacak …

    adekah saya kacak ???

     
    • sUe

      July 22, 2009 at 8:53 am

      uiks…nak wat ape no phone lelaki gay tuh?
      haaaa…musykil nih…hehe!

      ya betul tuh.
      kalau tak kacak, mungkin tipis sikit kebarangkalian untuk jadi gay.
      tapi kalau gay jugak, aduhai sadis la pulak.
      sudah la tak kacak, gay pulak tuh.
      isk333…

      adekah kamu kacak?
      entahlah…cuba tepek gambar dulu.
      baru boleh tahu…:mrgreen:

       
  8. koko`kranc

    July 23, 2009 at 11:26 am

    kacak tapi gay.

    macam buah durian tapi isi tahi.

    ptuih.

    tapi kalau perempuan bercumbu sama perempuan dalam lif pasti lain rasanya kan?

    hahahaha

    diskriminasi!

     
    • sUe

      July 23, 2009 at 9:02 pm

      ouh kalau perempuan bercumbu sesama perempuan pun adalah sangat meloyakan juga…
      kalau setakat berpegang tgn sesama perempuan mungkin itu biasa…
      tp kalau bercumbu, eeewwwwww! :-&

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: