RSS

Kisah guru saya.

14 Jul

Setiap kali terlihat wanita yang berjubah dan berpurdah hitam, saya teringat akan seorang guru ketika saya sekolah rendah. Nama beliau adalah cikgu Rohaya. Beliau mengajar saya Bahasa Inggeris dan menjadi antara punca kenapa saya sangat sukakan bahasa PPSMI itu. untitled

Beliau seorang guru yang lembut dan bijak dalam menjadikan subjek itu menarik. Bukan saya seorang sahaja yang sukakan nya, malah boleh dikatakan hampir semua murid dalam kelas sukakan guru itu.

Terdapat satu insiden yang menyebabkan saya semakin yakin bahawa beliau adalah guru kesayangan semua:

Ketika itu, cikgu Rosmah (bukan nama sebenar), guru Bahasa Melayu saya telah menyuruh kami menulis karangan yang bertajuk “Guru Kesayangan Saya” .

Jadi, kami kanak-kanak riang berusia sebelas tahun ini pun dengan penuh inesen dan suci murni ini pun mula lah menulis tentang “Guru Kesayangan Saya” dengan gigih sekali. Dan karangan itu pun dihantar kepada Cikgu Rosmah.

Tetapi, keesokannya harinya, Cikgu Rosmah mula menunjukkan gejala aneh yang ketara. Dia mula marah-marah pada kanak-kanak suci di hadapannya. Kerana apa?

“Kenapa semua tulis cikgu kesayangan kamu Cikgu Rohaya?” katanya dengan wajah yang sungguh tidak puas hati. Kemudian dia pun membebel-bebel dan marah-marah pada kami semua. “Tapi ada jugaklah yang tulis nama saya. Terima kasih lah pada yang masih anggap saya ni cikgu kamu.” katanya memperli.

Saya syak mereka yang tulis nama cikgu Rosmah itu tentulah mempunyai kebolehan membodek dan mengipas dan meng ‘kiss ass’ dengan cemerlang sekali. Mungkin budak-budak itu sekarang sudah menjadi ahli politik.

Sebetulnya, saya keliru. Sepatutnya jika cikgu Rosmah mahu namanya dilantik sebagai Guru Kesayangan Kami, dia tidak patut memberi tugasan yang bertajuk Guru Kesayangan Saya sebaliknya tajuk itu patutlah berbunyi begini “Guru Kesayangan Saya adalah Cikgu Rosmah. Antara sebab-sebabnya ialah…” Sudah tentulah kami dengan senang hatinya memuji dan memuja beliau sehingga beliau kembang tak pijak tanah.

Jadi, saya telah belajar satu benda di situ. Seorang guru akan tersinggung apabila kamu dengan terang-terangan menunjukkan bahawa dia bukan guru kesayangan kamu. Jadi, jika ditanya atau disuruh buat karangan, purak-purak saja lah kata dia guru kesayangan kamu.

Tetapi sebenarnya, saya berterima kasih juga kepada Cikgu Rosmah kerana beliau lah yang mengajar saya tentang tatabahasa Bahasa Melayu. Cuma mungkin ketika dia marah2 itu, dia sedang mengalami tekanan perasaan atau baru lepas bergaduh dengan buah hati atau mungkin sedang PMS barangkali. (ya, sekali lagi kita salahkan PMS. Asyik PMS je yang jadi kambing hitam…kesian kau wahai PMS..haih~)

Dan apabila sudah meningkat dewasa ini, saya rasa saya faham juga lah kenapa dia marah2. Cuba bayangkan kamu perlu menanda karangan anak murid kamu yang 80% daripadanya adalah memuji cikgu lain yang bukan kamu?

Analoginya seperti kamu bertanya kepada kekasih hati “Siapa wanita yang paling cantik di mata awk?” dan kekasih hati kamu yang lurus bendul itu pun menjawab “Ouh…tentu sekali si budak Farah anak pakcik Leman itu. Sudahlah ayu, lemah lembut, senyuman manis…bla222222”

Sakit hati bukan? Walaupun pada asalnya kamu juga yang menggedik bertanya. But ouh well, the truth hurts.

Kepada cikgu Rosmah, minta maaf kerana tak tulis nama cikgu dalam karangan itu. Tetapi percayalah, kalau kami dibenarkan memilih lebih dari seorang guru kesayangan, tentu nama cikgu pun akan tercatat sekali. (wohhh…ayat bodek yang sungguh tak boleh blah.ahah!)

Ouh, dan tentang cikgu Rohaya pula, saya baru dapat tahu pada tahun lepas bahawa beliau telah pun kembali ke Rahmatullah.

Al-Fatihah untuk beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Yang pasti, senyuman ikhlasnya ketika mengajar akan tetap terbingkai di hati saya sampai bila-bila.

 
5 Comments

Posted by on July 14, 2009 in Manusia, Nostalgia

 

5 responses to “Kisah guru saya.

  1. 13may

    July 14, 2009 at 9:04 am

    Salam orang kampung😀

    apa kabar? hehhe hehhe

    sekrg dah keja ker?

    ada vacancy kat MPPP…kalau nak borang, emel atau ym saya: encik13may@yahoo.com

    due date: 21st July 2009

     
  2. 13may

    July 15, 2009 at 10:40 pm

    Salam sue…

    dah emel borang tersebut…check your inbox.

    Good luck🙂

     
    • sUe

      July 16, 2009 at 3:25 am

      dah dapat dah.

      thanx!!😉

       
  3. ainunlmuaiyanah

    July 21, 2009 at 1:35 pm

    oh.. saya tak pernah dpaat tajuk sebegini. Mungkin cikgu itu tak nak rasa kecil hati kot

     
    • sUe

      July 22, 2009 at 8:26 am

      ya.mungkin.
      saya rasa cikgu2 yang tak kuat semangat tak perlu beri karangan tajuk begini. nanti silap2 mereka juga yg akan kecik hati.hurm~

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: