RSS

Lalala kerja oh kerja…

30 Jun

 jobless

Saya perlu kerja.

Saya betul-betul terdesak perlukan kerja.

Hampir sebulan menganggur di rumah sudah cukup membuatkan saya menggelupur seperti cacing kebosanan kepanasan. Rutin yang sama, tengok Wonderpets, makan, tidur, basuh baju, masak (walaupun sangatlah malas tapi terpaksa), tengok tv, main games, tengok movie dalam hard disk, tidur, tidur, dan tidur lagi adalah sangat memenatkan.

Saya khuatir jika saya meneruskan juga rutin seperti ini, contoh menonton Wonderpets setiap hari, muka saya akan berevolusi menjadi seekor Wonderpets dan terpaksa pula membantu mana-mana haiwan yang dalam kesusahan. Leceh! Tak apa. Yang penting, KERJASAMA!

Ok. Serius merapu.

Sebab lain saya perlukan pekerjaan sekarang adalah kerana saya perlukan kertas-kertas nipis yang bernama ‘Wang’. Poket sudah kering dan meminta duit daripada ibu bapa tatkala saya bukan lagi bergelar seorang ‘pelajar’ adalah sesuatu yang memalukan.

Jadi, oleh kerana saya tidak ada ‘bapak gula’ yang boleh bagi apa saja yang dipinta, saya sangat perlu perlu dan perlu mencari bapak gula…eh silap, kerja!

Melihat jeans kesayangan yang berusia empat tahun itu sudah terkoyak di lutut adalah satu pemandangan yang menyayat hati. Setiap kali pakai jeans itu, saya perlu berhati-hati kerana risau ada manusia yang terlihat kulit lutut yang terdedah dan langsung tidak indah itu. Belum dikira lagi dosa mendedahkan aurat. Eh, tapi kalau aurat yang tak berapa nak nampak boleh ke tak eh?

Makanya, saya perlu mencari kerja untuk membeli jeans baru. Selain itu, ada lagi benda yang ingin dibeli. Edensor dan Sang Pemimpi misalnya. Setiap kali singgah di kedai buku, dua benda itu macam melambai-lambai manja kepada saya. Malangnya, tak ada duit lah pulak. Dem betullah!😦

Sekali lagi, saya perlu perlu perlu mencari bapak gula…eh kerja!

Ada siapa-siapa mahu bagi saya kerja tak?

(Ouh ya, satu lagi rutin harian. Surf internet pasal Mikaeel Jackson. Manusia memang begitu. Bila dah tak ada, baru lah sibuk nak ambil tahu. Banyak juga spekulasi tentang kematiannya. Tapi yang paling gila adalah kemungkinan he faked his own death. Apa kah?)

 
6 Comments

Posted by on June 30, 2009 in Bebelan saya, Saja Mengada

 

6 responses to “Lalala kerja oh kerja…

  1. ainunlmuaiyanah

    June 30, 2009 at 1:16 pm

    Nasib baik saya tidak menganggur lama-lama.
    Kalau tidak mahu kebosanan juga.

    Sue, mana kamu menghilang.~ haha

     
    • sUe

      July 4, 2009 at 8:38 am

      hehe..tak menghilang mana2.
      ada je kat rumah tanam anggur.🙂

       
  2. saad

    July 1, 2009 at 9:28 am

    Oh.. Saya pula bakal penganggur..

     
    • sUe

      July 4, 2009 at 8:39 am

      oh…good luck bergelar penganggur.
      cepat2 lah cari kerja.
      bosan tau?
      huhuhu…

       
  3. amirahsyuhada

    July 1, 2009 at 7:57 pm

    kesian MJ, adaka samapai depa kata he faked his own death, tak tahulah. Kalau dia buat camtu pun takper, sebab dia mesti dah penat dengan dunia ni, dah tak nampak bahagia bagi dia. Ehh, saya download Laskar pelangi dari http://cilimuda.ceria.com.my, tak silap saya Edensor pun ada. Maklumlah puas saya cari Laskar Pelangi di Melaka, tak juga jumpa.

    Hmm….awak, carilah kerja kecilan2 yang sementara dulu, buat menampung duit buku yang nak dibaca tu wak, insyaALlah, rezki ada dimana2, Malaysia kan lubuk emas…hehe. Maaf lama tak singgah ke blog awak, saya ingat awak dah tutup, kecewa saya. Terimas sebab buka kembali blog ini.

     
    • sUe

      July 4, 2009 at 8:43 am

      yeay, terima kasih bagi link tu!
      saya dah donlod edensor. cuma sang pemimpi je yg takde.
      memang tgh cari kerja kecil2lan ni cuma takde rezeki lagi.
      maaflah sbb tutup blog kejap hari tu…
      angin kuskus mana tah yang rasuk suruh tutup blog…
      hehe…:mrgreen:

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: