RSS

Children of Heaven

10 Jun

407px-Children_of_heaven

Pernah tak kamu semasa kanak2 dahulu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan ibu bapa? Sebab takut dimarah atau dipukul misalnya? Tambah2 lagi jika ada adik beradik yang rapat, pasti kedua2 akan berkomplot merahsiakan kesalahan dari pengetahuan ibu bapa.

Saya juga begitu. Teringat dulu saya dan kakak melompat2 atas meja kaca di ruang tamu. (kami memang kanak2 hiperaktif yang berangan mahu jadi rock star). Meja kaca itu pun pecah. Dengan gelabahnya kami berdua salotep semula meja itu supaya nampak seperti keadaan asal. Lepas itu pura2 buat muka tak bersalah.

Begitu juga dengan filem ini. Ia mengingatkan saya kepada rahsia2 saya dan kakak yang kami simpan tanpa pengetahuan ibu bapa, lazimnya kerana kenakalan kami sendiri.

Filem Children of Heaven mengisahkan tentang seorang abang, Ali yang telah menghilangkan kasut sekolah adiknya, Zahra. Kerana takut dipukul ayah mereka yang miskin dan tidak mampu membeli kasut baru, Ali dan Zahra merahsiakan perkara tersebut. Mereka bertukar ganti memakai kasut Ali untuk ke sekolah.  Zahra akan memakai kasut itu ke sekolah waktu pagi. Kemudian dia akan berlari2 berjumpa Ali dan bertukar kasut pula supaya Ali dapat pula ke sekolah di waktu petang. Begitulah seterusnya setiap hari.

Ketika bertukar2 kasut ini lah, pelbagai insiden sedih berlaku. Seperti Ali yang sering terlambat ke sekolah kerana menunggu kasutnya sampai dari Zahra, kasut yang dipakai pula terjatuh ke dalam longkang dan dibawa air deras, Zahra yang mengejar sambil menangis, kasut yang sudah semakin lusuh dan koyak, dan macam2 lagi.

Temanya cuma satu. KASUT. Tetapi di sebalik tema mudah ini, terselit tema2 lain seperti pengorbanan, persaudaraan, kesungguhan, kasih sayang, kejujuran dan kemiskinan.

Kemuncak cerita ini ialah apabila Ali memasuki pertandingan lumba lari jarak jauh di sekolahnya semata2 untuk memenangi tempat ketiga. Kerana hadiah tempat ketiga berupa sepasang kasut baru yang akan dihadiahkan kepada adiknya.

Menonton filem ini, buat saya rindu pada zaman kanak2 dahulu. Zaman di mana dunia saya cuma ada saya dan kakak, serta rahsia2 kami.

Filem ini adalah sebuah filem jujur yang mencerminkan kesucian hati seorang abang. Dan keteguhan sebuah ikatan persaudaraan antara dua orang kanak2. Di dalam bahasa yang cuma mereka sahaja faham.

 
2 Comments

Posted by on June 10, 2009 in Filem, Nostalgia

 

2 responses to “Children of Heaven

  1. CAHAYA MATA

    June 10, 2009 at 5:47 pm

    opsss..tersentuh..
    tapi menarik nihh.. SAYA mesti pilih..!!
    (hahaha..mcm iklan bank islam)

     
  2. CAHAYA MATA

    June 10, 2009 at 5:47 pm

    ehh.. salah.. bukan bank islam..
    bank rakyat laaa.. kihh kihh..

    (org bank rakyat jangan marah ekk)

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: