RSS

I worry because I care.

31 May

 

Jumpa ini di postsecret.com:

otherman

Lalu terhasil lah ini:

fear

Penerangan tentang gambar: Warna pink itu sebab si kakak tidak memakai tudung ketika kejadian penangkapan gambar itu berlaku. Jadi untuk mengelakkan auratnya ditonton lelaki ajnabi, benda pink itu pun tercipta (konon tudung lah tu)

**********

Sebenarnya, selain dirogol, dibunuh atau kematian ahli keluarga, benda yang paling ditakuti di dunia ini adalah jika adik2 kau bila besar nanti  akan merokok. Ya, bunyi macam ekstrim tapi memang itu kenyataannya.

Bagi kau, tidak ada kompromi untuk lelaki2 yang kau sayang untuk membunuh diri sendiri dengan seribu jenis bahan kimia itu. Biarlah lelaki lain mahu buat tidak apa. Tetapi bukan adik-adik lelaki kau.

Ini kerana ayah kau tidak merokok. Jadi mungkin sebab terpengaruh dan terbiasa dengan persekitan begitu, buat kau juga menjadi sangat allergik dengan lelaki yang merokok.

Kau tak ada masalah berkawan dengan lelaki yang merokok. Kawan2 kau kebanyakannya merokok. Selalu, kalau diorang merokok, kau punya tahap curiosity mula lah mencanak naik. Kau akan tanya soalan sama berulang-ulang kali:

“Apa rasa dia?”

“Sedap sangat kah?”

“Betul ke rasa tenang lepas hisap?”

Dan seribu soalan bodoh lain sambil kau belek2 puntung rokok dan main lighter. Sebab kau memang betul2 mahu tahu apa yang ada pada benda kecil kurus panjang tak sampai sejengkal dan berisi nikotin yang boleh buat semua orang ketagih. Tapi, macam mana tinggi pun sifat ingin tahu yang kau ada, sampai sekarang kau masih tak tergamak nak mencuba.

Kau pernah tanya pada kawan kau yang perokok tegar :

“Macam mana kalau dah ada gf dan gf kau tak suka kau smoking?”

Dia jawab:

“Tinggalkan jer lah. Aku kenal rokok dulu dari kenal dia.”

Dari situ kau boleh simpulkan, rokok memang sangat penting dalam kehidupan dia. Betapa besarnya kasih, sayang dan cinta dia pada rokok melebihi segala-galanya. Kalau kesihatan diri sendiri pun dia tak kisah, apa lagi lah perasaan seorang teman wanita, fikir kau dalam hati.

Kau tak mahu kata suami kau nanti mesti bukan perokok. Sebab takdir bukan di tangan kau. Takut nanti benda2 yang dibenci sangat, itu yang jadi. Apa yang mampu kau buat adalah berharap dan berdoa, jodoh kau bukan dengan manusia perokok. Tapi kalau dah jodoh kau dengan manusia perokok, kau tetap akan berharap dan berdoa juga. Tapi kali ini berharap dan berdoa supaya dia berhenti merokok.

Begitu hal nya dengan adik2 kau. Apa yang boleh kau buat adalah berharap dan berdoa. Sebab kau tahu bila mereka sudah membesar dan masuk usia belasan atau dua puluhan, kau sudah tidak ada autoriti ke atas mereka. Mereka sudah boleh melawan dengan bijak:

“Ini hak kami. Kakak siapa mahu halang kami?”

“Kami sudah besar. Tahulah kami jaga diri sendiri.”

Sebab itu kau harap sangat2, adik2 kau tak akan terpengaruh dan terjebak. Sampai lama2 jadi ketagih. Sebab kau sayang adik2 kau sangat2. Kau tak mahu tengok diorang bakar paru2 sendiri. Kau tak mahu tengok diorang sakit sebab kelalaian mereka sendiri.

Sebenarnya kau rasa, perokok2 itu, kalau lah mereka tahu betapa dalamnya kasih sayang dan betapa besarnya kerisauan ibu,bapa,kakak,adik,abang, teman lelaki, teman wanita, suami atau isteri  mereka, pasti mereka akan fikir dua kali untuk merokok.

Sebab ada orang lain yang sayang mereka. Walau mereka sendiri tak sayang diri mereka sendiri.

 
4 Comments

Posted by on May 31, 2009 in famili, jiwa kacau, Peribadi

 

4 responses to “I worry because I care.

  1. saad

    June 1, 2009 at 8:38 am

    Alhamdulillah dah empat bulan aku tak sentuh rokok, selepas 15 tahun aku jadi perokok tegar.

     
    • sUe

      June 2, 2009 at 1:13 am

      wah, good for you!
      tahniah!moga berterusan lah yer?

       
  2. CAHAYA MATA

    June 1, 2009 at 10:12 am

    emm.. SAYA setuju dgn kebimbangan itu.. SAYA ada dua orang adik lelaki.. dan masa yg sama, ayah dan abang SAYA adalah perokok..!! aduhaiiii..

    walaupun ayah dah berhenti merokok sejak pembedahan by-pass tp hidup bertahun2 dgn asap rokok ayah sudah kira cukup mempengaruhi adik2 SAYA yg waktu tu sedang membesar dan belajar menjadi dewasa (kononnya)..

    SAYA nak call talian bantuan tu laa..!! talian nur pun boleh kot.. hehehe..

     
    • sUe

      June 2, 2009 at 1:14 am

      hehe…kalo call talian tu boleh ke bagi diorg berhenti merokok?
      will power kena kuat kot.
      tgk kawan2 yg merokok, macam susah gila jer nak berhenti.
      huhu!

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: