RSS

Ah wanita, kenapa kamu perlu serumit ini?

29 May

 Sejujurnya kadang-kadang saya benci menjadi seorang perempuan.

Serius, benci.

Kerana perempuan adalah makhluk yang sangat komplikated. Suka fikir benda-benda yang menyukarkan lagi keadaan. Suka menyangka yang bukan-bukan. Suka mendera sendiri hati dan perasaan.

Sekarang saya faham kenapa lelaki tidak pernah boleh faham wanita. Kerana saya yang wanita ini pun sampai sekarang masih keliru dengan sikap seorang wanita macam saya.

Too complicated!

Terutama apabila dalam perhubungan. Ada dua benda yang sampai sekarang saya tak faham kenapa wanita suka sangat buat padahal dia tahu benda itu langsung tak bawa faedah sekelumit pun pada dia.

Satu: Bertanya tentang ex (atau kalau ramai jadi ‘ex kuasa dua’) gf kekasihnya.

Mahu tahu nama-nama wanita lain in his *little black book. (sebuah istilah yang merujuk kepada buku yang mengandungi semua perhubungan lampau si kekasih) Saya tak pasti kenapa tetapi itulah yang wanita suka mahu ambil tahu dari kekasihnya.

Berapa ramai gf awk sebelum saya?

Apa nama mereka?

Cantik tak diorang?

Macam mana awak break-up dengan diorang? Kenapa?

Dan entah macam2 pertanyaan lagi. Itulah yang dipanggil satu kegilaan yang tidak perlu. Satu tabiat yang tidak mendatangkan hasil. Sedangkan lelaki paling tidak suka bercakap tentang their past relationship(s). Dan mereka juga tidak hingin untuk ambil tahu tentang ex (atau kalau ramai jadi ‘ex kuasa dua’) boyfriend kita.

Prinsip mereka mudah. Yang lepas itu lepas. Tak perlu diungkit2 lagi. Mula hidup baru. Buka buku baru.

Pernah dahulu seorang kawan saya  bertanya tentang past relationships kekasihnya. Kekasihnya tidak mahu memberitahu. Puas dipujuk akhirnya dia mengalah. Dia pun menyenaraikan kesemua bekas-bekas-bekas kekasihnya.

Lebih sepuluh orang!

Mula-mula dengan Milah, kemudian Bedah, tapi break, dengan Peah pula lepas itu macam tak serasi pergi dekat Tipah pula lepas itu mak tak suka datang pula Joyah tapi kuat cemburu lompat pula pada Tijah dan seterusnya dan seterusnya…..

*terlopong mulut kawan saya*

Kawan saya itu pun berterus terang dengan kekasihnya. “Menyesal saya tanya awak. Sebab itu dah menjadikan saya orang yang kelapan belas lah maknanya.”

Kemudian kekasihnya balas balik “Dah awak nak tahu sangat.”

“A’ah lah Sue. Yang aku bodoh pergi tanya tu kenapa? Hambik, padan muka aku!”  keluh kawan saya itu. Sadis kan?

Tabiat aneh kedua: Mengetuk pintu masa lalu dan membuka semula kenangan dulu. Dalam erti kata mudah, ambil tahu semula tentang bekas kekasih.

Mungkin tidak secara direct tetapi indirectly. Seperti melihat gambar2 di Frenster atau Facebook. Kemudian menjejaki pula wanita2 yang meninggalkan testimonial berbau2 romantis. Dengan tujuan untuk tahu adakah bekas kekasihnya sudah berpunya atau belum.

Kalau sudah berpunya, siapa dia?

Cantikkah?

Kelulusan apa?

Kaya atau sederhana?

Dan macam-macam perbandingan lagi. Kalau segala-galanya lebih dari kita, mula lah berasa down dan helpless. Kalau kurang pula, mungkin ada rasa sedikit  ‘kemenangan’ dan rasa puas hati di situ.Ya, agak keji bunyinya tapi itu hakikat.

Dahulu saya pernah bertanya (Gatal sungguh mulut saya ketika itu sedangkan hakikatnya saya betul2 tidak mahu ambil tahu.):

“Cantik tak dia?”

“Cantik lah jugak…putih…”

*gedebuk! jantung tiba-tiba jatuh ke bahagian antara perut dan buah pinggang.*

“Alim…tudung labuh…stokin kaki tangan semua…”

*gedebuk! kali ini jantung  jatuh lagi  ke paras buku lali*

“Alaa…jenis lemah lembut baik-baik ni lah…”

*gedebuk toing toing toing gedebuk! dan jantung pun terus jatuh tergolek-golek masuk longkang*

Masa itu saya memaki hamun diri sendiri sebab gatal-sangat-mulut-tu-bertanya-sapa-suruh-kan-jantung-kau-dah-masuk-longkang-sapa-nak-kutip-tu-hah??

Ah sialan lah! Kenapa ya perlu lagi bertanya? Sedangkan kita sudah cukup arif yang ia hanya akan menambah garam ke atas luka? Hanya akan menghumban jiwa ke lembah duka? Kerana apa ya? Saja untuk suka-suka? Saja mahu mendera jiwa raga?

Bengong! *sigh*

Jadi kesimpulannya di sini, mungkin ada perkara yang sepatutnya tidak perlu untuk diambil tahu. Tidak perlu untuk ditanya. Tidak perlu untuk diminta cerita.

Because the truth can hurt you so much it’ll break you into tiny little pieces.

Seperti kata Stacy dalam filem Little Black Book

” I’ve spent a life time looking for the truth and now I’ve become the lie. Maybe some secrets should just stay secrets”

Ya. Mungkin ada perkara yang tercipta untuk dibiarkan begitu sahaja, tanpa perlu diambil tahu atau dibuka semula. Kerana ia lebih baik begitu.

Untuk terbiar dan hilang ditelan waktu.

Jadi wanita, marilah sama-sama kita cuba  kurangkan kerumitan diri sendiri, ok?😉

p/s: Entri ini tercipta selepas saya dengan mengada-ngadanya membuka satu lagi pintu masa lalu. Tetapi anehnya, saya sudah tidak rasa apa-apa. Getaran dan debaran yang sering melanda itu sekarang sudah lenyap hilang entah ke mana. Pernah dengar tak orang kata “so much pain can numb your senses?” (ok,bukan org lain kata. saya yang mereka cipta frasa ini.) Saya sudah numb sekarang. Hoyeh!!

 
1 Comment

Posted by on May 29, 2009 in Manusia, Peribadi, Refleksi

 

One response to “Ah wanita, kenapa kamu perlu serumit ini?

  1. inz

    July 13, 2009 at 2:11 am

    nice kak sue!🙂

    anggap saja pertemuan2 itu sbg salah satu cara Tuhan untuk membantu kita memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri kita sebelu bertemu dgn yg sebenarnya.

    tapi sy pun mesti nak bace gak post org tu kdg kala walaupun rasenya dah tak ada apa2 rasa😛

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: