RSS

Frank Sinatra kata “Kamu perlu berani memakai topeng badut yang bodoh itu”

24 May

 

Ok.

Saya tak boleh hiatus. Banyak benda nak dicerita. Banyak benda nak dikongsi. Tangan dah gatal mahu menaip kembali.

Sekarang ini saya di rumah. Lega betul rasanya. Rumah itu betul-betul macam syurga di dunia. Sebab setiap kali menjejak kaki masuk ke dalamnya, rasa lega satu macam. Seperti terbang segala masalah yang membelenggu minda.

Kepulangan saya kali ini sekejap saja. Lepas ini perlu ke UTP semula. Siapkan apa yang belum siap. Habiskan apa yang belum habis. Ada satu presentation dan final report. Lepas itu insyaAllah, tamat sudah pengajian untuk ijazah sarjana muda. Mohon sangat-sangat supaya kali ini semua urusan dipermudahkan-Nya.

Amin.

Ouh ya, saya baru tahu, ayah saya juga ada blog!!<– tanda seru (!!) menunjukkan rasa keter’gezut’an yang melampau.

*ternganga*

Bukan, saya bukanlah terkejut kerana ayah saya tahu IT. Zaman canggih manggih sekarang ini Pak Aji di kampung sana pun sudah ada Facebook. Makcik Tijah rumah sebelah juga sudah pandai buka YouTube.

Cuma yang membuatkan saya kurang selesa adalah kerana membayangkan ayah mungkin akan terserempak dengan blog ini. Saya tahu dunia blogosfera ini luas. Ada berjuta-juta blog di alam maya ini. Tetapi, risiko itu tetap ada untuk ayah tersesat dan masuk ke sini.

Saya sungguh tidak selesa jika ada ahli keluarga yang baca. Sekarang ini pun, saya tidak tahu siapa lagi yang membaca blog ini. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu tahu. Dan mengambil pendekatan, pura-pura tidak tahu.

Saya meluahkan apa yang dirasa. Apa yang ingin dikongsi. Ia macam satu terapi. Macam satu lagi sisi yang mahu diterokai. Alter ego? Mungkin.

Saya teringat episod terbaru Desperate Housewives. Tentang manusia-manusia yang memakai topeng. “Everyone wears a mask. And sometimes you wouldn’t expect what they would do while wearing them” Lebih kurang macam itu lah bunyinya.

Begitu juga saya.

Saya ada pelbagai jenis topeng di dalam ‘almari’ saya. Di hadapan ibu bapa, saya memakai topeng seorang anak yang sempurna. Kalau tidak sempurna pun, seboleh2nya tidak lah sampai menyusahkan hati mereka.

Di hadapan kawan-kawan, saya memakai topeng lain pula. Di dalam blog ini, saya bertopeng lain pula. Kerana yang sebenarnya, kita tak boleh mendedahkan semua kepada orang lain. Mungkin ada yang perlu dibiar dan disimpan untuk diri sendiri.Mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Saya cuma tidak bertopeng apabila dengan Tuhan. Pada Dia saya dedahkan semua. Telanjangkan segala. Hamburkan setiap inci rasa. Dan lagipun, Dia saja yang Maha Tahu setiap tersembunyi apa lagi yang nyata. Jadi, tak ada guna pun mahu sembunyi apa-apa dari Dia.

Berbalik kepada topeng, kekasih gelap saya Hajime Kindaichi itu pernah berkata dalam komik Penyiasat Remaja “Setiap manusia memakai topeng. Dan tidak salah pun untuk bertopeng. Asalkan tidak membahayakan orang lain.”

Jadi, ya. Orang akan kata itu hipokrit namanya. Saya kira, hipokrit adalah berpura-pura baik tapi sebenarnya hati kau busuk lagi keji. Bepura-pura alim dan warak padahal kau sendiri punya nafsu yang menggunung tinggi. Berpura-pura tersenyum di depan orang yang dibenci. Berpura-pura dalam segala benda.

Memakai topeng pula lebih kurang seperti menyembunyikan apa yang tidak perlu. Yang tidak mahu orang lain tahu. Yang kalau boleh disimpan saja sendiri. Supaya orang2 terdekat dan tersayang tidak akan susah hati. Maksudnya, untuk setiap orang, ada ‘topeng’ yang sesuai untuk ditayang pada mereka. A special face for each friend and foe.

Aih sudahlah. Penat saya mahu bicara pasal topeng saja. Mauduk asalnya, adalah tentang ayah saya yang sudah ada blog. Tapi melalut melencong ke benda lain pula. (sampai ke Hajime Kindaichi bagai)

Tapi, yang nyata saya memang tidak akan selesa jika ada ahli keluarga yang baca. Penulis2 blog lain bagaimana pula ya? Apa perasaan kamu jika ahli keluarga membaca blog kamu?

Atau adakah saya sahaja yang terlebih paranoid?

 
2 Comments

Posted by on May 24, 2009 in famili, Peribadi

 

2 responses to “Frank Sinatra kata “Kamu perlu berani memakai topeng badut yang bodoh itu”

  1. amirahsyuhada

    May 29, 2009 at 1:38 am

    saya setuju bangattttt sihh..huhu

     
    • sUe

      June 2, 2009 at 1:10 am

      wahh..mekasih dong…😛

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: