RSS

Dengar sini ayah nak cerita.

24 May

 

Pernah saya melawat sebuah keluarga miskin di daerah Yan, ketika saya tiba dirumahnya ialah pukul 12.30 tengahari, saya tanya makan apa hari ini? Jawapannya amat menyedihkan.

“Tak taulah cikgu sebab bapanya yang pergi kelaut belum balik. Selalunya kalau dia balik dia bawaklah beras dan sedikit ikan yang ditangkapnya” .

Maknanya mereka tidak mempunyai apa-apa simpanan hatta simpanan se kilo beras. Pernah juga saya melawat seorang pelajar penerima biasiswa yang selalu ponteng sekolah, sesampai dirumahnya saya lihat satu pemandangan yang menyedihkan. Seorang tua yang uzur, lumpuh berada dalam sebuah rumah yang cukup usang. Disampingnya terletaklah beberapa keping roti dan teh O secawan. Rupanya anaknya yang menerima biasiswa ini tidak dapat kesekolah kerana menyuapkan bapanya makan setiap hari dan “mengheret” bapanya ke tandas bila diperlukan.

Lalu saya tanya ” Kalau kamu pergi sekolah, siapa yang jaga bapa kamu? “

Dia jawab ” Adik saya pula yang akan jaga bapa dan dia pun pontenglah juga”.

Adakah penuntut SMK Ibrahim sedemikian rupa? Rasanya amat kurang sebab dari data yang didapati, duit KWAPM pun ramai yang tak mau.. Malah kebanyakannya pergi ke kelas-kelas tuisyen yang mahal-mahal, pakai pakaian yang kemas dan bergaya, duit makan untuk ke kantin tak kurang RM5 seorang. Kalau beginilah kemewahan yang ditaburkan, dan masih lagi mendapat keputusan yang tak memberangsangkan, saya tak tau nak kata apa lagi. Kelu rasanya lidah ini untuk berbicara lanjut.

Sebab itulah bila anak saya bawa balik keputusan PMR dengan 8A, saya kata

” Ayah tak hairan, tapi yang ayah lebih hairan ialah bila kamu tak dapat 8A”.

Sedikit entri yang saya “gunting dan tampal” dari blog ayah. (saya tak mahu link sebab nanti boleh refer balik ke sini…ya,saya memang keji. terima kasih)

Best jugak lah apa yang ayah tulis. Dan kisah2 dia sedikit sebanyak memang menginsafkan. Rupa-rupanya ayah seperti saya, sangat suka bercerita. Eh, yang sepatutnya saya yang seperti ayah. Sebab genetik ayah dalam badan saya. Bukannya ayah yang seperti saya. Adoilaaa…

Ouh lagi satu, ayah tak hairan rupanya kalau anak2 dia dapat 8A. Nasib baik saya dapat 7A saja. Barulah ayah hairan sikit. Hehehe!😈

Saya agak ‘anak’ yang dia maksudkan kat atas itu adalah kakak saya. Dia memang brilliant pun.

 
6 Comments

Posted by on May 24, 2009 in famili

 

6 responses to “Dengar sini ayah nak cerita.

  1. zircon^gurlz

    May 24, 2009 at 8:47 pm

    btol tu kak sue..
    tp nk didik anak bukan sng kan..
    *tkt nk menghadapi ms depan*
    huhu

     
    • sUe

      June 2, 2009 at 1:09 am

      hoho..
      sbb itu mak2 kita bila marah mesti cakap:
      “kamu besok dah ada anak tahulah macam mana.”
      sbb skrg ini memang tak rasa.
      jadi mmg tak kan faham lagi.

       
  2. akim

    May 27, 2009 at 4:07 pm

    ayah anda penulis juga..?? menarik..

     
    • sUe

      June 2, 2009 at 1:10 am

      tak.ayah saya cikgu.
      dia menulis dalam blog sahaja.🙂

       
  3. amirahsyuhada

    May 29, 2009 at 1:40 am

    kadangkala, best kan bila dapat baca luahan hati bapa kita, pemikiran mereka yang selama ni tak pernah kita tahu.

     
    • sUe

      June 2, 2009 at 1:12 am

      yup.betul tuh!
      memang tak sangka lah.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: