RSS

Dialog dengan mata yang sudah penat.

16 May

 

Hari itu mata mengeluh pada saya. Merungut-rungut dia kerana tidak puas hati dengan cara saya menjaganya.

“Kau tak pernah jaga aku betul2 Sue. Kau selalu dera aku. Selalu buli aku. Sudahlah kau kerah aku berjaga berhari-hari sebelum exam hari tu. Lepas tu kau dera lagi suruh tengok marathon movie sampai lewat malam.

Aku penat tau tak??PENAAATTT!!!”

Marah betul mata pada saya. Hari itu dia betul-betul memberontak. Kemarahannya sudah tidak boleh dikawal lagi.

Saya pun cuba memujuk.

“Alololololo jangan lah marah mata. Kau pun tahu kan, kau lah deria yang paling berguna sekali. Kau paling penting berbanding deria2 lain. (ayat bodek). Sebab itu lah aku selalu guna kau. Sebab tanpa kau, siapa lah aku…”

Kemudian untuk membuat dia cair dengan kata-kata saya, maka saya pun menyanyikan lagu Tanpa dengan penuh syahdu sekali.

Tanpa cintamu aku resah
Tanpa kasihmu aku hampa
Tanpa dirimu aku mati..

Tetapi malangnya, mata masih tidak puas hati. Dia tidak termakan dengan pujukan manis saya. (Oh, saya memiliki sepasang mata yang degil rupanya.)

“Aku tahu lah aku deria paling penting. (woh…mata ni poyo betul..perasan pulak tuh). Tapi sebab aku paling penting la kau kena jaga aku. Ini tak. Kau lebihkan benda lain dari aku. Kuku yang langsung tak penting tu kau jaga bukan main. Kalau panjang sikit kau potong. Gigi pun sama. Tiap2 hari kau gosok. Itu belum masuk muka lagi. Dengan pelembap, toner, pencuci muka segala.

Tapi aku ni? Kau tak pernah manjakan aku macam diorang. Aku cemburu tahu??” Mata semakin bengang dengan saya.

Kemudian, mata menyambung lagi.

“Sue, kalau tuan aku adalah seekor panda, tak apalah. Aku pasrah saja lah kalau bawah aku hitam begini. Tetapi, masalahnya tuan aku adalah seorang manusia. Sampai bila kau nak dera aku ni? Aku pun nak rehat jugak lah woiii…!!!”

Disebabkan amarah mata yang maha dahsyat itu, saya pun berjanji untuk menjaga dia sebaik-baiknya. Sebenarnya saya bersalah juga sebab tak menjaga dia dahulu. Tak makan lobak merah. Tengok tv dekat-dekat. Baca buku dalam cahaya yang terhad. Menghadap skrin laptop tanpa henti.

Sekarang dia sudah tak berapa nak berfungsi dengan cemerlang tanpa bantuan lensa kaca.

Jadi, saya pun berkata “Oh, maafkan aku mata. Sebagai ganti rugi atas keadaan kau yang terlalu teruk aku kerjakan, nah ambillah ini. Aku baru beli tadi. Itu pun sebab ada promotion…hehehe😛 Sukakah kau wahai mata? “

eye patch

eye patch

 Elianto Firming and Revitalize Eye Zone Treatment Patch (mak aih panjangnya…*mengah mengah*)

“Yeay! Yeay! Aku suka! Aku suka! Cepat manjakan aku sekarang!!” kata mata dengan girang gumbiranya. (Ceh, sudahlah poyo dan kuat cemburu, tak tahu penyabar pulak tuh mata nih.)

“Ouh…jangan terlalu teruja mata. Sebelum itu kau kena tolong aku dulu. Cinderella Man dah keluar tiga episod. Kau kena teman aku tengok selama tiga jam. Lepas tu aku manjakan kau ok? Ai promise yu…” kata saya sambil angkat tangan macam orang baca ikrar.

“Betul ni? Janji?” Mata macam ragu2 dengan saya.

“Betul…ai promise…” saya cuba buat muka inesen dan suci. Macam muka seorang lelaki bila kekasih dia tanya betul tak ada orang lain tapi rupa2nya bersepah kekasih gelap eee sungguhlah menyakitkan hati eh lari tajuk pulak, sori!

“Oklah…aku pun suka jugak tengok Cinderella Man tu. Sebab hero dia hensem. Tak adalah sakit aku menengoknyer…” (eh gatal jugak mata ni rupanya.)

Jadi, petang itu kami pun menonton Cinderella Man bersama-sama selama tiga jam tanpa henti.

Tenkiu. Ai lap yu lah mata!

Moral cerita ini: Jaga dan sayangilah mata anda.

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Jiwang.FM.

cinderella man

cinderella man

Poster Cinderella Man, sebuah siri drama Korea yang baru release tahun ini.

kwon sang woo

kwon sang woo

Dan ini lah hero nya yang sungguh-lah-kachak-tak-boleh-blah-tapi-malangnya-dah-kawin-la-pulak-isk!

Tiba-tiba teringat kata kawan Julia dalam cerita Amoreis Possiveis itu ” Shit! Handsome men are either gay or married.”

Hurm…oh well…..*sigh*🙄

 
3 Comments

Posted by on May 16, 2009 in Bebelan saya, Saja Mengada

 

3 responses to “Dialog dengan mata yang sudah penat.

  1. Kabus

    May 18, 2009 at 2:07 pm

    huhu

    cinderella man?

    best ke? taknah tgk lg. tp layan citer pas exam mmg wajib. gile tp cool. haha..

    saya pn asik ngadap pc tanpe henti. rase nk terkeluar bijik mate. pn tak insaf.. ish ish

     
    • sUe

      May 18, 2009 at 7:39 pm

      hehe..sebenarnya paper saya tak abis lagi tapi kena layan movie dulu.
      kalau tak, tak fokus nak study…hehe (alasan!)
      cinderella man itu not bad lah esp. utk yg memang kaki Kdo (Korean Drama).

       
  2. nursakinah abdul rahman

    May 21, 2009 at 11:04 am

    kak sue klaka!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: