RSS

Ini entri yang sangat panjang keluar dari hati yang dipendam sangat lama dan sudah penat dan bosan sebenarnya.

05 May

 

“Eh Sue bila lagi?”

“Bila lagi apa?”

“Alaaa…kahwin laaa…bila nak kahwin?”

Itu pertanyaan yang paling paling paling menyampahkan dan membosankan dan memualkan dan me’muntah-darah’kan. Ouh tak lupa juga, me’nanah-telinga’kan.

Kerana seperti sudah tertancap di minda semua jejaka dan gadis-gadis muda. Kalau kahwin maknanya hidup kamu telah sempurna semuanya. Kalau kahwin maknanya kamu laku dan ada orang mahu.

Kalau tak kahwin lagi, tambah2 bila usia dah lebih 25 ke atas, masih single dan comel , maknanya itu sudah waktu kecemasan. Sila berjaga-jaga. Sila cepat-cepat cari mana-mana jejaka untuk dijadikan suami.

Kaut dan hangkut siapa saja yang ada di depan mata.

Dalam erti kata yang lebih kasar sedikit, kalau masih single pada usia begini, maknanya kamu loser!

Oh, tolonglah!

Semasa saya praktikal dahulu, seorang sahabat lelaki beriya-iya menasihatkan saya supaya berpacar-pacaran semula. Siap mahu meng’kenen-kenen’kan saya dengan temannya. Setiap hari saya mendengar ceramah darinya betapa sekarang adalah waktu kecemasan.

Saya tak boleh terlalu memilih. Saya perlu ada boyfren. Mesti! Tak ada boyfren boleh mati! Ok, saya tipu. Ayat terakhir itu hanya hiperbola semata-mata.

“Kau dah 23 Sue (ini dua tahun lepas punya cerita). Dah tua tau tak? Umur macam kau ini patut dah kahwin dah. Kau tak boleh memilih. Tak apa jadi perigi cari timba. Zaman sekarang lelaki tak kisah lah pasal siapa mula langkah pertama.” ujarnya, ber’Padilah Kamsah’ dengan saya. (pinjam perkataan kak Tasik)

Sejujur-jujurnya, saya tertanya-tanya, jika waktu itu, keadaannya seperti saya. Masih belum bertunang (oh, skrg dia sudah kahwin dan saya doakan dia bahagia ke anak cucu), masih sendiri, baru lepas putus cinta, masih mengalir lagi darah di luka lama, dan masih trauma, ada kah dia akan tegar membicarakan soal itu di hadapan saya?

Entah.

Kata Carrie Bradshaw dalam Sex and The City:

What if Prince Charming had never showed up?
Would Snow White have slept in that glass coffin forever?
Or would she have eventually woken up, spit out the apple, gotten a job, a health-care package, and a baby from her local neighbourhood sperm bank?

Ya, saya kira itulah masalahnya. Kita, saya, awak, mereka, anda dan semua gadis-gadis di luar sana terlalu mengharapkan sebuah cinta dongeng ala ‘fairy tales’. Kita berpendapat satu hari akan ada seorang putera kacak dengan ‘shining armour’ yang akan menyelamatkan kita dari mati terkapai-kapai sendiri.

To make it short, kalau tak ada putera ini, kita boleh mati. Atau untuk diaplikasikan dalam kehidupan moden sekarang, kalau tak ada jejaka di sisi, maknanya kamu perlu ‘diselamatkan’ kerana kamu dalam keadaan ‘helpless’ dan nyawa-nyawa ikan sikit lagi nak mati.

Padahal bukan tak boleh Snow White itu bangun sendiri dan jolok kerongkongnya sendiri. Atau minta tolong salah seorang dari tujuh orang kerdil itu buatkan Heimlich Maneuver supaya boleh dia yang tercekik itu muntahkan balik epal beracun itu.

Padahal bukan tak boleh si Rapunzel itu kerat rambutnya sendiri, ikat pada birai katil dan panjat turun castle sendiri kemudian pergi ke pasar cari kerja dan sara hidup sendiri.

Tetapi, pencipta fairy tales kata tak boleh. Mesti putera juga yang selamatkan. Putera saja. Orang biasa tak boleh. Orang miskin lagi lah. Putera pula mesti kacak. Kalau muka macam Usop Sontorian, jangan haraplah!

Oleh itu, kita-kita ini, saya, kamu, anda, mereka akan terpedaya dan dibasuh mindanya mengatakan penyelamat kita hanyalah sang lelaki, ouh semestinya yang kacak dan kaya macam putera raja sahaja.

 Jadi, wanita-wanita yang bekerjaya, ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, belajar tinggi-tinggi,  dan hidup berdikari itu dianggap masih belum sempurna selagi belum bersuami.

Orang tua-tua akan kata “Belajar tinggi-tinggi pun kalau tak kahwin buat apa?”

Stigma masyarakat pada kaum perempuan ini. Kalau usia dah semakin lanjut tapi belum kahwin, maknanya kamu tak laku. Tak kisahlah setinggi mana kamu belajar dan sebanyak mana pun kamu punya pendapatan.

Haih~

Menurut pemerhatian saya, wanita ini tahap kehebatannya di mata masyarakat diukur dengan hanya dua perkara:

1) setinggi mana saham kamu? (bila nak kahwin? tak ada siapa-siapa lagi ke?)

2) sebagus mana tahap kesuburan kamu? (bila nak dapat anak? dah setahun ni takkan tak ada ‘isi’ lagi?)

Kemudian, kalau kamu dah buktikan yang saham kamu memang tinggi:

Ai  baru 17 tapi ai nak kahwin juga sekarang sebab ramai sangat lelaki yang kacau…ai kesian kat boyfie ai…lagipun ai rimaslah ramai sangat peminat nih… tak kuaserrrrrr! *pusing mata 360 darjah*

Dan tahap kesuburan kamu memang hebat  tahap dewata raya:

Tadaaaaa….kembar lapan! Sila lah kagum hoccay? *tepuk-tepuk*

Lepas itu apa?

Kamu dapat anugerah apa?

Dapat sijil perakuan kecemerlangan apa?

Makcik-makcik yang sibuk bertanya ‘bila nak kahwin’ atau ‘bila nak dapat anak’ itu akan buat apa pula lepas itu? Ada mereka mahu jaga anak-anak kamu? Ada mereka mahu tolong kamu uruskan rumah tangga?

Haiyoh~

Itulah saya rasa masyarakat tak adil. Belum kahwin atau belum dapat anak akan dicaci dinista. Kalau dah kahwin awal dan dapat anak sepuluh, tak ada pula dipuji dipuja.

Ouh, jangan salah faham. Saya bukan lah anti kaum lelaki. Tidak juga lah saya ini memegang fahaman tidak percaya pada institusi  perkahwinan. Bukanlah saya ini sifat feminisnya melampau-lampau hingga menidakkan langsung kepentingan lelaki dalam kehidupan.

 Saya tetap percaya lelaki itu perlu kerana memang mereka diciptakan sebagai pelengkap diri. Lagipun, saya sendiri tercipta dari tulang rusuk mereka. Jadi, saya memang memerlukan seorang lelaki dalam hidup saya. Sebagai sahabat, pemimpin dan imam saya. Cuma mungkin saya tidak terlalu tergesa-gesa mahu mencari sesiapa buat masa ini.

Cuma manusia-manusia (lelaki dan perempuan) yang asyik sibuk bertanya itu lah yang merimaskan saya. Yang kerjanya tidak ada lain hanya mahu menjaga tepi kain batik atau seluar jeans atau skirt  bunga-bunga orang lain.

Tolonglah jangan tanya “bila nak kahwin? bila nak dapat anak?”

Pertanyaan kamu itu seperti kamu bertanya pada seorang tua yang sudah kerepot dengan soalan “bila nak mati?”

Kerana soal jodoh, rezeki dan ajal itu bukan kah di tangan Tuhan?

Saya ulangi, soal jodoh, rezeki dan ajal itu bukankah urusan Tuhan?

Kita boleh berusaha, tetapi ‘Kun Fa Yaa Kun’ itu tetap milik Yang Maha Kuasa.

With that, I rest my case.

 
18 Comments

Posted by on May 5, 2009 in Bebelan saya, Bengong, Manusia

 

18 responses to “Ini entri yang sangat panjang keluar dari hati yang dipendam sangat lama dan sudah penat dan bosan sebenarnya.

  1. CAHAYA MATA

    May 5, 2009 at 1:33 pm

    hehehe..
    lucu baca luahan hati awak kali ni.. panjang lebar namun sinis sekali..

    hati SAYA tiba2 menjadi sngt membara dan berkobar-kobar.. serasa mahu angkat sepanduk dan berarak di sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman itu sambil melaungkan : TOLONG JANGAN TANYA “BILA MAHU KAHWIN”..!! KAMI BENCI SOALAN ITU…!! atau sepanduk : PERGI MAM*OS LA DENGAN SOALAN KAMU ITU..!!

    hahahahahaaa…!!

    tapi awak bawa sepanduk, SAYA ikut kat belakang je la yer.. SAYA kakitangan gomen.. tak leh wat demonstrasi jalanan.. ehekk ehekkk… ;-p

    sesungguhnya mereka bertanya kerana mereka mengambil berat.. mereka mengambil berat kerana mereka sayang..dan mereka sayang kerana anda adalah istimewa dan tersendiri..🙂

    bila awak masuk ke usia 27 tahun dan masih single.. (seperti SAYA ini).. awak akan tanyakan soalan itu pada diri sendiri.. kemudiannya mahu rasa bunuh diri kerana soalan itu BELUM ada jawapannya..😦

     
    • sUe

      May 6, 2009 at 5:38 am

      hahaha…
      takpelah..saya demo bwk sepanduk awk duduklah diam2 kat belakang ye…hehehe

      hurm…
      benarkah mereka bertanya itu maknanya mereka ambil berat dan sayang?
      kalau keluarga atau ibu bapa mungkin lah.
      sebab risau “tak laku ke anak aku nih?”
      tapi org lain yang entah siapa2 itu..
      apa motif mereka bertanya?
      apa perlunya sibuk dan gelabah pasal kita?

      saya pun tak pasti apa yang akan saya rasa bila dah masuk usia 27 nanti dan masih single…
      cuma saya harap masa itu sy tidak terlalu bersedih memikirkan soal jodoh hingga terlupa utk benar-benar ‘hidup’

      life does not revolve around marriage only.but yes, marriage is a part of life.

      tak per cik cahaya, teruskan hidup dgn tabah. insyaAllah jodoh anda akan sampai jua nanti.🙂

       
  2. saad

    May 5, 2009 at 2:18 pm

    Aku dulu, kalau orang tanya. Aku jawab “aku gay. camne nak kawin?”. Konpom ‘titik’ lepas tu. Takde lagi soalan susulan. Tapi kena jawab dengan muka slamber. Kena serius seserius yang mungkin.

     
    • sUe

      May 6, 2009 at 5:29 am

      hahahaha!
      bernas jugak idea kamu nih..
      bolehlah kalau nak guna lepas ni…

      “saya lesbian.camna nak kahwin?”
      atau
      “saya ada sifilis.ada ke org nak?”
      *praktis muka serius dpn cermin*

      hehehehe😉

      eh tapi kalau 40 kali org tanya 40 kali jawab benda yang sama,
      kang jadi doa pulak..
      wohhh…tak sanggup la plak rasanyer…
      hohoho…😛

       
  3. Anonymous

    May 5, 2009 at 11:51 pm

    I like this entry~

     
    • sUe

      May 6, 2009 at 5:40 am

      tenkiu anon.🙂

       
  4. ainunlmuaiyanah

    May 6, 2009 at 4:41 pm

    yalah. Umur saya yang muda 3 tahun dari awak ini pun orang dah sibuk bertanya bila nak kahwin lah. padahal pilih lelaki ini bukan macam pilih sayur di pasar. huhu

    aish~

    Moga-moga saya tidak ditanya dengan teruk. sekadar usikan manja bolehlah. hehe

     
    • sUe

      May 7, 2009 at 7:25 pm

      ya betul tuh..
      pilih suami bukan mcm pilih ikan di pasar…
      mungkin org yg bertanya tu tak kisah kot kalau kawin pakai tangkap muat jer…
      hurm~

       
  5. Amber

    May 7, 2009 at 9:34 pm

    Hi Sue,
    First time akak komen. Selama ni silent reader je🙂
    Good writing!
    Psl entry ni..ermmm… akak penah alami umur itu. Masa umur 24 putus kali-2 dgn bf yg sama. Pedih, luka, mmg sakit sgt masa tu. Lama jgk solo. Org2 sekitar sibuk tny soalan keramat tu. Parents akak tak tanya tp akak tau diorg risau psl akak tak kawin. Alhamdulillah, dgn ketentuan Illahi, kawin jgk akak. Bila kawin masa umur dah lanjut rasa rugi jea tahun2 sebelumnya. Syukur ayah sempat lihat akak kawin sbb tak cukup setahun, ayah dah meninggal.

    Jadi sue, jgn ubat luka lama2 sgt. Bukan maksud akak kena ada bf atau kena kawin dgn segera. Cuma jgn terlampau lama sampai lewat usia. Memilih org baru tu mmg wajib, tapi terlampau memilih pun susah jgk akhirnya.

     
    • sUe

      May 11, 2009 at 12:25 pm

      Hi kak Amber,
      Thanx sudi luangkan masa membc blog ini dan memberi komen sekali..
      Really appreciate that.

      Hurm..bagaimana ya mahu dijelaskan?
      Bukanlah saya terlalu memilih..
      Cuma memang tidak ada sesiapa yang berkenan di hati buat masa ini..
      Dan saya kira tak kan lah saya perlu menerima saja mana2 jejaka yg sukakan saya..
      Sedangkan saya lgsg tak ada perasaan pada mereka..

      Percayalah, saya pernah cuba buat begitu..
      Memberi harapan pd org lain bila hati saya langsung tak bersedia untuk dihuni..
      Dan hasilnya, satu hubungan yg pathetic.

      Itu pd pendapat saya lah..
      BTW, terima kasih sbb sudi berkongsi pendapat akak..
      Sharing is caring. Ewah!😉

       
  6. Kabus

    May 8, 2009 at 2:05 pm

    Betul.

    Itu adalah luahan hati ramai perempuan yang ‘sekasut’ dengan awak juga.
    Kadang-kadang terfikir, siapa yang nak kahwin ni?
    Kita ke mereka?

    Kalau tengah belajar, ditanya juga.
    “eh, belajar lagi? bila nak habis?”
    Kalau dah habis belajar, “eh bila nak kerja?”
    pastu dah kerja “eh bila nak kahwin?”
    Kalau dah kahwin, “eh, bila nk dapat anak?”

    Tolonglah. itu macam satu kitaran hidup yang ditentukan oleh orang, dan kita hanya boneka yang terpaksa menurut. Tapi hidup mesti diteruskan. Itu lumrah..

     
    • sUe

      May 11, 2009 at 12:35 pm

      Ouh, awk tertinggal soalan2 lain lagi:

      Bila anak dah besar akan ditanya pula “Bila nak dapat menantu?”
      Bila anak dah kahwin ditanya pula “Bila nak dapat cucu?”

      Mungkin yg tak akan ditanya adalah “Bila nak mati?” sahaja.

      Percaya tak keluarga saya skrg menghadapi keadaan begitu lah:

      saya – bila nak kahwin?
      kakak – bila nak dapat anak?
      mak dan ayah – bila nak dapat cucu?

      seriously, diorg ni tak penat kah bertanya?
      tapi betul kata awk. itu lumrah.
      life still must go on. ~sigh.

       
  7. jones

    May 10, 2009 at 11:35 pm

    🙂

     
    • sUe

      May 11, 2009 at 12:36 pm

      🙂

       
  8. Bearer of Good News

    May 13, 2009 at 3:18 pm

    hahahaha nice one!

     
    • sUe

      May 18, 2009 at 7:58 pm

      tq🙂

       
  9. naz

    May 17, 2009 at 11:10 pm

    fairy tales wujud untuk mereka yg mempercayai harapan

    *saya rasa “shrek” sgt ensem~

    =)

     
    • sUe

      May 18, 2009 at 7:43 pm

      the last thing to lose is hope – quote seorang teman.
      jadi jangan berhenti berharap – kata sheila on 7.😉

      shrek kacak untuk golongan ogre.
      kalu saya ogre pun saya jatuh cinta sama dia.
      hehe😛

      updated: ada teori yg mengatakan “gemuk dan pendek itu seksi”.😉

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: