RSS

Pertemuan di satu kafe yang lengang tanpa manusia.

04 May

 

Dia itu, saya tidak kenal apa namanya. Dia itu, hanya sekali saya jumpa. Dia itu, sama dengan saya dalam satu perkara.

Kanser menemukan saya dengan dia.

**********

“Boleh saya duduk di sini?” katanya, menunjuk pada kerusi di hadapan saya. Sebelah tangan nya ada sepinggan makanan.

Saya tersentak. Earphone di telinga saya keluarkan. Khusyuk saya menelaah “Puisi untuk Esdyzuar” karya Nisah Harun sedikit terganggu. Saya melihat sekeliling. Ruang kafe di Kedah Medical Centre itu sememang nya sudah kosong. Semua kerusi sudah diangkat letak di atas meja. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Mungkin sedikit masa lagi kafe ini akan tutup.

Dan kebetulan, cuma tempat saya sahaja yang kerusi-kerusinya masih belum diangkat letak di atas meja.

Saya mengangguk. Duduklah, tempat itu tidak ada tertulis pun hak milik nya kepunyaan sesiapa, getus hati saya.

Sebetulnya, ketika itu saya sedang menunggu makanan yang dipesan. Ayah terlalu penat untuk turun ke bawah untuk makan, jadi saya bungkuskan saja untuk dia. Mak sedang tidur semasa saya tinggalkan dia tadi.

“Thanx.” katanya. Seraya duduk dan menjamah nasi gorengnya.

Dia lelaki. Mungkin dalam lingkungan lewat 20-an. Pakaiannya kemeja dan berseluar panjang hitam. Mungkin baru pulang dari kerja dan terus bergegas ke hospital, menjenguk seseorang. Wajahnya agak kusut masai, seperti tidak terurus. Tetapi keruh wajah nya itu lah yang paling ketara. Walau sedang menjamu selera, saya dapat meneka, dia punya kekusutan yang membelenggu minda.

Ah, ini hospital. Apa yang kamu harapkan Suhaila? Mana ada orang yang sedang riang bergumbira di hospital? Ini bukannya funfair atau kelab malam atau pusat peranginan tempat orang melancong . Tak ada yang suka-suka mahu datang ke hospital tanpa apa-apa urusan.

Kerana ini hospital. Tempat yang mendepresikan.

Dan perbualan kami tentulah berkisar tentang hospital juga. Seperti datang melawat siapa dan apa sakitnya dia.

“Ibu saya. Dia breast cancer.” Jawab saya ketika ditanya.

Dia mengangguk cuma.

“Encik?” tanya saya kembali, out of courtesy. Ya, saya lebih senang ber’encik-encik’ saja dengan lelaki-lelaki asing. Bukan ‘abang’ bukan ‘pakcik’ tetapi ‘encik’. Lebih formal. Lebih senang. Lebih umum.

Dan yang penting tak ada yang akan salah faham.

“Isteri saya. Kanser juga.” jawabnya perlahan tanpa mengangkat wajah.

Saya ingin bertanya ‘kanser apa?’ tetapi tidak terkeluar pula. Jelas, dia tidak selesa untuk memberitahu. Dan saya juga tidak perlu mengambil tahu.

Selesai makan, dia mengelap mulut dengan tisu. Selepas berbasa basi, dia meminta diri untuk beredar. Saya hanya mengangguk.

Sebelum itu dia sempat juga berkata, seolah-olah tahu akan sifat inkuiri saya yang tinggi “Isteri saya barah otak.” Terangnya jujur. Lantas mengucapkan salam dan beredar dari situ.

Kemudian baru saya tersedar. Ketika dia mengelap mulut tadi, saya ternampak sesuatu. Akan tiga jari kanannya. Yang masih tersisa dengan warna-warna merah.

Merah inai.

**********

Mendapat berita gembira dari ibu tempoh hari, lantas fikiran saya melayang kepada dia. Kepada lelaki itu.

Yang tidak saya kenal namanya. Yang saya jumpa hanya sekali. Yang ada persamaan dengan saya.Kerana seperti saya, kanser juga telah mengetuk pintu kehidupannya. Melalui insan yang tersayang.

Kata kak Dalilah “Uniknya kanser ialah apabila kita sakit, orang2 terdekat sekeliling yang melihat itu pun akan berasa seolah2 mereka juga kena kanser”

Ya. Secara metafor nya kami berdua juga sakit. Kerana manusia yang kami sayang sedang sakit.

Dan sekarang ibu saya sudah bebas (dan harapnya akan terus bebas.) dari sel-sel durjana itu. Apa pula khabar isterinya?

Saya harap dia dan isterinya baik-baik saja.

 Saya doakan yang baik-baik untuk mereka.

Amin.

 
6 Comments

Posted by on May 4, 2009 in Manusia, Pengalaman, Peribadi

 

6 responses to “Pertemuan di satu kafe yang lengang tanpa manusia.

  1. zetty

    May 4, 2009 at 12:56 pm

    waa~ siannya dia..huhu
    my family member pon dah ramai meninggalkan kami sbb cancer..
    sgt skt bg org yg tgk..

     
    • sUe

      May 7, 2009 at 6:23 pm

      the best thing to deal with cancerous person is to be with them, always. to show them how much we care.
      yes, mmg rs sakit tgk org yg kita sayang deal dgn benda2 ni..
      tp kalau kita pun lemah di depan mereka, dengan siapa lagi diorg nak berpaut kan?
      just be strong for them because they need all the support we have.

       
  2. inz

    May 4, 2009 at 8:19 pm

    berat mata memandang

    berat lagi bahu yg memikul.

    herm…

     
    • sUe

      May 7, 2009 at 7:29 pm

      yer betul tuh nabila.

       
  3. ainunlmuaiyanah

    May 6, 2009 at 4:32 pm

    wah syahdunya. baru kahwin dan isterinya ada penyakit barah pula

     
    • sUe

      May 7, 2009 at 7:27 pm

      ya, agak sedih kan?
      harap2 dia dan isterinya tabah hadapi dugaan.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: