RSS

Every cloud has a silver lining.

01 May

I

Kata pensyarah saya yang kacak dari Iran itu:

Saya akan hantar pada kamu jurnal2 saya. Itu patut membantu kamu untuk Projek Akhir ini. Berikan alamat email kamu, ok?

*senyum*

II

Kata supervisor saya pula:

Dari report-report kamu, tengok kamu punya komitmen, saya rasa saya boleh bagi kamu A.

*senyum ganda dua*

III

Kata pensyarah saya dari Bangladesh pula:

Apa yang dah berlaku biarkan berlalu. Sekarang kita fokus pada masa depan kamu. Matlamat saya sekarang supaya kamu lulus subjek saya. Dan matlamat kamu pula haruslah beri yang terbaik untuk subjek ini.

Deal?

*senyum ganda sepuluh*

IV

Kata mak pula:

Final test dah keluar. Dari 11 lymph nodes, semuanya negative. Sel-sel kanser tu dah tak merebak dah.

*dongak kepala ke langit, pejam mata, depangkan tangan, dan senyum paling gembira dengan rasa syukur yang memenuhi setiap inci ruang jiwa*

Syukur Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah. Atas segala nikmat dan pertolongan Mu ya Allah…

**********

Kata-kata mereka (terutama dari mak) saya dengar seperti satu perutusan dari syurga. Yang membawa berita gembira betapa hidup saya yang tunggang langgang dua tiga minggu ini kini sudah kembali teratur di tempat letaknya.

Kata-kata mereka seperti satu bisikan lembut yang mahu memberitahu saya, bahawa apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

Kata-kata mereka adalah satu tiupan semangat untuk saya. Supaya saya tahu, walau betapa teruk pun keadaan saya, betapa banyak pun dosa saya, Tuhan tetap akan memberi saya peluang kedua, ketiga, keempat dan entah untuk kali ke berapa.

Alangkah betapa besarnya keampunan dan kasih sayang Mu Tuhan.

Syukur Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah. Atas segala nikmat dan pertolongan Mu ya Allah…

**********

Akhirnya, saya jumpa juga. Jalur-jalur perak itu. Di sebalik awan kelabu.

Syukur…Alhamdulillah…

 
9 Comments

Posted by on May 1, 2009 in famili, Peribadi, Sekolah

 

9 responses to “Every cloud has a silver lining.

  1. una

    May 1, 2009 at 1:40 pm

    i’m happi for u~
    alhamdulillah.. semuanye da ok kn🙂

     
    • sUe

      May 1, 2009 at 3:16 pm

      thanx una…🙂
      syukur sesangat…huhu.
      una,bila nak kuar sesame neh?😉

       
  2. CAHAYA MATA

    May 1, 2009 at 4:32 pm

    masa untuk anda berasa gembira dan bahagia..

    TAHNIAH.. (“,)

    ~ SAYA juga berasa bahagia membaca entrie awak nih..🙂

     
    • sUe

      May 1, 2009 at 4:36 pm

      terima kasih cik cahaya.
      lama awk menghilang.
      rindu pulak saya dgn awk… hehe:mrgreen:

       
  3. inz

    May 1, 2009 at 7:11 pm

    tahniah kak sue!🙂

     
    • sUe

      May 2, 2009 at 12:21 am

      thanx nabila.🙂

       
  4. Kabus

    May 2, 2009 at 9:48 pm

    memang bahagia..
    dapat tgk pelangi selepas hujan.

    utk awak, saya tumpang gembira ^^

     
  5. akim

    May 3, 2009 at 1:03 am

    tahniah..dan syukur semuanya ok2 belaka..

     
  6. sUe

    May 7, 2009 at 7:30 pm

    kabus & akim: trimassss…🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: