RSS

Laughter is the best medicine.

25 Apr

 

Di bilik 518 katil nombor 2, Kedah Medical Centre:

Kata ayah, mak perlu turunkan berat badan. Sel kanser sangat aktif pada pesakit yang beratnya berlebihan.

Mak kata ” Dah tiga hari Ani tak makan. Berat mesti dah turun banyak sekarang. “

Kemudian ayah kata ” Hah, betul lah tu. Yang ‘itu’ saja dah kurang dua kilo “

Mak baru lepas buat pembedahan mastectomy. Sebelah payudara nya dibuang.

Dan keupayaan ayah untuk buat lawak sengal dalam keadaan sekarang adalah sangat mengagumkan. Dan kami ketawa berdekah-dekah. Termasuk mak.

Yang penting mak ketawa.

Kerana kata Dr Harold Benjamin ” Laughter in and of itself cannot cure cancer nor prevent cancer, but laughter as part of the full range of positive emotions including hope, love, faith, strong will to live, determination and purpose, can be a significant and indispensable aspect of the total fight for recovery. ”  

Kadang2 mempunyai seorang ayah yang tidak serius dan sentiasa berjenaka ada perlunya juga. Terutama untuk masa2 begini. Di mana ketawa dan humor itu penting. Untuk mengekalkan sikap yang positif dan optimis dalam melawan penyakit.

Melihat mak ketawa, hati saya jadi berbunga-bunga. Sebab mak mempunyai sejenis ketawa yang membuatkan sesiapa saja yang melihat turut rasa gembira dan ceria. Ketawa ikhlas yang bersungguh-sungguh. Setiap kali mak ketawa, saya rasa seperti mahu hentikan saja masa. Biar waktu menjadi statik dan tidak bergerak. Supaya boleh saya bingkaikan di ingatan, wajah mak yang sedang ketawa dan gembira ketika itu.

ps: Mom, you’re one strong lady. I’m very proud of you.

More info on laughter as medicine to heal cancer: here

 
3 Comments

Posted by on April 25, 2009 in famili

 

3 responses to “Laughter is the best medicine.

  1. zetty

    April 25, 2009 at 2:42 am

    kak sue, semoga mak kak sue cepat sembuh..
    klu balik mesti dah le gi lawat..huhu

     
  2. intanbaizura

    April 25, 2009 at 4:37 am

    Alhamdulillah..legaaa, mak su da oke..

     
  3. sUe

    April 25, 2009 at 10:01 am

    zetty: thanx zetty.🙂

    intanbaizura:okey sebab dah bedah. cuma skrg tengah tunggu result samada cancer tu spread ke lymph nodes atau tak.harap2 tak lah.😐

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: