RSS

Tabah

19 Apr

Pada 11 April lepas, ketika di bilik mak dan ayah, saya beritahu mereka:

“Adik akan balik tiap-tiap minggu lepas ni”

Ya. Tiap-tiap minggu.

Saya sudah buat kesilapan sebelum ini. Silap dalam menyusun priority. Apabila kerja menginjak kepala, saya tolak keluarga ke tempat kedua. Kerja, report, eksperimen, projek naik carta ke tempat pertama.

Hasilnya, hampir empat bulan saya tak pulang ke rumah. Sampailah minggu lepas. Pada sepuluh april dua ribu sembilan. Hari Jumaat. Saya jejak juga kaki ke rumah. Untuk mendapat berita yang hampir melayangkan separuh nyawa. Membuat darah rasa kering seketika.

Sekarang, saya mahu balik. Tiap-tiap minggu.

Dalam hati saya, pergi mampus sama eksperimen. Pergi mampus sama projek. Pergi mampus sama test. Pergi mampus sama report. Pergi mampus sama degree.

Priority saya sekarang adalah mak.

Hanya mak. Demi mak. Untuk mak.

“Adik akan balik tiap-tiap minggu lepas ni.” Saya ulang.

“Jangan.” kata mak. “Habiskan kerja kat sana. Mak tak apa-apa.” sambung mak.

“Takpe. Adik habiskan kerja cepat2. Lepas tu adik balik. Tolong mak uruskan adik-adik. Masak, basuh baju atau buat apa yang patut. Tak mahu mak buat kerja banyak sangat.” Saya berkeras.

“Tak payah lah!” Ayah membantah.”Habiskan dulu belajar kat sana. Jangan sampai ganggu pelajaran.”

Dan ayah menyambung  ” Biar ayah yang jaga mak. Dah 27 tahun dah ayah jaga. Bukannya sehari dua.” 

Saya terdiam. Kelu. Bisu.

Entah kenapa jawapan ayah buat suara saya tersangkut di kerongkong. Buat dada rasa seperti bergumpal. Macam ada sesuatu yang tidak terkeluar.

Dan saya hanya mampu berdiam. Kelu dan bisu.

19 April 2009 – Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 27 buat mak dan ayah. Moga dugaan ini dapat kita terima dan jalani dengan tabah. InsyaAllah…

 
3 Comments

Posted by on April 19, 2009 in famili

 

3 responses to “Tabah

  1. amirahsyuhada

    April 19, 2009 at 9:35 am

    ya, moga awak tabah, setabah ayah awak, sehebat kasih dia pada ibu..

    buat mana yang awak mampu dan terdaya, untuk study.

     
  2. Kabus

    April 19, 2009 at 2:38 pm

    apa yang mampu kucakap;

    Selain dari apa yang kau mampu beri, doalah. kerana itu yang terbaik.

     
  3. sUe

    April 29, 2009 at 10:34 pm

    amirahsyuhada & kabus : terima kasih.🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: