RSS

Iman oh iman…

18 Apr

Kalau kau buat dosa, sepatutnya kau rasa takut. SEPATUT nya lah. Kalau tak rasa takut, maknanya ada sesuatu yang tak kena di situ. Mungkin kau perlu cari balik iman kau.

Kalau tak takut hilang iman? Sekurang2nya takutlah mati sebelum sempat bertaubat.

Kalau tak takut mati sebelum sempat bertaubat?

Ah, hidup saja lah bersuka ria di dunia (yang fana). Akhirat (yang kekal abadi) belakang kira. Seksa kubur atau api neraka itu lain kali boleh cerita. Buat apa nak serabut2 pening kepala kan?

Carpe diem! Seize the day! kata Horace.

**********

Beberapa minggu lepas, bersembang dengan seorang sahabat. Bercerita pasal kekerapan kami berdua yang asyik tertinggal Subuh. Selalu, selalu sangat.

“Rasa macam solat Subuh itu dah tak wujud pulak. Rasa macam Tuhan suruh solat empat kali sehari je.”

Ya. Sampai ke tahap itu sekali dahsyatnya.

Lalu, pagi esok nya, dengan semangat saya bangun Subuh. Dan kejutkan dia sekali. Saya mesej: (ya, mesej saja. saya kedekut kredit.)

“Wak, bangun subuh. dah 6.45 nih”

Dia balas lepas 15 minit :

“Thanx. Nice effort. Boleh kejut saya lagi lepas ni?”

Saya diam. Tak balas pun mesej dia. (diulangi:saya kedekut kredit). Lagi satu, sebab saya tak mahu terbiasakan mengejut orang. Nanti jadi manja. Sebab saya pernah terbiasa begitu dahulu.

Setiap Subuh orang kejutkan. Punya lah tabah manusia yang kejutkan saya dahulu, kalau saya tak bangun jugak, dia call berkali2. Mesej berpuluh2 kali. Kalau saya tutup hp, dia call pula rumet (yang tengah lena jugak dua kali lima) suruh tolong kejutkan saya.

Ya, punya lah dia sayang pada Subuh saya. (baca betul2. Subuh bukan Tubuh!)

Tapi, lepas manusia tabah itu tak ada sebab telah ditakdirkan sampai situ saja hadirnya dalam hidup saya, sudah tidak ada lagi orang yang mahu kejutkan. Dan saya yang semulajadi pemalas nak mati bangun pagi ini mula lah asyik terbakar subuh berkali-kali.

Tapi, saya rasa bagus juga begitu. Sampai bila nak harapkan orang lain? Jam loceng ada. Diri sendiri ada. Effort sendiri lah kan. Sama ada betul2 mahu atau tidak.

Ouh ya, dan sebab lagi satu saya tak mahu kejutkan kawan saya itu ialah sebab saya pun dah pencen dari jadi jam loceng pada orang lain. Sebab saya sendiri kadang2 asyik tak terbangun.

Ok.

Bukak cerita sebenar kenapa saya tulis entri ini.

Yang sebetulnya, saya sedang takut. Sebab saya sudah tidak takut berbuat dosa.

Ini bukan miss  kelas. Atau miss  kerja. Atau ter’miss’ tengok bola atau Akademi Fantasia. Atau miss jumpa teman lelaki.

Ini  miss appointment dengan Tuhan!

Bukan kau boleh suka2 bagi alasan “eh sorry, saya tertidur.heh heh!” (sambil buat muka sengih kerang busuk) . Atau bagi alasan “eh, traffic jam lah bro. ” Atau pergi klinik Dr Tan beli MC tunjuk kata kau sakit. Atau apa-apa alasan biasa yang selalu kau beri pada manusia kalau miss appointment dengan mereka.

Sebab ini appointment dengan Tuhan.

Nasib kau sudah baik Nabi Muhammad mintak kurang dari 50 waktu jadi 5 waktu sahaja. Tapi still berat sungguh nak tunaikan. Masih ada yang terlepas. Masih ada yang terbakar.

Sebelum ini saya ada dua perasaan ini:

Kalau nak tidur dan belum solat, otak mesti akan cakap “Mesti bangun untuk solat. Mesti bangun untuk solat. Mesti bangun untuk solat.” Itu yang dizikirkan sampai tidur.

Kalau terlepas solat pula, saya akan berasa sungguh sungguh menyesal, berdosa, kejam, tak guna, hina, buruk, huduh, tak jelita  dan segala yang sewaktu dengannya.

Tapi, pagi tadi, bila saya terbangun pukul 9 pagi untuk kesekian kalinya, saya dah tak rasa apa-apa. Saya cuma bangun, buka laptop, jenguk blog, mandi, dan buat benda2 lain macam tak ada apa-apa.

Macam nafas yang Tuhan bagi ini saya yang punya. Macam udara yang saya hela ini milik saya. Macam saya akan hidup untuk seribu tahun lagi. Macam mati itu tak akan datang menjemput diri.

Orang kata kalau dah selalu sangat buat dosa sampai kau tak rasa apa-apa, makna nya ada sesuatu yang tak kena. Mungkin Tuhan dah tuli kan telinga kau, buta kan mata kau, dan hijabkan hati kau sampai cahaya hidayah tak boleh nak tembus.

Macam Abu Jahal yang mengakui kebenaran Nabi tapi tetap tak mahu beriman.

Dan ada juga orang kata, bahagia dan celaka itu memang sudah diputuskan sejak lahir. Kau akan mati sebagai seorang yang bahagia atau celaka, di Arasy sana malaikat dah lama tahu pun. Masa kau jadi janin lagi, Tuhan sudah tuliskan kau ini akhirannya bagaimana. Mati dengan mulia atau mampus dalam hina.

Sebab itu ada seorang abid  yang warak tapi mati tetap masuk neraka.

Sebab itu ada pembunuh yang bunuh seratus orang tapi mati masuk syurga.

Sebab itu bapa saudara nabi Abu Talib walau bersungguh menolong Nabi tapi akhirannya mati dalam kafir.

Bila saya persoalkan benda ini macam agak kurang adil, ayah menempelak “Ikut suka Dia lah. Dah Dia Tuhan!”

Ya. Konsep berserah. Berserah dan pasrah. Terima dan redha.

Apa yang termampu dibuat hanyalah berdoa. Berdoa dan terus berdoa. Supaya bahagia abadi itu adalah milik kita. Supaya matinya kita ini bukan mati si celaka.

Maaf. Saya tak bermaksud nak berdakwah. Ilmu saya pun cetek dan masih jahil bab agama. Apa yang ditulis hanyalah untuk mencelikkan mata saya yang mungkin buta seketika. Apa yang ditulis hanyalah peringatan untuk diri sendiri semata-mata.

Cuma apa yang saya nak highlight kan ialah:

Sekarang saya sudah takut kerana saya sudah tidak takut berbuat dosa.

I’m not afraid anymore, therefore I’m afraid.

Mungkin saya kena cari balik iman saya.

Oh iman, kembali lah. Kamu buat saya gundah.😦
 
9 Comments

Posted by on April 18, 2009 in jiwa kacau, Peribadi, Refleksi

 

9 responses to “Iman oh iman…

  1. harith

    April 18, 2009 at 4:22 pm

    haha..g makan nasi goreng udang x sound..kak sue…arrange a satu date utk kite buat trip bersama dak2 environment tuk makan nasi goreng udang bersama2..hehe

     
    • sUe

      April 29, 2009 at 10:23 pm

      haha..
      harith la jadi project manager..
      kak sue on jek..😛

       
  2. intanbaizura

    April 18, 2009 at 4:23 pm

    slalu gak ketinggalan subuh..adeh la..dolu pon ade org kejut tp skrg tiade lagi.huhuu

     
    • sUe

      April 29, 2009 at 10:24 pm

      skrg kita suruh jam loceng betul pulak kejut..okey?😉

       
  3. zetty

    April 18, 2009 at 8:16 pm

    sesuatu kaum tu kan xkan berubah klu bukan mereka sendiri mengubah nasib mereka..
    kaum tu kita la kan..
    memang bagaimana mati kita dah lama Tuhan tetapkan..
    tp itu bukannya alasan kita berserah dan pasrah..
    Allah itu Maha Adil kan kak sue~
    =)

    *xpandai berdakwah gak..huhu*

     
    • sUe

      April 29, 2009 at 10:28 pm

      thanx zety🙂
      Allah itu mmg Maha Adil..
      cuma kadang2 manusia ini selalu lupa..
      hurm..😐

       
  4. inz

    April 19, 2009 at 5:22 pm

    cube kak sue try b4 tido bace surah Al-Kahfi ayt 110. kalau tak silap saye la ni. nanti sy cek balik. hehe. tak pun kan, kalo susah sgt2 nak bgn pg, b4 tido tu amek wudhuk dulu n istighfar sampai kiter lena n tetido.

    try la kak sue.

    sy takde la jamin konfem bole bgn. ni cume salah 1 cara ‘& ikhtiar kite.🙂

     
    • sUe

      April 29, 2009 at 10:30 pm

      istighfar sampai terlena?
      ooo..ok222…
      boleh cuba nih..
      maybe sebab sblm ni k.sue asyik dgr lagu2 jer before tido..
      itu pasal yang asyik tak terbgn subuh tuh..
      isk..byk betul setan..haih!

       
  5. ilani

    May 4, 2009 at 8:47 am

    weee…bagusnya entri ni.
    membuatkan orang yg membaca turut menginsafi kejadian🙂
    teruskan usaha2 murni ini.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: