RSS

Filem Laskar Pelangi (spoiler alert!)

14 Apr

Saya tonton Laskar Pelangi!

Eh silap.

Saya sudah tonton Laskar Pelangi!

Eh silap lagi.

Saya sudah tonton Laskar Pelangi sebanyak empat kali dalam satu masa!

Eh silap lagi dan lagi.

Saya sudah tonton Laskar Pelangi sebanyak empat kali dalam satu masa dan menangis juga empat kali dalam satu masa!

(Lihat font yang dibesarkan dan diwarnakan merah itu ingin menunjukkan sebuah keterujaan melampau..ouh, dan sila notis tanda seruan di hujung ayat itu sekali ya? Itu namanya ‘teruja-gila-babi-babi-pun-tak-teruja-macam-ni’)

Terima kasih kepada saudara (atau saudari?) Selamba yang telah sudi berkongsi di DC plus plus filem itu hingga membolehkan saya mendownloadnya secara percuma. Kalau nak harap wayang, entah bila lah filem ini akan masuk ke Malaysia.

Banyak benda yang saya perasan dalam filem ini:

1) Ada jalan cerita yang diubah lain dari buku. Seperti watak Bakri dan kematian Pak Harfan misalnya, dalam buku tidak ada.

2) Tetapi peristiwa2 penting masih dikekalkan. Seperti kemenangan mereka dalam karnival, pertandingan kecerdasan, buaya dan bodenga yang menghalang Lintang, cinta monyet Ikal dan A Ling, berjumpa Tuk Bayan Tula dan kematian ayah Lintang di akhir cerita. Bagus. Bagus!

3) Set penggambaran di Pulau Belitung adalah sangat cantik. Sangat sangat!

4) Loghat masyarakat Belitung hampir sama dengan orang Melayu. Terutama perkataan yang akhirannya ‘a’ diganti dengan ‘e’ seperti ‘apenye, mane ade, ke mane, percume, dan banyak lagi’. Tiba-tiba saya rasa budak-budak itu macam dari KL pulak. Heh!

5) Babak paling menarik tentulah ketika Ikal putus cinta dan dihiburkan dengan nyanyian Seroja oleh Mahar sambil kawan2 yang lain menari2 di belakang. Serius kelakar!

6) Akhir sekali, saya ingin anugerahkan watak paling comel kepada ……*drum roll*

A Kiong!!

Walaupun dia cuma cakap tak sampai sepuluh baris ayat dalam keseluruhan filem (dan ayat paling panjang nya adalah “Kal, jangan lama-lama ya? Ayahnya A Ling itu keras sekali”), tetapi dia memang adalah budak cina bermata sepet yang lurus bendul dan sangat comel.

Kepalanya juga seperti tin keropok seperti yang digambarkan oleh Andrea Hirata. Memang pandai diorang pilih pelakon. Heh heh!

kesimpulannya, filem ini worth watching. Terutama kepada mereka yang sudah membaca buku nya. Tetapi, seperti filem2 lain yang diadaptasi dari buku (kecuali LOTR lah kot), tentu saja membaca bukunya lebih menarik.

Apa-apa pun, this movie is superb. Two thumbs up!

 
6 Comments

Posted by on April 14, 2009 in Uncategorized

 

6 responses to “Filem Laskar Pelangi (spoiler alert!)

  1. amirahsyuhada

    April 14, 2009 at 7:52 pm

    mana awak tonton sue???????????????? Dimana awak menontonnya? benci, jeles!!

     
  2. ainunlmuaiyanah

    April 15, 2009 at 3:08 am

    kat mana awak download ni. cepat cakap. saya ugut ni. haha

     
  3. CAHAYA MATA

    April 16, 2009 at 12:24 pm

    huhuhuuu..
    teruja nya..!!

    nanti SAYA habiskan dulu novelnya ekk..πŸ™‚

     
  4. sUe

    April 17, 2009 at 1:13 pm

    amirahsyuhada dan ainunl: hahahaha!!😈 (gelak penuh bongkak lagi riak). saya download di DC++. benda ini boleh download di UTP saja. kalau mahu,emailkan saya alamat kamu.nanti saya burn dalam cd dan hantarkan.ok? (tapi sebelum june lah sebab saya dah berambus keluar dari sini by that time..hehe)

    cahayamata:ok.. enjoy your reading.πŸ™‚

     
  5. ainunlmuaiyanah

    April 25, 2009 at 11:59 pm

    eleh.. sue, kita pun dah tengok tau. lalala

     
    • sUe

      April 29, 2009 at 10:12 pm

      aiseh…dah tengok ke..
      tak leh nak berlagak dah dgn awk..hehe:mrgreen:
      best kan cerita dia?
      saya paling suka a kiong..πŸ˜›

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: