RSS

Tentang buku.

10 Apr

 

 

1) Saya tak ingat buku pertama yang saya baca.

2) Tetapi saya ingat buku pertama yang saya baca di khalayak ramai atas pentas. Ketika umur saya 6 tahun di hari graduasi taski. Tempatnya di Dewan Kenangan.

3) Tajuk buku itu ialah “Si Emas”. Kisahnya, tentang seekor ikan emas yang bosan dan mahu keluar dari akuarium. Akhirnya, dia berjaya melepaskan diri tetapi baru dia sedar, dia perlukan air untuk hidup. Kesudahannya, dia mati dengan sia-sia. Ya, kebebasan memang mahal harganya.

4) Sebelum masuk sekolah lagi, saya telah membaca majalah Wanita yang dilanggan emak.

5) Saya mula membaca Reader’s Digest selepas ayah melanggannya. Kisah paling terkesan di hati sampai ke hari ini ialah tentang seorang lelaki kulit hitam yang berjaya menyekolahkan kelima-lima anak perempuannya dan menjadikan kesemua mereka doktor. Walaupun pada masa itu, pandangan prejudis masyarakat pada kaum perempuan adalah tinggi. Mereka menganggap perempuan hanya layak untuk duduk di rumah dan berkahwin dan melahirkan anak dan menjaga anak dan suami sahaja. Tidak lebih dari itu.

6) Novel pertama yang saya baca adalah antologi cerpen Suatu Subuh Yang Bening. Saya suka kesemua cerpen di dalamnya.

7) Saya sangat suka meminjam buku kisah-kisah dongeng ketika di perpustakaan.

8) Walaupun suka membaca, tetapi saya masih memilih genre buku. Saya tidak gemar buku-buku sains fiksyen atau buku-buku yang terlalu serius. Seperti ekonomi atau politik misalnya.

9) Saya kagum dengan Prof Ungku Aziz yang menghabiskan KESEMUA buku di perpustakaan sekolahnya tanpa mengira genre.

10) Ketika berumur 8 tahun, saya membaca antologi cerpen Shahnon Ahmad yang bertajuk “Debu Merah”. Buku itu adalah detik permulaan bagaimana saya jatuh cinta dengan karya Sasterawan Negara itu.

11) Ada satu cerpen di dalamnya yang emak larang kami baca kerana boleh dikategori sebagai 18SX. Tajuknya “Nafsu”. Emak telah stapler sekeliling muka surat untuk cerpen itu sahaja.

12) It turns out, ceritanya tak ada apa pun. Pasal perempuan anak dara tua gersang yang mahu belaian lelaki. Eh macam mana saya tahu? Saya dan kakak telah mengumpil besi stapler, membacanya, dan stapler balik di tempat yang sama. Sampai sekarang emak tak tahu sebab kami memang pandai berlakon innocent.

13) Semasa zaman jahiliyah, saya menggemari novel Ahadiat Akashah. Ketika itu saya di menengah rendah.

14) Semasa sekolah rendah, saya membaca satu siri buku tentang pengembaraan. Tetapi saya sudah tidak ingat apa tajuknya.

15) Buku itu lain dari yang lain kerana ia memberi pilihan kepada pembaca. Di setiap akhir mukasurat, ia akan bertanya soalan. Contoh:

“Jika kamu memilih untuk meminum penawar yang diberikan Tok Batin, sila ke halaman 56”

“Jika kamu ragu2 dan mahu dirawat di hospital, sila ke halaman 78”

Dan ada banyak pengakhiran dalam cerita ini berdasarkan pilihan yang kita buat. Seronok.🙂

16) Saya mula menggilai Penyiasat Remaja selepas meminjam komik itu daripada seorang rakan. Cerita pertama yang saya baca adalah tentang “Pembunuhan di Tasik Kecintaan Pilu “. Saya menangis tatkala Eiji Tono yang kacak itu mati bunuh diri dengan mengebom bot yang dinaikinya. Eh, tetapi dia muncul semula selepas itu dalam keadaan dah hilang ingatan.

17) Sidney Sheldon adalah penulis yang paling saya gemari. Buku pertama yang saya baca hasil karyanya adalah ” Tell Me Your Dreams “. Berkisarkan tentang penyakit Multiple Personality Disorder. (MPD)

18) Ouh ya, ketika sekolah menengah juga saya sangat suka membaca koleksi Sweet Valley. Koleksi ini saya pinjam dari seorang kawan yang menjadi pengumpul tegar Sweet Valley.

19) Walaupun sangat menggemari semua filem-filem yang diadaptasi dari karyanya (seperti It, Shawshank Redemption, Misery) tetapi saya masih tidak mampu untuk membaca buku Stephen King. Entah kenapa saya jadi pening bila membaca bukunya.

20) Saya hairan kenapa penulis yang saya suka seperti JK Rowling dan Sidney Sheldon menghasilkan karya terakhir yang tidak sehebat karya2 mereka sebelumnya. Saya mengambil masa berminggu2 untuk menghabiskan buku terakhir mereka.

21) Saya mempunyai tabiat membeli buku secara pukal. Terutama di kedai buku terpakai apabila harganya menjadi berkali-kali ganda lebih murah dari biasa.

22) Jika saya sangat suka sesuatu buku, saya akan mengulang baca berpuluh-puluh kali tanpa jemu (seperti Laskar Pelangi). Tetapi jika saya tidak suka selepas membaca separuh jalan ceritanya, buku itu saya tinggalkan terbiar begitu saja. (seperti In Her Shoes )

23) Saya boleh duduk bersila di kedai buku berjam-jam lamanya. Terutama bila tidak cukup duit untuk membeli, jadi saya membaca secara curi-curi sahaja.

24) Sejak semakin tua dewasa, jiwa saya sudah tidak boleh menerima buku dari genre Chick Lit dan Romance.

25) Buku yang buat saya menangis sampai bengkak mata, sesak nafas macam orang gila dan meninggalkan kesan depressed tiga hari tiga malam selepas membacanya adalah karya Khaled Hosseini, The Kite Runner.

26) Saya kagum dengan orang yang berjaya menghabiskan semua buku Lord Of The Rings kerana buku pertama saja sudah buat mata saya berpinar-pinar (kerana font terlalu kecil dan bahasa yang terlalu klasik)

27) Saya sangat suka bau buku yang baru dibeli. Dan kegemaran saya setiap kali selepas membeli buku adalah menulis nama saya di mukasurat depan, di mana saya membeli buku itu dan berapa harganya.

28) Saya baru tahu Aladdin itu adalah budak yang berasal dari negara China selepas membaca Arabian Nights yang asal.

29) Saya tidak boleh membaca buku di dalam kenderaan sama ada bas, kereta, keretapi, LRT, kapal terbang mahu pun jet pejuang, Saya akan berasa loya dan mahu muntah.

 30) Oklah, dah penat cerita pasal buku. Nanti saya buka cerita pasal benda lain pulak.

p/s: Entri ini terinspirasi dari laman Tuan Tanah di sini

 
8 Comments

Posted by on April 10, 2009 in Bebelan saya, Buku, Nostalgia

 

8 responses to “Tentang buku.

  1. mugiwara

    April 11, 2009 at 2:01 pm

    1. saya pun…

    13. saya jugak~

    15. ya. banyak btol buku ni dalam perpustakaan sekolah saya. lagi satu, yang ada muka surat dimana kita kena gerakkan buku kedepan mata dengan jarak sesuai untuk tgk gambar tersembunyi…

    21. kalau pergi the mall saya akn beli secara pukal…btol..memg murah!

    25. ni adalah antara novel yg terkesan pada saya selain “mandatori – ramli awang murshid”, “rimba harapan – (tak ingat siapa.hehe), “masuk ke dalam cahaya – (juga tak ingat siapa.)”

    29. saya pun tak boleh. dan sgt jeles pd org yg mmpu baca dlm kenderaan. kawan saya kata saya tak boleh jadi bos pasal bos kena baca paper dalam keter….huhu~

     
  2. amirahsyuhada

    April 11, 2009 at 9:19 pm

    heheh..saya pun pernah baca buku pengembaraan yang bagi kita piliha untuk pengembaraan, tak pernah ingat tajuk dia tapi saya yakin itu buku terjemahan, sebab pernah nampak siri tu di sebual perpustakaan kecil di Sabah. Saya baca buku tu entah masa darjah 3. Dan sedih, masih tak jumpa laskar pelangi!! Sekarang kerana sibuk,lama tak membaca, dan amat kecewa dengan novel-novel melayu, entah kenapa membaca novel cinta bagaikan suatu trauma bagi saya, terasa perasaan dipermain-mainkan. Dan telah berhenti membaca novel-begitu hampi 5 tahun lamanya.

     
  3. CAHAYA MATA

    April 13, 2009 at 9:04 am

    wahhh.. SAYA suka entrie ini..
    kita banyak persamaan..🙂

    hikk..hikkk..

     
  4. sUe

    April 13, 2009 at 11:48 pm

    mugiwara: Buku Ramli Awang Murshid saya ada pinjam di perpustakaan. Tajuknya ‘Tombiruguo’. Tapi tak habis baca sebab itu cerita hantu. Ya, saya memang penakut orgnya. Huhu. “Masuk ke dalam cahaya” pun macam pernah baca tapi tak pasti di mana dan bila.

    Saya rasa bos dalam drama melayu jer yang selalu baca paper dalam keter…hehe🙂

    amirahsyuhada: cuba cari laskar pelangi dalam ujana ilmu. mungkin masih ada kot.ya betul..novel2 cinta melayu saya juga sudah lama berhenti dari membacanya. Sebab jalan cerita sangat klise. Lelaki mesti kacak, perempuan mesti lawa, nama pula mesti hebat gila sampai tergeliat lidah nak sebut. Lepas itu kena kahwin paksa. Cinta tiga segi. Atau yang sewaktu dengannya.

    cahayamata: hehe… kita serupaaa (lirik lagu ape tah tak ingat)🙂

     
  5. E;

    April 14, 2009 at 1:06 am

    boleh tahu dekat mana kedai buku terpakai?🙂

     
  6. sUe

    April 14, 2009 at 3:08 am

    selalu saya beli di sungai petani.kedai buku itu namanya ‘perahu ilmu’.
    tetapi di ipoh, ada satu kedai buku terpakai. di ipoh parade, tingkat dua.kedainya ‘novel hut’.
    kalau di tempat lain, tak pasti pulak saya.huhu.

     
  7. E;

    April 14, 2009 at 1:22 pm

    Perahu ilmu dekat Sp, dekat mana ye? saya orang Sp gak..hehe.

     
  8. sUe

    April 17, 2009 at 1:00 pm

    ouh org SP jugak eh?
    kedai itu di area deretan rumah kedai di depan stesen bas. yang local punya tau?bukan stesen bas ekspres.
    erm…kalau tak silap saya kedai itu dekat dengan pejabat pos.

    nantilah bila2 kamu turun sp sila roger.saya akan tunjukkan tempatnya yah?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: