RSS

syaa treetakn llau syaa pun brseohpnipg.(utnuk megnjui toeri oatk beolh bcaa jmubeld wdros aasl hruuf fsrit dan huurf lsat itu adlaah smaa )

31 Mar

Saya tertekan.

Sejak dua menjak ni banyak benda buat saya tertekan.

Orang kata kalau tertekan baca Quran. Saya dah baca. Tapi, masih tak berjaya nak tenangkan fikiran. Mungkin sebab saya baca dalam keadaan maha serabut jadi itu memberi kesan dalam pembacaan saya. Atau mungkin hati saya ini sudah menjadi hitam dan legap, maka ayat2 suci itu tak mampu menembusinya.( Oh, harap tidaklah jadi begitu.)

Saya tertekan.

Keputusan dari eksperimen adalah berkadar songsang dengan teori. Sepatutnya dapat lain, tapi saya dapat lain. Rasa penat. Buang masa. Tiap-tiap hari pergi ke makmal. Tak balik cuti. Berkampung di lab sampai dua-tiga pagi. Menjaga ‘anak-anak’ tak kenang budi itu.

Hasilnya?

“Result kamu macam hampeh” kata Dr Shark.

Ouh, sadis. Tak ada kah lagi kata2 yang lebih durjana dari itu,sir? Dr Shark, true to his name, seperti seekor jerung yang telah mengoyak dan menggigit hati saya dengan kata2 nya. Sedih. Pilu. Sayu. (lagu latar ,  Bukan Ku Pinta Jadi Begini pun berkumandang)

Saya tak salahkan Dr Shark pun sebenarnya. Dia memang outspoken. And he puts high hopes on me but I let him down. Jadi understandable lah kemarahan dia itu.

Cuma nak buat macam mana. Dah memang itu result yang saya dapat. Isk!

Saya tertekan.

Disebabkan mendapat result yang macam hampeh, saya pun terasa sungguh hampeh dengan projek yang hampeh itu. Keyakinan diri saya merudum ke paras bawah sifar. Memang hampeh!

Jadi, untuk menaikkan kembali tahap keyakinan diri, saya pun mengambil keputusan untuk ke ‘syurga wanita’ (baca: shopping complex) dan membeli apa saja yang saya mahu tanpa memikirkan budget. Ya, saya mahu shopping sepuas hati dan berlagak menjadi Paris Hilton, hanya untuk sehari ini demi mengembalikan semula paras keyakinan diri sendiri.

Lantas, saya pun bershopping sakan tak ingat dunia yang fana ini. Betullah, orang putih kata “shopping is the best therapy”. Wohhhh…mata duitan saya ini menjadi kelabu dan rambang sekali tatkala  melihat begitu banyak sales di kedai baju.

Di sana 20%. Di situ 50%. Di hujung sana 70%. Wooohhhhhhh!!! *teruja sampai menggigil*

Wahh..daku di sorgaaa….*pandang langit sambil depangkan tangan*

Sudahnya, saya memborong banyak juga baju. Memang sakan lah. Wan geleng2 kepala. Terkejut kot. Mesti dalam fikiran dia “perempuan ini memang dahsyat betul lah. Takut aku.” Ah, peduli kan. Mel kata saya ‘shopaholic’. Ah, pedulikan juga.

Tetapi, mujur lah saya sedar status kewangan saya yang tidak mungkin akan sama dengan status kewangan Paris Hilton. Ditambah dengan kelembapan ekonomi semasa, lantas saya mengurangkan sedikit ketamakan haloba dan kerambangan mata saya dalam membeli-belah.

Berkali-kali saya ingatkan pada diri “Sue, jangan tamak Sue. Orang tamak selalu rugi. Macam anjing dengan bayang2. Macam anjing dengan kucing. Macam anjing menyalak bukit. Macam anjing….” Ok. Abaikan. Yang penting, orang tamak macam anjing lah, senang cerita.

Tapi, saya gembira juga sebenarnya. Shopping memang betul2 boleh buat seorang wanita itu riang gumbira. Dan lupa sekejap masalah yang bersarang dalam kepala.🙂

Ouh ya!

Earth Hour tempoh hari saya di Jusco. Banyak juga kedai yang tutup lampu. Walaupun lampu yang ditutup alahai-seciput-jek-macam-tak-tutup-langsung, tetapi at least kesedaran itu ada lah jugak. Jusco pun tutup lampu juga, walaupun lampu yang ditutup pun alahai-seciput-jek-macam-tak-tutup-langsung.

Saya juga naik ke parking atas bumbung Jusco untuk tengok keseluruhan bandar Ipoh. Ya, agak gelap dari biasa. Bagus. Bagus!

Saya telefon mak. Suruh dia tutup lampu sejam. Kata mak “huh, buat apa?kerja bodoh.”

Oh, sedih.

Ibuku tak boleh jadi rakan alam sekitar nih. Isk!

Oklah. Saya ada banyak perkara perlu disiapkan. Assignment, test, report, dan banyak lagi benda2 yang mungkin menyumbangkan lagi tahap tekanan saya. Tapi, tak apa. Dah nama pun student. Memang akan ada up and down ye dok?

Eh, lagi satu, kenapa kah blog2 yang menggunakan blogspot tidak boleh dibuka ya? Saya dah menggelupur sebab lama tak baca blog2 kegemaran.

Kawan2 di UTP, kamu juga ada masalah yang sama kah? Atau laptop saya yang semakin sengal? (Aih, kamu pun tertekan jugak ke laptop?)

Oleh itu, pada teman2 blogger, minta maaf lah tak boleh singgah dan memberi komen-komen membina di blog anda. Saya mahu singgah tetapi tidak boleh. Entah kenapa.

Itu saja. Sekian dari saya. Kita kembali ke bilik berita.

 
4 Comments

Posted by on March 31, 2009 in Bebelan saya, Bengong, jiwa kacau, Sekolah

 

4 responses to “syaa treetakn llau syaa pun brseohpnipg.(utnuk megnjui toeri oatk beolh bcaa jmubeld wdros aasl hruuf fsrit dan huurf lsat itu adlaah smaa )

  1. kak Lily

    March 31, 2009 at 3:18 pm

    Kesiannya kamu Su. Aha,akak pun terlalu tertekan semenjak menjadi surirumah sepenuh masa. Tertekan dengan ujian2 sakit yang melanda tubuh yang dahtak berkuderat ni,tapi semangat masih tinggi gila nak buat itu dan ini. Lalu akak bermonolog dengan diri” okey babe,set your priority” Tak menjadik huhuhu…

     
  2. CAHAYA MATA

    April 1, 2009 at 10:16 am

    huhuhuuu..
    syokk nya shopping..!! SAYA pun nak guna therapy tu lahh..hehehe.. nak gi shopping jugak..tak peduli.. biarlah “anjing menyalak bukit” pun… (apa kena mengena..?)

    emmm..istighfar bnyk2 dlm hati ye cik sue..kita di dunia ini memang dihantar utk di uji.. (-.-)

    ehh..kirim salam pd Dr.Shark ye.. hikk hikk.. ;-p

     
  3. amirahsyuhada

    April 2, 2009 at 12:57 am

    awak kat ipoh??? Adui sehhhh, awat tak habaq?!!! Last year saya kursus setahun di institut perguruan ipoh. hemm, saya amat stress bila shopping, selalunya saya cuma akan ambil mana yang saya memang dah plan, dan terusk akan balik bila dah dapat barang yang saya nak. Ya, mungkin saya kurang normal.hikhik. ya, dunia belajar memang perit, tapi ada orang kata ‘the worst experience is the best experience!”. So enjoy your life, okay.

     
  4. sUe

    April 2, 2009 at 4:33 pm

    kak lily: huhu..tabahkan hati yer kak? sometimes we’re stronger than we think we are.🙂

    cahayamata: kem salam kat dr shark? nak ckp dgn dia untuk bentangkan result pun dah terketar2.
    kalau nak kirim salam macam mana la pulak yer?

    “Sir..errr…aaaa…ada..errr…org…aaa..kirim..errrr…salam…larriiikkkk!!” hehehe😛

    amirahsyuhada: tempat belajar saya di Tronoh. Tapi selalu jugaklah pergi Ipoh kalau nak shopping.
    awk stress bila shopping?uiks…jarang dengar. selalu perempuan suka shopping…huhu.

    saya harap pun boleh jadi macam awk. ambil apa yang dah plan dan terus balik. supaya takdelah menyusahkan org lain duk menunggu kita pilih barang.

    tapi nak buat macam mana. saya gila bershopping. window atau tak window. dedua suka. huhu.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: