RSS

Entri ini terinspirasi dari Malam Inspirasi Seni.

24 Mar

(entri ini dah lambat sebenarnya. tapi biarlah. nak cerita jugak!)

Buat julung2 kali nya, saya pergi juga ke Malam Inspirasi Seni. Tercapai juga hasrat saya untuk pergi ke pertandingan nasyid itu pada semester akhir ini. Tiket adalah percuma. Itu adalah antara faktor yang buat saya teruja mahu pergi. Benda-benda percuma ini memang laju jer…­čśŤ

Beberapa perkara menarik sepanjang pengamatan saya:

1) Kebanyakan penonton berpakaian sopan santun. Perempuan dengan berbaju kurung atau berjubah dan lelaki pula dengan baju melayu dan berkopiah sambil cahaya keimanan terpancar2 dari wajah. Saya? Jeans, selipar buruk dan sweater tutup baju lengan pendek kat dalam, cukuplah.:mrgreen:

2) Walau pun tak ditentukan tempat duduk, tapi sudah tahu sendiri bahawa tempat duduk diasingkan. Saya tertanya2 juga, tak ada kah yang datang dengan boypren atau girlpren di majlis2 begini? Hurm….

3) Bacaan Al-Quran oleh saudara Mundzil (maaf. ejaan nama dia tak pasti pulak saya) adalah sangat menusuk jiwa. Tambah2 pula dia baca surah pasal hari kiamat. Meremang bulu roma.

4) Mula-mula saya sangkakan kumpulan nasyid ini bertanding pakai muzik minus-one. Rupa-rupanya tidak. Mereka perform live dengan muzik diorang sendiri. Alat-alatan seperti tabla,gendang (kot?), dan beberapa alat lain yang saya pun tak pasti nama nya dimainkan dengan cemerlang sekali. Ouh, gitar dan dram tentulah tidak ada.

5) Saya tak mahu komen tentang mutu suara, pitching, vibrato, falsetto, cornetto dan apa jadah benda2 pasal muzik ini. Sebab tak tahu pun. Dan lagi satu sebab saya pun baru pertama kali menonton. Tetapi, personally saya suka kumpulan Mujahideen. Jangan tanya┬ákenapa sebab saya pun tak tahu kenapa. Yang pasti, ini saja satu2 nya kumpulan yang buat saya khusyuk dan terpaku mendengar. Yang lain2 itu, saya dengar juga lah tapi dengar sambil berposing┬á tangkap2 gambar dengan Mel.­čśŤ

6) Montaj pasal MAKNA itu memang ‘tangkap’ ke jiwa. Syahdu. Sebak. Tersentuh. Siapa yang buat montaj itu, kudos! Kamu telah menusuk jiwa saya seperti tusukan sembilu tajam. Aduh!

7) Saya tidak pasti adakah trend atau apa untuk kumpulan nasyid mempunyai nama yang ada double-meaning. Maksudnya, kita tak tahu betul2 apa makna sebenar nama kumpulan mereka. Sebab mereka dah bahasa Inggeris kan nama itu tapi bunyi pula macam Melayu pun ada. Sebagai manusia yang suka berfikir benda remeh temeh, penat juga saya habiskan kapasiti otak untuk figure-out apa sebenarnya maksud di sebalik nama kumpulan mereka.

Antara kumpulan2 itu ialah:

1) In-Team – Ada kah maksudnya “in a team” atau dalam bahasa Melayu nya adalah “Di dalam kumpulan?” atau pun “Intim” seperti sebagai sahabat ‘intim’?

2) UNIC – Ini pun satu lagi. Adakah maksudnya “You and I See” atau pun “unik”

3) Now-See-Heart -“Sekarang Lihat Hati” (kalau sekarang lihat hati, sebelum itu dia suruh lihat apa tidaklah pula saya pasti) atau pun dia sebenarnya mahu membawa maksud “Nasihat” tetapi dengan ejaan yang lebih hip dan cool.

Antara kumpulan nasyid UTP yang menggunakan konsep yang sama ialah:

4) In-Saff – Mungkin terpengaruh dengan In-Team. Ini pun saya kurang pasti maksudnya “di dalam saf (untuk solat jemaah)” atau pun “insaf” yang selalu orang insaf dan mahu bertaubat itu.

5) Read-One – “Baca satu” atau pun “Ridhuan”?

Kerana itu secara peribadi saya lebih menggemari nama-nama yang bunyi nya memang islamik atau arabik dan ada maksudnya. Maksud nama itu pula indah, jelas dan nyata. Tidak keliru untuk kita main teka-teka.

1) Raihan – harum atau wangi

2) Rabbani – arif dan soleh

3) Hijjaz – Bersih (makna bagi perkataan “Hijazi”)

4) Saujana – luas (macam ‘saujana mata memandang’)

5) Mujahideen – Pejuang Islam. ( ya, nama kumpulannya juga menyumbang kenapa saya suka kumpulan ini)

Ah, tapi itu hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Mungkin bagi sesetengah orang apa lah yang ada pada nama. Kalau nama sedap pun, menyanyi tak sedap tak ada guna kan?

Cuma saya rasa, persepsi sesetengah orang bahawa semua nama yang di-Inggeris-kan itu laku dan boleh dijual perlulah diubah. Sebab bahasa kita sendiri itu sudah cukup sempurna dan molek sifatnya. Kalau guna bahasa Arab yang juga Bahasa Al-Quran untuk sebuah kumpulan yang menyanyikan lagu-lagu ketuhanan, tentulah lebih2 molek lagi kan?

Ok.

Cukup tentang nama kumpulan. Saya juga ada tangkap beberapa gambar. Layan kan saja lah.

Ouh ya, ironinya, walau pun tiket adalah percuma, tetapi saya habis hampir seratus malam itu. Kerana membeli lima buah buku2 agama yang sungguh banyak terjual di booth di luar itu. Saya ter’sawan’ sekejap sebab tengok banyak betul buku hasil tazkirah Nik Aziz sampai tak tahu nak pilih mana satu. Akhirnya saya borong 3 sekaligus. Ouh, tamak haloba betul! Huhu….

dsc01006

dsc01013

dsc01019

nak tayang spek baru warna pink. (^_~)
nak tayang spek baru warna pink. (^_~)

Malam Inspirasi Seni dah pergi. Now Euphonious anyone?

*hari tu nak beli tiket tetapi tak ada member nak teman. Isk, sedih…┬á┬á:(┬á┬á (ayat-memohon-belas-simpati-dengan-harapan-ada-org-nak-teman-dan-belanja-tiket-sekali-hi-hu*)

 
1 Comment

Posted by on March 24, 2009 in Pengalaman, Sekolah

 

One response to “Entri ini terinspirasi dari Malam Inspirasi Seni.

  1. sunyi hati

    March 25, 2009 at 10:53 am

    emm.. SAYA juga tak suka nama/perkataan yg dicampur2 bahasa melayu-inggeris tu..rasanya tu cuma terikut-ikut saje.. Nama Raihan sedap di sebut dan sejuk di dengar.. huhuhuuu…

    cik sue..”mengorbankan” satu ratsu ringgit utk membeli buku agama/ilmiah tidak dianggap tamak haloba.. hehehe.. (^.^)

    p/s : rindu juga mahu dengar lagu2 nasyid..insaf..­čÖé

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: