RSS

Jiwa yang puitis lahir dari hati yang sedang menangis. (ahaha! asal boleh rhyme layankan jer lah!)

19 Mar

Dia kata “Terasa seperti sayap aku patah sebelah. Aku kini tidak berdaya untuk terbang tinggi. Hanya mampu duduk di bumi merenung ke langit dan mengharap akan munculnya pelangi.”

Dia yang lain pula kata ” Sayang, gadis baik yang mencintaimu setulus hati itu sudah mati. Tidakkah kau ingat? Kau yang membunuhnya malam tadi?”

Dia yang lain lagi kata “Dia bawa aku. Terbang mengejar mimpi. Tiba-tiba dia jatuhkan aku dari tempat tertinggi. Sakitnya hati ini macam menelan bara api.”

Mereka-mereka ini adalah manusia biasa. Cuma nya, secara lahiriah mereka ada lah manusia teknikal. Yang cenderung menggunakan otak kiri. Yang saban hari bermain dengan formula matematik. Rumus, persamaan kimia, heat integration, partial derivation, law of thermodynamics, dan macam-macam lagi benda-benda yang nampak macam rumit.

Tapi, mereka tetap manusia biasa. Yang punya hati dan perasaan.

Bila hati dan perasaan itu dihancurkan, tiba-tiba mereka menjadi bijak sekali berbahasa. Dan bahasa itu pula walaupun penuh luka, tetapi indah-indah belaka.

Jadi teori saya adalah, putus cinta mampu mengeluarkan jiwa puitis dalam diri seseorang, walau seteknikal mana pun pemikiran dia… Kerana tidak ada bahasa atau ‘term’ teknikal yang mampu menggambarkan sesuatu yang sekompleks seperti persoalan tentang cinta…kan?πŸ™‚

p/s 1: bila kawan saya keluar ayat begitu padahal dia seorang yang ber’otak kiri’, saya macam ternganga sekejap. heh!πŸ˜›

p/s 2: ramai betul teman yang putus cinta sejak akhir-akhir ini. anehnya, pada masa ini juga lah ramai teman yang mendirikan rumah tangga. saya pun tak pasti graf manusia putus cinta adakah berkadar terus dengan graf manusia yang membina masjid? hurm…

p/s 3: ah, tentang cinta lagi. nak buat macam mana. saya tulis blog ini secara spontan. apa yang terlintas di fikiran, itu lah yang saya tulis. maaflah kalau bosan. pergi lah layan af7, tengok diari diorg. macam best jek.πŸ™‚

p/s 4: google masih tak boleh nak masuk. carian yahoo tak bagus langsung. lain yang dicari, lain yang keluar. tertekan betul!πŸ‘Ώ

 
7 Comments

Posted by on March 19, 2009 in bahasa, Bebelan saya, Peribadi, Teman

 

7 responses to “Jiwa yang puitis lahir dari hati yang sedang menangis. (ahaha! asal boleh rhyme layankan jer lah!)

  1. sunyi hati

    March 19, 2009 at 11:33 am

    huhuhuuu..
    orang tua kata, rambut sama hitam.. hati lain-lain..
    orang muda kata, otak kiri otak kanan, hati sama juga…

    (ehh..!! ada kena mengena ke..?)

    hehehehee…

    cik sue citer la lagi pasal cinta.. SAYA suka baca.. (^.^)

     
  2. amirahsyuhada

    March 19, 2009 at 2:04 pm

    ahh..cinta itu datang tanpa diminta, cinta itu juga kan menghilang saat kita meminta-minta. err..kena ke dengan entry..hehe.

     
  3. kak Lily

    March 19, 2009 at 4:30 pm

    Menariknya tajuk entri…ya! layankan aja hahaha!

     
  4. kel@mbu

    March 21, 2009 at 8:59 pm

    secara tak sedar golongan otak kiri memang secara automatik akan balance-kan otak kanannya.

    contoh. tun m pandai bertukang.

    jadi tak hairan si otak kiri ni berminat atau berbakat dengan perkara-perkara yang ada unsur ‘fine’ ni. heheh.

     
  5. me

    March 21, 2009 at 10:49 pm

    talk bout luv…??
    erm~

    nice blog!!

    ~sje lawat

     
  6. sUe

    March 24, 2009 at 10:16 pm

    sunyi hati:takpe2..ada kena mengena tu..haha!;)
    terima kasih sbb suka baca…nanti saya buat satu buku pasal cinta saja..ahaha!πŸ˜›

    amirahsyuhada: kena..kena..heheheπŸ™‚

    kak lily:terima kasih sebab sudi melayan tajuk yang entah apa apa itu…hehe

    kel@mbu: tun M pandai bertukang?wooo..tak tahu pun. yg saya tahu dia pandai juga buat sajak. Sajak Melayu Mudah Lupa itu memang tak boleh lupa sampai bila2..heh!

    me: thanx!πŸ™‚

     
  7. Neruee pas

    September 14, 2012 at 12:19 am

    Keren abis!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: