RSS

Kenapa saya teruja minggu ini?

15 Mar

Eh saya tengah teruja nih. Jadi bila teruja, saya memang akan tulis panjang-panjang. Sama juga macam bila saya tengah marah. Jadi, siapa2 yang tak suka baca tulisan yang panjang dan mungkin membosankan, boleh klik tanda ‘pangkah’ belah kanan atas di skrin kamu itu ya?

Teruja pertama:

Saya dah beli mp3 baru. Hoyehh!!😀

Sebelum ini mp3 yang saya ada itu telah dikebas orang masa cuti semester tempoh hari. Loker saya telah dikopak oleh entah siapa makhluk durjana dan mencuri dengan rakusnya mp3 kesayangan saya. Sungguh keji sekali makhluk itu. Saya sumpah dia menjadi katak puru. Grrr….😡

Oleh itu, semalam saya telah membeli satu mp3 baru untuk menemani saya bila kebosanan berseorangan di dalam lab. Saya berasa sungguh gembira kerana boleh mendengar lagu Get Up dendangan Chamillionaire  sambil berjoget2 seorang diri di dalam lab blok lima yang sunyi sepi itu.

Oh sungguh bahagia~😀

Teruja kedua:

Saya sudah menonton Geng…Pengembaraan Bermula pada hari Rabu lepas. Cerita nya menarik. Tidak membosankan. Saya asyik ketawa saja tak henti-henti.

Saya rasa jika tiada Upin dan Ipin, tentu ceritanya tidak semenarik mana. Dua budak botak itu lah penyeri suasana. Saya suka bila Upin (ke Ipin?) menangis di babak akhir kemudian si Ipin (ke Upin?) tegur “Eh, jangan menangislah. Buat malu jer!” tapi padahal dia pun sama tengah berjurai-jurai air mata. Heh!🙂

Walaupun ceritanya seperti ‘tak ada logika’ (bak kata kakak angkat saya, Agnes Monica), tetapi itu mungkin untuk menunjukkan bahawa animasi Malaysia juga mampu untuk bersaing dengan animasi negara luar. Dengan ular besar, king kong (saya teka saja. saya tak pasti ini binatang apa sebenarnya), dan benda macam lintah besar ke hape entah, memang imaginasi diorg ini sungguh tinggi di luar jangkauan.

Saya harap cerita ini masih ada di pawagam minggu depan. Sebab saya mahu bawa adik2 tengok. Mesti diorang pun akan teruja macam kakak diorg. yang dah besar panjang tapi still suka tengok cerita kartun ini.

header013

Teruja ketiga

Untuk kali kedua nya, saya telah pergi ke Moven Peak. Dengan Mel dan Wan. Kalau sebelum ini, saya pergi untuk berbuka puasa dan mengakibatkan kami semua makan tak ingat dunia, kali ini, kerana belajar dari pengalaman pertama, saya mengambil sedikit sahaja bahan-bahan untuk steamboat.

Itu pun, saya masih tersangat kenyang (cuma tidak sekenyang kali pertama dulu).

Saya paling suka ais krim peach nya. Saya tak pernah jumpa ais krim perasa itu di mana-mana pun di Malaysia ini. Hairan betul. Di mana lah diorg dapat ais krim itu? Rasa seperti mahu pergi lagi hanya untuk makan ais krim itu saja. Tapi, sungguhlah tak berbaloi bayar rm30 hanya untuk makan ais krim perisa peach itu saja.

Tapi, serius. Ais krim dia memang sedap gila nak mati. Eh, tengah menulis ini pun, tiba-tiba kecur air liur  terbayang kan ais krim itu. Isk!

me&mel
muka malas nak bergambar.sbb wan main2 tangkap gambar.huhu.

Teruja keempat

Untuk kali pertama dalam hidup, saya dah pergi ke Malam Inspirasi Seni.

Bab ini banyak benda nak dicerita, diulas, dan dikongsi. Jadi, nantilah. Saya buat satu entri lain pasal ini.

Teruja kelima

Ouh, yang ini pun kena buat satu entri lain. Panjang kot kalau nak letak dalam ini sekali.

Ok. Dah siap karangan yang bertajuk ‘kenapa saya teruja minggu ini?’ yang tak lebih dari 1000 patah perkataan. Orait, boleh tidur. Eh, esok ada test lah. *tepuk dahi*. Satu apa pun tak baca lagi nih!

Alamak, matilah beta.😐

Ah, apa-apa pun tidur dulu. Lepas tidur, otak dah fresh, baru boleh studi. Kan? (heh, alasan!)😛

 
Leave a comment

Posted by on March 15, 2009 in Bebelan saya, Filem, Saja Mengada

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: