RSS

Dialog dengan seorang pencinta wanita.

14 Mar

“Kau tahu apa alasan dia mahu break up dengan aku?” katanya, sambil menolak sedikit  bingkai cermin mata nya yang makin melorot ke bawah.

“Apa?”

“Dia dah jumpa orang lain…”

“Ouh…” itu saja yang terkeluar dari mulut saya. Apa lagi yang mahu dikatakan. Kerana sungguh, itu lah penyebab maha kejam untuk berlakunya sesuatu perpisahan. Kerana orang ketiga.

Masing-masing terdiam. Bisu. Kelu. Kaku. Dan hanya mampu menyerah pada hening suasana.

“Apa kurangnya aku?” tanya dia lagi, memecah sunyi.

“Mana lah aku tahu. Kau tanya lah ex kau tu. Apa kurang nya kau berbanding pakwe baru dia tu…” jawab saya.

“Dah…dia ckp lelaki tu lebih tinggi. Lebih gelap. Bodoh bangang punya alasan!! ” katanya, marah. Sambil menarik2 rambut macam orang kena sawan.

“Hahahaha!!!” gelak besar saya jadi nya. Jika tadi ‘orang ketiga’ ada lah alasan maha kejam, maka nya alasan ini – org ketiga itu lebih tinggi dan gelap – adalah alasan maha bodoh dalam dunia. Kenapa perlu kerana rupa paras dan fizikal? Masa bercinta dulu tidak pula kamu hairan dengan fizikal nya yang serba kekurangan itu. Hairan.

Saya memandang sekilas. Walau dalam gelap malam, hanya ditemani lampu jalan yang membias dan memantulkan wajahnya melalui cermin kereta, kulit sahabat saya itu memang semulajadi cerah. Lebih cerah dari saya. Cemburu pula saya. Apa produk pencerah kulit lah yang dipakai agaknya? Monolog saya sendiri.

“Itulah kau…sapa suruh kau cerah sangat. Perempuan kan suka lelaki yang gelap sikit. Konon nya lebih kelelakian. Lepas ni kau kena mintak jadi askar lah weih. Bagi gelap sikit. Ahahaha” saya cuba berseloroh tetapi disambut dingin saja oleh dia.

Oh, cubaan saya membuat lawak bodoh tidak menjadi. Tak apa lah, cuba lagi. Kata saya memujuk diri sendiri. Huhu.

Sahabat saya itu masih lagi diam. Merenung ke luar tingkap kereta. Melayan perasaan nya sendiri. Wah, ini betul2 sedih nih! Bisik hati kecil saya.

“Lepas dua tahun, aku still tak boleh lupa kan dia. Tengok cheeseburger McD teringat dia. Tengok fries teringat dia. Tengok beg warna pink teringat dia. Tengok tudung warna krim teringat dia. Gila lah macam ni!!” dengusnya, antara marah, kesal dan kecewa.

“Ah, semua org melalui benda yang sama lah weih. Kenangan memang susah nak lupa. Either kau cukup kuat untuk ignore kenangan itu atau kau mahu terus-terusan tenggelam dlm air mata, meratapi dan menangisi cinta yang dah pergi.. Sesekali kau boleh berfantasi, tetapi lama-lama, kau kena kembali ke alam realiti.” Wah…memandai2 pula saya memberi nasihat. Rasa macam cik sri siantan pun ada. Heh heh.😉

“Kau tak faham. Kau perempuan lain. Perempuan memang nalurinya lemah. Jadi, kalau perempuan menangis sebab break up itu benda biasa. Tetapi, lelaki lain. Kalau ada lelaki yang masih sedih lepas dua tahun berpisah, itu memang lah maknanya lelaki itu betul2 sayang gila babi sama ex dia….” kata nya panjang lebar.

Eh, mana boleh begitu. Kalau nama perempuan, bersedih itu adalah normal. Sebabnya kami lemah. Wah, itu seksis bunyinya. Sedangkan tidak kira jantina apa, tak ada siapa pun mahu bersedih. Semua mahu gembira2 saja.

“Eh kau silap. Kami perempuan memang akan bersedih bila break up. Semua orang macam itu lah. Tapi, mungkin kerana lelaki jarang setia dan diorg boleh move on bila2 masa, jadi bila ada lelaki macam kau ini…yang masih sedih dan setia, orang akan pandang macam agung gila lah cinta lelaki itu.”

Saya menyambung lagi ” Padahal untuk perempuan, masih sedih dan setia itu perkara biasa. Ahh…macam chef lelaki lah. Bila memasak, semua orang rasa kagum nak mampus. Padahal benda memasak itu, kami orang perempuan ini dah lama dah buat…” Haa…kan dah naik semangat feminis saya.

Dia diam. Cuba menghadam. Kemudian mengangguk sedikit.

“treet treet” bunyi mesej masuk.

“Weh, aku kena balik arh. Bini aku dah marah keluar lama sangat.”

“Huh? ‘Bini’?” tanya saya.

“Ouh, ada sorg awek ni. Aku tgh dalam proses nak buat dia jadi ‘bini baru’. Kita tengok lah dapat ke tak…hehe. Aku balik dulu. Bye2.”

Jejaka yang tadi nya bukan main bersedih akibat kecewa cinta lama itu dan kini sudah pun mempunyai calon ‘bini baru’ itu pun membuka pintu kereta.

Jejaka yang tadi beriya2 berkata betapa sayang gila babi nya dia pada bekas kekasih tetapi sekarang sudah move on kepada calon kekasih baru itu pun melangkah pulang.

Dan perlahan-lahan, apa yang dikata kan ‘simbol pencinta agung’ itu pun hilang. Bayang-bayangnya makin kelam. Ditelan kegelapan malam.

Dan sayup-sayup lagu dendangan Irwansyah berkumandang di telinga.

Aku memang pencinta wanita…

Tapi ku bukan buaya…

Yang setia pada seribu gadis…

Lalalala…(part ini dah tak ingat lirik…ahaha!)

 (Edited: Eh dah ingat balik:)

“Ku hanya mencintai dia…….”

**********

Ini cerita separa fiksi. Antara saya dan seorang sahabat bernama Abu*. Saya kata kan separa fiksi kerana ada dialog yang saya potong sebab terlalu panjang. Dan ada juga yang saya tambah sesuka hati  untuk menyedapkan cerita.

Saya mahu ulas lagi pasal ini sebenarnya. Tapi nanti lah. Bila rajin. Entri ini pun sudah terlalu panjang. Dan saya pun sudah penat menaip dan memerah otak mencari diksi.

Ok. Dah mengantuk. Nak tidur sekejap. Orang kata tidur sekejap lepas zuhur itu sunnah Nabi. Ke sebelum zuhur? Tak ingat. Ahh..tak kisah lah. Tidur saja lah.

Babai.

 

Nota *: saya namakan dia Abu sebab nama ini dah makin pupus. Dah tak ramai nama Abu. Kalau ada pun cuma diberi pada beruk dan monyet peliharaan saja. Jadi, ini kononnya cubaan saya untuk menghidupkan kembali nama Abu supaya tidak pupus ditelan zaman. Heh!🙂

 
7 Comments

Posted by on March 14, 2009 in Bebelan saya, Manusia, Teman

 

7 responses to “Dialog dengan seorang pencinta wanita.

  1. amirahsyuhada

    March 15, 2009 at 2:49 am

    Abu, teringat saya pada watak dalam filem KAMI, ada Abu, ada Ali, entah atau saya yang silap.hehe. Tapi, hmm…doakan sajalah lelaki tu boleh move on. Tapi juga, rasanya, ya dia cuba move on, tapi ex dia tetap jadi latar belakang (background) hidup dia.

     
  2. una

    March 15, 2009 at 8:00 pm

    men are s**k!! siyesss…~
    sesuka ati je ubah2 hati..
    dem~
    -away emo2-

    P/s:hahaha~~
    best giler komen emo cenggini kan??
    nk buat lagi laaa~~~

     
  3. sUe

    March 16, 2009 at 12:59 pm

    amirahsyuhada: saya belum tengok lagi cerita KAMI. Tapi rasanya memang ada nama Abu dalam tu.🙂

    ya, obviously lelaki itu dah move on. cuma agak kelakar bila dia beriya-iya cerita pasal bekas kekasih. ingatkan masih setia lah, tapi rupa nya dah ada yang baru.

    saya tak salahkan dia. dia ada hak untuk move on. terus-terusan melayan rasa sedih dan kecewa pun tak bawa untung apa sebenarnya…hurm~

    una: eh una, rilek222…jgn emo222…huhu. kawan kak sue tu tak salah. bekas kekasih dia tu yg berubah hati dulu. kak sue tulis di sini sebab hairan dia bersungguh2 cerita psl bekas kekasih tp rupanya dah ada yg baru.

    rs cam kontra sedikit tindakan dia tu. tp, apa2 pun mmg bagus lah sbb dia dah move on.

    una pun jgnla sedih2 lagi yer?😉

     
  4. ropi

    March 16, 2009 at 1:23 pm

    “Itulah kau…sapa suruh kau cerah sangat. Perempuan kan suka lelaki yang gelap sikit. Konon nya lebih kelelakian. Lepas ni kau kena mintak jadi askar lah weih. Bagi gelap sikit. Ahahaha” saya cuba berseloroh tetapi disambut dingin saja oleh dia.

    really? gelap? suke?

    nice

     
  5. sUe

    March 17, 2009 at 11:23 am

    err..tak semua perempuan suka yang gelap. ada jugak yg suka guys yang berkulit cerah. ikut lah taste masing-masing.

    ayat itu sebenarnya saja mahu memprovokasi kawan saya tu. heh heh.🙂

    apa lah yang ada pada warna kulit. appearance just skin deep. look deeper. eceh!😉

     
  6. sunyi hati

    March 17, 2009 at 12:26 pm

    geramnya baca kisah Abu ni…!!

    tak kisah kalau nk move on dgn “bini baru” pun.. tapi boleh tak, tak payah BERLAKON kononnya tak boleh lupakan kekasih lama.. blaahhhh arrrr…!!

    nyanyi lagu ni untuk Abu..

    “kasih yang dulu tinggal dalam mimpi.. kasih yang baru simpan di hati..”

    hehehehe…

     
  7. kel@mbu

    March 17, 2009 at 5:59 pm

    hati dn perbuatan lelaki mmg slalu x sinkronais.. haha

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: