RSS

Brokeback Mountain

08 Mar

24-383brokeback-mountain-posters

Ok.

Saya baru lepas menonton Brokeback Mountain (Gunung Belakang Pecah – bak kata cik Tuan Tanah). Tatkala menonton filem ini saya terpaksa menyerongkan sedikit skrin laptop dari dilihat oleh roomate supaya dia tidak menganggap saya ada lah gadis horny yang sedang menonton filem porno. Huhu.

Sebenarnya, saya tidak berminat pun mahu menontonnya kerana selepas membaca sinopsis dan ulasan tentang filem ini, saya rasakan mungkin ia tidak berapa sesuai untuk ditonton oleh ‘kanak-kanak inesen’ macam saya. hee hee hee…:mrgreen: (gelak malu-malu taik kucing)

Tetapi, setelah menonton Los dan Faun (cerita ini kelakar gila. memang best arh!), ada satu part yang ayah Faun lihat anak nya macam koboi gay lepas tengok Brokeback Mountain (part ini saya gelak tak hengat.), membuatkan saya tiba-tiba teringin pula menonton filem ini.

Ouh, rupa nya tidak lah ada apa-apa sangat pun. (ceh, bunyi macam kecewa jek…ahahaha!) Tak, tak…saya takdelah kecewa ke apa. Saya cuma rasa filem ini terlalu digembar-gemburkan pasal homoseksualiti nya hingga inti sebenar filem ini iaitu tentang cinta, keluarga dan persahabatan seolah-olah terabai dan tertolak ke tepi.

Saya simpulkan filem ini adalah filem cinta. Bukan filem porno. Bukan filem seks. Tetapi tentang bagaimana sakitnya menjalin cinta terlarang.

Walaupun saya masih tidak dapat menangkap idea bagaimana dua manusia yang sama jantina boleh jatuh cinta hingga sebegitu sekali (mereka bercinta selama 20 tahun!), dan bukan demi seks semata2 kerana ini melibatkan juga emosi, tetapi saya terpaksa juga memuji lakonan kedua2 pelakon utamanya Jake Gyllenhaal dan Heath Ledger. Mereka berlakon sebagai pasangan gay yang sedang deeply in love dengan berkesan sekali.

Dan satu benda yang saya baru sedar setelah menonton filem ini ialah forbidden love can also be an addiction. Walaupun sedar itu adalah terlarang, tetapi mereka tetap buat. Guilty pleasure bak kata orang putih.

Seperti kata Jack Twist ” I wish I knew how to quit you.”

Kesimpulannya: jangan main api. kalau tahu benda itu terlarang dan bahaya, jangan sekali2 nak cuba. sebab kalau dah terperangkap, susah nak keluar. and this applies to all  aspects in life. macam rokok, dadah, arak, cinta suami orang, homoseksual, etc.

p/s: menonton filem ini yang ada banyak kambing biri2 di dalamnya, saya teringat kawan saya, As. Dia guna bulu kambing biri2 sebagai projek tahun akhir pasal adsorbent untuk serap minyak ke ape entah. Berdekah-dekah saya ketawa bila dapat tahu kambing biri2 yang atuk dia bela terpaksa di’togel’kan untuk projek itu.

“Habis tu apa reaksi kambing tu As lepas kena cukur bulu?”

“Mula2 dia malu2 la….sebab dah seksi kan….kambing2 lain tengok pun pandang slack jek kat dia” kata As bersahaja.

Adeh, kesian kambing itu. Tak pasal2 jadi social outcast. Ahah!

 
4 Comments

Posted by on March 8, 2009 in Filem

 

4 responses to “Brokeback Mountain

  1. amirahsyuhada

    March 9, 2009 at 11:46 pm

    ya betul, saya pun suka filem brokeback mountain tu. Terasa berkesannya cinta mereka,sampai saya pun hampir menitis airmata untuk mereka. Saya ingat saya seorang yang rasa begitu, rupanya i am not alone, hehe, apa kes jiwang plak ni..hehe.

     
  2. sUe

    March 10, 2009 at 2:02 am

    amirahsyuhada: hehe…takpe2…bukan awk sorg je jiwang,saya pun jiwang tgk cite ni..hehe😉

    amazed jugak saya mcm mana cerita pasal gay (which is a definite taboo in our society) masih boleh meruntun perasaan org yg menontonnya. walaupun tahu benda itu berdosa dan haram, tapi pergolakan perasaan dua watak di dalam cerita itu buat saya jadi sayu pula tiba2…huhu.

    tabik pada ang lee juga. sebab berani angkat tema ini.

     
  3. fantgiro afiqah

    June 9, 2010 at 11:30 am

    haii..
    errr… boleh x kalau saya nak beli CD BROKEBACK MOUNTAIN tu???
    saya ada cari kat kedai n online… impossible melainkan kene beli kat eBay..
    saya dok kat hostel, so , susah la nak beli kalau taim sampai kene kat tangan mak n apak..
    fuyoooo… mau kene penampaw jepun…
    tapi… saya betol2 nak tengok sangat-sangat~
    kalo boleh, tell me eK??

    fantgiro@hotmail.com

     
    • sUe

      June 15, 2010 at 11:18 am

      hai…
      ouh sorry. brokeback mountain itu sy download di internet. bukan beli cd.
      skrg filem itu pun sy dah delete dari harddisk.
      sorry yer?
      p.s: mungkin awk boleh try cari dan download di internet, kalau2 ada.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: