RSS

Ayah, manusia pertama yang mengajar saya tentang hati.

05 Mar

Saya membaca lagi Laskar Pelangi. Sungguh! Saya tak jemu membacanya. Tiba-tiba saya terhenti di bahagian ketika Lintang bertanya soalan matematik kepada bapanya yang buta huruf.

“Ayahanda, berapakah empat darab empat?”

Lelaki cemara angin itu mundar-mandir. Cuba memikirkan jawapan sebenar sebelum perlahan-lahan keluar dari pintu belakang dan kemudian lari lintang pukang bertanyakan orang kampung akan jawapan kepada persoalan anaknya.

Dia masuk semula dengan tercungap-cungap.

“Empat belas anakku. Empat belas!” Jawabnya yakin. Rupa-rupanya dia terlupa akan jawapan sebenar setelah sampai ke rumah. Yang diingat ada lah empat belas. Iaitu bersamaan dengan empat belas mulut yang perlu diberi makan dan memerlukan penjagaannya.

Babak itu buat saya tersentuh. Dan tersedar. Betapa seorang ibu atau bapa akan melakukan apa saja untuk menjawab soalan anak nya. Walau pun dia sendiri tidak tahu. Begitu juga jika anak nya bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali. Dia tetap akan menjawab, tanpa jemu tanpa bosan tanpa henti. Masih ingat iklan “Burung apa? Burung murai nak…” dari Petronas?

Perkara ini mengembalikan kenangan saya kepada ayah sendiri. Ketika itu usia saya 5 tahun. Saya sedang membaca sebuah buku cerita. Entah apa tajuknya saya sudah lupa.

Di dalam buku itu, ada perkataan “berkata dalam hati”.

Contoh:

“Ah, kura-kura lambat lagi. Baik aku tidur sebentar.” Sang arnab berkata dalam hati.

Oleh kerana saya tidak tahu apa maksudnya, saya pun bertanya pada ayah. “Ayah, ‘berkata dalam hati’ tu macam mana?” sambil menunjukkan buku cerita yang ada ayat itu.

Ayah garu-garu kepala. Dia ambil buku itu. Ditatapnya ayat itu, lama sambil berfikir jawapannya. Lalu dia berkata “Berkata dalam hati tu maksudnya macam ini. Kita tak bercakap dari mulut. Tapi dalam hati.”

Saya keliru. Mana mungkin hati boleh bercakap? Hati mana ada lidah?Hati mana boleh mengeluarkan suara?

Ayah cuba menzahirkan maksudnya. Dia cakap ” Berkata dalam hati tu macam ini…” Lalu dia diam sahaja. Merenung buku itu. Lama. Lama. Lama.

Lepas beberapa detik…. “Haaa…macam itu lah!” Kata ayah sambil serahkan kembali buku itu pada saya. Saya terima dengan dahi berkerut-kerut tidak faham.

Lepas itu saya pergi pada kakak yang ketika itu berumur 6 tahun. Dengan bangganya saya beritahu dia “Akak, tahu tak kita boleh berkata dalam hati??”

“Macam mana?”

“Macam ini…” Saya ambil buku itu. Buka mukasurat yang ada perkataan itu. Lalu saya diam sahaja. Merenung buku itu. Lama. Lama. Lama.

Lepas beberapa detik… “Haaa…macam itu lah…” kata saya sambil mengukir senyuman ala seorang-adik-yang-eksyen-sebab-lebih-pandai-dari-kakak nya.🙂

Kakak pandang saya. Dahi berkerut tidak faham. Lalu dia cakap “Alah, tak delah best sangat pun ‘berkata dalam hati’ itu.” lantas berlalu pergi meninggalkan saya terkulat-kulat seorang diri.

Beberapa tahun selepas itu, baru lah saya faham. Perbuatan ‘berkata dalam hati’ itu adalah sesuatu yang tidak perlu diajar atau dipelajari pun sebenarnya. Ia adalah fungsi automatik manusia. Seperti mengedipkan mata atau menghayun tangan ketika berjalan atau menguap ketika mengantuk. Automatik. Spontan. Tanpa sedar. Tak perlu pun untuk belajar atau diajar.

Tetapi, sebagai seorang ayah, seperti juga lelaki cemara angin di dalam novel Laskar Pelangi, tetap akan menjawab soalan anaknya. Walau betapa absurd pun soalan itu dan dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.

Terima kasih ayah. Sekurang-kurangnya ayah mencuba.🙂

**********

Entri ini sempena hari jadi ayah hari ini. Saya mahu buatkan satu entri khas tentang ayah sahaja. Tetapi, idea itu masih beku dan tidak mahu keluar. Jadi, entri ini saja lah yang terfikir di cepu minda kala ini.

Selamat Hari Jadi ayah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. 

Ayah, sekarang adik sudah tahu apa itu ‘berkata dalam hati’.

Dan sekarang, hati adik sedang berkata “adik sangat sayangkan ayah…terima kasih atas segala-galanya…”🙂

me&dad

*penulis bersama ayahnya yang dipercayai lebih kacak dari George Clooney dan lebih macho dari Pierce Brosnan.:mrgreen: (ahh…biar arh…gua nak puji gak ayah sendiri. tak kire!😛 )

 
7 Comments

Posted by on March 5, 2009 in famili, Nostalgia, Peribadi

 

7 responses to “Ayah, manusia pertama yang mengajar saya tentang hati.

  1. kay-n

    March 5, 2009 at 12:22 pm

    hahaha~~cute2..
    .
    .
    .
    .
    (tgh berkate dlm hati)

    =pp

     
  2. sUe

    March 5, 2009 at 2:57 pm

    kay-n: haha… tenkiu.😛
    :
    :
    :
    :
    (tgh berkata dlm hati jugak…😀 )

     
  3. amirahsyuhada

    March 5, 2009 at 8:12 pm

    yang saya ingat, ayah saya ajar saya apa maksud ‘gertak’. Dan masa itu saya sangaka ayat itu bahasa jawa, sebab ayah saya jawa. Rupanya ia tetap ada dalam perbendaharaan kata melayu. Masa tu saya baru berumur 4 tahun.

     
  4. zetty

    March 5, 2009 at 8:23 pm

    happy birthday ayah kak sue!!!
    =)

    (ucap dalam hati ni)
    =p

     
  5. sUe

    March 7, 2009 at 3:11 am

    amirahsyuhada:masa umur2 macam itu macam2 benda nak tanya. macam2 benda nak tahu kan? otak tgh aktif.

    eh habis itu mcm mana ayah awk terangkan maksud gertak? kdg2 benda2 yg abstrak ni susah sikit nak terangkan.huhu.

    zetty: ayah kak sue ckp, ucap kat mulut ke kat dalam hati ke still kena bagi hadiah. heh heh😛

    anyway,thanx zetty…🙂

     
  6. inz

    March 8, 2009 at 9:41 pm

    hehe…

    selamat hari lahir utk ayah kak sue!

     
  7. sUe

    March 10, 2009 at 1:55 am

    thanx nabila!🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: