RSS

Tag-mengetag

04 Mar

Saya telah di tag oleh Uena dan Ropi. Oleh kerana kedua-dua tag ada lah sama, jadi saya buat sekaligus. Killing two birds with one stone – bak kata En Mat Salleh.

#1. describe 10 things about the person who tag u

Tentang Mr Ropi:

1. seorang lelaki
2. bekas pelajar UTP
3. bekas admin k5
4. bekas admin DC++ juga
5. seorang yang diam dengan orang asing tetapi adalah bising dengan rakan-rakan.
6. pernah meminati kumpulan wanita hot dari Jepun iaitu Morning Musume.
7. chatter tegar di channel #hello project
8. bekas tokan (tokan apa saya kurang pasti…)
9. bekas pemain ragbi
10. suka merancang dengan terlampau teliti sehingga kadang2 yang dirancang itu tidak menjadi.

Sekian tentang Mr Ropi. Mahu mengenali dia dengan lebih lanjut, sila lah ke blog nya.(yang bulat-bulat saya salin dari situ…he he :) )

Kemudian, tentang Ms Uena pula.

1. seorang perempuan
2. anak kedua dalam keluarga.
3. handal memasak. (serius tak tipu!siapa cakap org utara pemalas dan tak tahu masak memang lah berada dalam kesesatan yang nyata. huhu!)
4. susah mahu marah pada orang lain. kalau marah, dia akan pendamkan saja dan tidak tahu meluahkan secara verbal.
5. ada kereta viva yang dihias dengan sangat feminin sekali.(he he!)
6. seorg yg pembersih. di rumah sewa, dia rajin mengemas dan mencuci tandas. (betul kan uena? he he)
7. ouh, dia juga kaki chatter dan kaki forum di k5.
8. suka berjogging.
9. mempunyai seorg ibu yg sungguh peramah (eh, rindu pulak kat mak uena…hi hi hi) dan seorg bapa yg kelakar. (eh, k.sue tak leh ckp rindu kat ayah uena…nanti mak uena jeles…wahahaha!!)
10. bekas pelajar UTP dalam jurusan kejuruteraan kimia major dalam petroleum.

Sekian tentang Ms Uena. Mahu tahu lebih lanjut, sila lah ke blog nya.🙂

#2 Describe 10 things about you.

1. anak kedua dalam keluarga.
2. mengambil jurusan kejuruteraan kimia major dalam alam sekitar
3. penagih coklat. jika 3 hari tidak makan coklat, dia boleh menjadi tidak keruan seperti orang gila meroyan.
4. sangat suka membaca novel (fiksi atau non-fiksi) dan komik.
5. Arwah Sidney Sheldon adalah penulis kegemarannya.
6. truely madly deeply in love dengan Orlando Bloom tetapi kini telah curang dan berpaling tadah menyintai Dev Patel pula gara-gara penangan Slumdog Millionaire.
7. mengalami sindrom selsema sepanjang tahun. Bak kata ayah nya, dia memiliki hidung second hand. (tak apa lah. hidung juga…huhu)
8. tidak pernah aktif bersukan dan tidak tahu bermain apa-apa permainan outdoor kecuali badminton. dia lebih menggemari permainan indoor seperti catur dan computer games.
9. bekas kadet remaja sek0lah yang selalu ponteng kawad.
10. agak feminis dan benci apabila lelaki mengutuk rupa fizikal wanita di hadapannya. memuji tak apa, jangan mengutuk! kamu pun bukan sempurna sangat.

eh tambahan:

11) dia sangat suka tengok perempuan cantik. (adakah ini pelik? harap-harap ini adalah normal dan tidak menggambarkan dia seorang yang punya konflik dari segi seksualiti…huhu)

#3 at the end you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

tidak mahu tag siapa-siapa. mahu simpan tag ini sorang-sorang. Ha Ha Ha!!! :twisted:  (gelak seorang yang tamak haloba dan gila kuasa)

Sekian, terima kasih.

 
3 Comments

Posted by on March 4, 2009 in Tag

 

3 responses to “Tag-mengetag

  1. AyUmi

    March 4, 2009 at 5:35 pm

    eh eh. samalah. saya pon selalu selsema. sejok sikit selsema. kena ekon sket selsema. huhuhu.

     
  2. zetty

    March 4, 2009 at 8:03 pm

    comelnye kak sue describe diri kak sue~hihi

     
  3. sUe

    March 5, 2009 at 2:29 pm

    ayumi: huhu…sama lah kita. payah sungguh kan? especially masa tgh solat. kena pulak masa selsema teruk…seksanya…rasa macam nak cabut saja hidung ni, cuci bersih2, lepas tu pasang balik…huhu.

    zetty: eh comel ke…aiseh, menjadilah kiranya percubaan kak sue utk mencomelkan diri…hahaha😳

    ok,sebab zetty puji kak sue, maka kak sue pun bolehlah nak berkongsi kuasa dgn zetty. jadinya, zetty kena tag. hehe…😛

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: