RSS

Siri berbicara dengan pembaca senyap

04 Mar

Hello kamu di Tampa, Florida.

Siapa kamu ya? Adakah kamu kenal saya atau ada kah saya kenal kamu? (kalau saya kenal, tidak lah saya bertanya kamu siapa kan?) Mungkin kamu adalah ex-schoolmate saya dahulu. Kerana setahu saya ramai juga bekas pelajar sekolah saya yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Atau mungkin kamu ada pertalian saudara dengan saya. Mungkin nenek belah ibu saudara kamu adalah anak saudara kepada nenek belah bapa saudara yang juga adalah adik ipar kepada ibu saya.

Ok. Saya merepek. Sila abaikan. Siapa pun kamu, terima kasih kerana membaca blog saya yang tidak seberapa ini.

Hello kamu di UMP.

Siapa kamu ya? Adakah kamu junior saya atau kawan-kawan saya ketika diploma dahulu dan kini melanjutkan master atau sedang bekerja di UMP? Atau mungkin kamu pensyarah saya dahulu?

Masih ada kah pensyarah-pensyarah saya yang dahulu? Seperti En Syed Mohd Saufi, En Ashaari, Cik (kini Puan) Sunarti dan beberapa pensyarah yang lain? Ouh, saya rindu amat pada mereka semua.

Teringat ketika mereka semua masih bujang dahulu, kami keluar beramai-ramai bermain bowling dan itu ada lah kali pertama dan terakhir saya ber’bowling’. Kerana saya telah memalukan diri sendiri dengan jaya nya kerana menjatuhkan hanya 6 pin sahaja sepanjang permainan. Sejak itu, bowling ada lah permainan taboo bagi saya. Jadi, janganlah sekali2 mengajak saya bermain bowling. Saya lebih sanggup bermain jongkang jongket atau papan gelungsur dari memalukan diri lagi dengan bermain bowling. Uhuk!!

Ouh, berbalik kepada UMP? Apa khabar UMP sekarang? Kampus kekal di Pekan sudah siap atau belum? Bagaimana kondisi cafetaria nya? Harap-harap bertambah baik. Eh, bas Rahmat Alam itu masih wujud atau sudah digantikan dengan syarikat bas yang lain?

Hello kamu di Sungai Petani.

Melihat tempat asal kamu buat bulu roma saya meremang. Saya risau ayah yang membaca blog ini. Kalau kamu bukan ayah saya, tak apa lah. Teruskan membaca jika itu boleh buat kamu bahagia. (eceh!ayat boleh kasi muntah..hehe!)

Tetapi, jika kamu ayah saya, errr…..errr…..tak payah lah baca blog ini. Tak best pun ayah….seriussssss…. Lagi satu, kalau ayah yang baca, harap ayah tahu, adik di sini sihat-sihat saja. Dan apa yang adik tulis ada lah luahan2 di kala kebosanan semata-mata.

Lagi satu, adik tulis blog hanya suka2. Tak ada lah ketagih mana pun. Study tetap prioriti utama. (ah, hipopotamus  krit  la kamu suhaila!)

Sebenarnya saya suka juga melihat feedjit. Mahu tahu manusia-manusia dari mana yang membaca blog comot saya ini. Dan tempat-tempatnya kadang-kadang ada yang saya tak pernah tahu pun akan kewujudannya sebelum ini.

Kamu tahu ada Kota Bharu di Perak? Kamu juga tahu tak bahawa ada tempat bernama Kajang di Negeri Sembilan?

Saya tak  tahu.

Jadi terima kasih feedjit kerana memberi sedikit pengetahuan geografi pada saya…😉

 
7 Comments

Posted by on March 4, 2009 in Bebelan saya

 

7 responses to “Siri berbicara dengan pembaca senyap

  1. amirahsyuhada

    March 4, 2009 at 8:03 pm

    saya rasa feedjit kadangkala tak berapa tepat, kadangkala lah. Ngerikan kalau ayah kita baca blog kita.

     
  2. kel@mbu

    March 5, 2009 at 1:52 am

    Ada jugak rasa tak selesa kalau ada traffic tracker yang jenis rekod nama url blog kita. jadi setiap kali masuk blog orang tu, url blog akan tertulis kat atas sekali. rasa tak best pulak kalau dalam sehari tu kita pergi ke blog orang tu 3-4 kali. rasa macam stalker. jadi, sebab tu saya lebih suka privatedkan traffic tracker. heh.

     
  3. sUe

    March 5, 2009 at 2:42 pm

    amirahsyuhada: ouh, saya pun rasa macam itu. kdg2 tempat2 yg keluar di feedjit itu macam mengarut saja. hehe…

    ouh,memang sangat ngeri kalau ada ahli keluarga yg baca blog ini…rasa macam diorg akan kata “oooooooo…ini kerja kau ya suhaila? asyik main blog saja…patutla pointer macam ______ (isi tempat kosong) ”

    kel@mbu:ouh, bagaimana mahu privatedkan traffic tracker? tetapi, macam mana pula kalau ada org yg guna blog kita sbg tempat transit? maksudnya, dari blog kita dia melompat2 ke blog lain? url blog kita still tertulis jugak kan?

    selalu, kalau blog yg sy memang stalk, saya letak di bahagian favourite. sbb macam yg awk ckp, malu pulak kalau url blog kita appear byk kali kat blog org.

    rasa macam stalker. (walau pun memang stalker…:P)

     
  4. nursakinah abdul rahman

    March 12, 2009 at 5:01 pm

    kak sue..cane nk pastekn feedjit neh kt dlm wordpress ek..skinah xtau nk paste ktne..huhu

     
  5. sUe

    March 12, 2009 at 11:19 pm

    camni:

    click kat get feedjit tu –> copy dia punya html itu.
    bukak mydashboard –> appearance –> widgets
    then ambik text –> click Add –> then Save widget
    lepas tu bukak balik kat Text tadi –> then paste html from feedjit tadi tu –> lepas tu save balik.

    dapat tak skinah?
    try dulu yek?
    kalau tak boleh lagi bagitau kak sue balik…okesh?🙂

     
  6. nursakinah abdul rahman

    March 23, 2009 at 1:17 pm

    hehe..thnx kak sue..
    dapat wat dah..🙂

     
  7. sUe

    March 24, 2009 at 2:45 pm

    tahniah!🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: