RSS

Senjata paling tajam

02 Mar

Mahu tahu bagaimana membunuh orang tanpa menggunakan senjata? Tanpa pisau, pistol, kalashnikov, bom tangan, atau racun arsenik?

Caranya mudah.

Bunuh saja dia dengan kata-kata kamu. Bukankah lidah itu lebih tajam dari bilah pedang?

Cuba lah merungut-rungut tentang seketul jerawat nasi yang baru saja muncul di wajah kamu yang bersih putih mulus kepada seorang kawan yang wajahnya penuh menggerutu dengan jerawat batu.

Cuba lah mengomel-ngomel betapa badan kamu sudah gemuk kepada seorang kawan yang beratnya lebih 50 kilogram daripada kamu.

Cuba lah membebel-bebel betapa leceh nya mahu menjaga kereta Mercedes kamu kepada seorang kawan yang cuma ada basikal sebagai kenderaan seharian.

Mahu membunuh dengan lebih parah?

Cuba lah menceritakan tentang penatnya melayan karenah anak-anak kepada seorang kawan yang sudah berkahwin 20 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Cuba lah bercerita tentang perangai suami kamu yang tiba-tiba menjadi romantik kepada seorang kawan yang masih belum berkahwin walau usia sudah menginjak senja.

Cuba lah merungut-rungut betapa malangnya kamu kerana hanya perlu pointer 0.08 sahaja lagi untuk mendapat 4 rata kepada seorang kawan yang sudah repeat 5 semester kerana asyik gagal dan gagal sahaja kerjanya.

Cuba lah.

Nescaya kamu telah membunuh mereka dengan kata-kata kamu. Dan tentu tidak ada siapa pun waima ahli CSI terhandal seperti Gil Grissom atau Catherine Willows yang dapat meneka kamu lah pembunuhnya

Kerana kamu tidak membunuh mereka secara fizikal tetapi secara dalaman. Dan apa yang mereka rasa adalah seperti pisau belati yang menikam-nikam dan menyiat-nyiat jantung mereka hingga sukar menghela udara.

Atau mungkin sebaliknya, mereka yang berasa seperti mahu menikam-nikam dan menyiat-nyiat jantung kamu sehingga sukar menghela udara.

Salah satu lah.

Sebenarnya , apa ya yang membuatkan kita (tukar ‘kamu’ kepada ‘kita’ untuk peringatan kepada diri sendiri juga) sebegitu sekali tidak prihatin kepada perasaan orang lain? Kenapa kita tegar menjadi seorang yang  begitu inconsiderate?

Mungkin betul kata Tom, kawan gay Bridget Jones “We have to make someone else feel bad to make us feel good”

Tetapi, takdir Tuhan itu sukar diduga. Mungkin suatu hari nanti Tuhan arahkan roda nasib berputar dan tiba-tiba kita berada di titik paling bawah.

Pada masa itu, baru lah kita tahu, bagaimana rasa nya berada di dalam sepatu mereka.

Jika luka di tubuh

Masih ada harapan sembuh

Jika luka di hati

Di mana ubat mahu dicari?

Saya teringat akan pepatah Arab “Lidahmu itu Harimaumu. Maka pelihara dan ikat lah ia supaya tidak mengganas dan melukakan orang lain.”

(Entri ini adalah peringatan kepada diri sendiri. Yang kadang-kadang selalu lupa untuk memikirkan tentang perasaan orang lain.)

 
6 Comments

Posted by on March 2, 2009 in Refleksi

 

6 responses to “Senjata paling tajam

  1. akim

    March 3, 2009 at 1:08 am

    entri ini buat aku sedar…terima kasih….

     
  2. CAHAYA MATA

    March 3, 2009 at 1:33 pm

    SETUJU..!! SETUJU..!!
    tapi selalu tak sedar.. dan tak berniat begitu..
    lantas ucapan MAAF menajdi begitu mudah dan murah dituturkan.. sebagai menutup rasa bersalah..

    ntah kan ikhlas atau tidak MAAF itu, kita tak tahu..

    peringatan utk SAYA juga.. lidah ini mesti di jaga.. (-.-)

     
  3. zetty

    March 3, 2009 at 2:33 pm

    wut a nice entri kak sue…
    kerana mulut..badan binasa..
    marilah kte sama2 jaga mulut..

     
  4. sUe

    March 4, 2009 at 7:30 am

    akim: sama-sama.🙂

    cahayamata: kadang2 apabila bertutur, memang selalu ada yang terlanjur. walaupun mungkin tak sengaja atau tak sedar. sbb itu lah kena jaga lidah. terlajak kata payah nak diundur.

    “the damage is done” bak kata omputeh.😛
    jom sama-sama kita jaga lidah.

    p/s:entri ini tercipta pun sbb kecuaian saya dalam menjaga lidah. aduhai…😐

    zetty:ya betul. kadang2 berdiam itu mungkin yg paling baik daripada berkata tetapi melukakan. hurm~

     
  5. inz

    March 4, 2009 at 11:04 am

    btol3…

    tapi, kalau ada yg sengaja melukakan..itu yg buatkan sy rasa mcm….

    herm..geramnya.

    tapi Tuhan itu Maha Adil.

    biar Dia saja yg memberi balasannya pada orang2 begitu krn Dia saja tahu apa yg terbaik utk hambaNya.

    dan kita, tak perlu merendahkan martabat kita dgn menggunakan kata-kata setajam pedang utk membalas kembali apa yg orang dah buat pada kita.

    its ok. biarlah orang baling batu pada kita. tapi kita tetap berikannya madu.

    sbb kita hidup bkn krn mereka. tapi krn Dia.🙂

    tak perlu jadi orang yg tak bertamadun jugak utk membalas perbuatan org2 mcm tu.

    kan?

     
  6. sUe

    March 5, 2009 at 2:22 pm

    inz: betul tu nabila. setuju 100%!🙂 Nabi juga suruh buat baik pada org yg buat jahat pd kita. Kerana dgn cara itu dia lebih cepat insaf dan akan malu sendiri. Berbanding kita pun sama2 tak mahu kalah, sampai bila2 pun tak akan habis.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: