RSS

Ah,persetankan mencari diri. Saya sudah menggelupur tak menulis 5 hari. Huhu!(-_-“)

28 Feb

Ayah baru dinaikkan pangkat. Alhamdulillah. Dah rezeki ayah. Walaupun ayah agak kecewa kerana kebanyakan teman2nya sudah jadi pengetua, tapi ayah tak pernah melayan rasa kecewa berlebih-lebih.Bagi ayah,  Tuhan lebih tahu letak duduk rezeki masing-masing.

Tahniah ayah!

Ouh, saya bukan mahu bercerita tentang pangkat ayah. Tetapi sekolah baru ayah. Sekolah itu boleh dikatakan antara yang terbaik di Kedah. Keputusan PMR dan SPM nya juga antara yang tertinggi. Jadi, dipindahkan ke sekolah itu atas titik peluh sendiri tanpa perlu mengipas siapa-siapa atau melalui kabel orang dalam, ayah sudah cukup lega. Paling paling ayah lega ada lah kerana pelajar2nya tidak se’so-sial’ pelajar2 di sekolah lama ayah.

Kata mak “Ayah lega betul dapat sekolah tu. Tak ada lah kena deal dengan perangai macam-macam budak. Kat sekolah lama tu, ada yang kena culik lah, yang termengandung lah, yang jadi bintang filem orang dewasa lah (baca:adult movie @ filem biru), yang kaki mencuri merompak semua ada.”

Saya geleng kepala.

Dahsyat tak dahsyat moral budak-budak sekarang. Baru 13 tahun sudah pandai beraksi depan kamera untuk filem biru. Kemudian umur 15 tahun dah termengandung. Bagus,bagus! Memang Melayu Boleh!

Saya tahu budak-budak sekarang teruk. Saya tahu mereka-mereka sudah hilang dara seawal usia remaja. Saya juga tahu arak dan dadah itu perkara biasa bagi mereka. Tapi, bila di sekolah pun mereka bawa perangai hampas itu, memang melampau lah kan.

Mak bercerita tentang pelajar2 sekolah nya. Ada pasangan yang ketika cikgu mengajar di depan, yang lelaki itu sebelah tangan memegang pensel. Sebelah lagi bermutasi menjadi ular sawa. Menyeluk, melingkar dan menjalar di dalam baju kekasih nya. Dan saya bercerita ini tentang budak tingkatan satu.

*geleng kepala*

Cerita mak lagi, ada pelajar perempuan yang semasa cikgu mengajar, dengan ghairahnya menjilat (ya,menjilat!) tangan kekasihnya. Macam tangan budak itu ais krim paddlepop perisa strawberry.

Kata mak “Dahlah tangan budak lelaki itu hitam legam berkilat. Tak geli ke?”

Ah, bercinta mak. Tangan hitam legam berkilat pun nampak macam ais krim.~duh! Yang hairannya, kot iyer pun dah gersang sangat, janganlah buat di hadapan guru yang memberi ilmu. Macam tak menyempat-nyempat. Biadap sungguh! Saya yang mendengar pun rasa menggelegak saja hati ni, tak dapat bayangkan guru-guru macam mak yang kena hadapi benda ini setiap hari. Hurm….

“Cikgu-cikgu sekarang, kalau tak kuat iman,silap2 boleh masuk hospital sakit jiwa.” kata mak.

Aih, ini lah realiti anak bangsa saya. Di negara Boleh-Land yang tercinta. Syabas !!

 
6 Comments

Posted by on February 28, 2009 in Bebelan saya, Bengong, famili, Manusia

 

6 responses to “Ah,persetankan mencari diri. Saya sudah menggelupur tak menulis 5 hari. Huhu!(-_-“)

  1. zetty

    March 1, 2009 at 12:32 am

    erk…ade gak ke dak2 cmtu depan cikgu?
    tu depan, klu belakang..adei..xyah bayang la..
    tergamak derang ea..
    seb baik mak ayah dzeti ngaja skolah rendah..huhu
    nway, sekolah mn ayah kak sue dipindahkan?
    tahniah ayah kak sue!!!
    =)

     
  2. jones

    March 1, 2009 at 10:29 am

    🙂

     
  3. sUe

    March 1, 2009 at 12:20 pm

    zetty: ada zetty. Selalunya budak2 begini adalah dari kelas2 akhir. yg dah tak minat nak belajar.lps tu dtg sekolah buat aksi sarkas pulak.isk!

    ayah kak sue pindah sekolah ibrahim. ok lah kot sekolah tu. better dari sekolah lama dia.huhu.

    jones: selamat datang. senyum kembali.🙂

     
  4. CAHAYA MATA

    March 2, 2009 at 10:50 am

    owhhh..!! teruknya budak-budak zaman sekarang..

    mungkin boleh kita perbanyakkan sekolah satu jantina sahaja.. errkkk..

    apa-apapun TAHNIAH utk ayah awak yer..🙂

     
  5. inz

    March 4, 2009 at 10:33 am

    waahh….

    teruknye kak sue keadaan skang. maksu saya pon cikgu jugak, tapi maybe sbb die mengajar sek ren. problemnye lain pulak. masih lagi di tahap terkawal walaupun degilnye bertambah-tambah. huhu.

    kate maksu saya, kalau tak kuat, ramai agaknya cikgu-cikgu kena tekanan darah tinggi mengenangkan perangai anak murid sorang-sorang. nak dimarah, nanti datang pulak ibu bapa siap berparang-parang bagai ke sekolah. scary kan zaman sekarang?

    buatkan sy berfikir berkali-kali, bila dah kahwin dan ada anak nanti, nak sekolahkan anak kat mana lah agaknya ye?

    *sigh*

    ehhh, sblom terlupe.. tahniah kpd ayah Kak Sue!🙂

    hee..

     
  6. sUe

    March 5, 2009 at 2:16 pm

    cahayamata: sekolah satu jantina saya rasa better kot. tapi masalah homoseksual la pulak…hoho.

    nabila: kak sue rs kalau sekolah yg elok dan jenis strict bab2 pelajaran, ok lah kot. atau pun, kalau betul2 mahu fokus pada study anak2, better homeschool saja mereka. tapi kesian pulak. takde sosial life pulak nanti.

    aih…susah jugak nak membimbing anak2 ni yer?
    (ceh, cakap mcm nak kawin esok jek…hahaha😆 )

    cahayamata dan nabila: terima kasih atas ucapan tahniah kamu.🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: