RSS

Ya, saya memang kuno. Terima kasih.

19 Feb

fesbuk

Saya tidak ada mukabuku.

Tetapi, saya ada seraut muka yang (Alhamdulillah) cukup sifat segala (ada mata,hidung,mulut).

Dan saya juga sudah ada buku. Yang tak terkira banyaknya.

Jadi, oleh kerana saya sudah ada muka dan juga buku, perlukah lagi saya untuk mempunyai mukabuku?

Nota kaki:

Entri ini untuk menjawab pertanyaan orang sekeliling yang mahu tahu kenapa saya tidak mempunyai laman mukabuku sendiri. Malah, seorang kawan terkejut besar ketika mendapat tahu betapa ketinggalan zaman nya saya kerana tidak ada laman web itu.

Ke’terkejut’an terlampau dari dia itu seolah-olah seperti saya telah ketinggalan salah satu dari ciptaan agung manusia. Dia juga telah menyenarai kan banyak kelebihan mukabuku daripada ‘kawan’ster. (yang juga tidak lah saya mengaktifkan diri lagi)

Oleh kerana sifat semulajadi saya yang mudah ketagih dengan benda-benda lagha, jadi saya memutuskan untuk tidak mempunyai mukabuku buat masa ini. Kerana baru ada blog satu pun, saya sudah membuang masa berjam2 bloghopping sampai tak jadi kerja.

Seperti kata Mike Delfino dalam episod terbaru Desperate Housewives  “I will do it when they create 30 hours per day.”

Buat masa ini, cukuplah blog, Desperate Housewives, Prison Break dan beberapa siri korea dan jepun yang menjadi ‘heroin’* bagi saya. Saya takut overdose.😛

* Heroin maksudnya adalah dadah heroin. Sebagai metafora satu ketagihan. Bukan hero dan heroin dalam filem itu ya?

 
3 Comments

Posted by on February 19, 2009 in Bebelan saya

 

3 responses to “Ya, saya memang kuno. Terima kasih.

  1. ropi

    February 19, 2009 at 9:52 pm

    tak payah facebook, friendster.

    get a life, meet with your frens. luls.

    social life is a human need. especially in real world.

    virtually? you’ll be surprised how superficial someone can be. hahaha

     
  2. amirahsyuhada

    February 20, 2009 at 4:57 am

    saya sokong desperate housewife, ehh tak maksud saya, saya minat giler gak desperate house wife, wpun ada orang kata, cuma orang desperate je yg minat cerita tu.

     
  3. sUe

    March 1, 2009 at 1:17 pm

    ropi: yah,u’re right. tak boleh percaya sgt dunia maya. most of them are person with many alter egos and split personalities.😛

    amirahsyuhada: haha…desperate tak desperate…layan kan saja. sebab cerita dia best. cuma tajuk dia tu tak berapa best. perkataan desperate itu lah. tapi, kalau tajuk dia lebih teruk dari itu pun, tapi jalan cerita tak berubah, saya tetap tengok jugak…sbb jalan cerita dia yg best. heh heh…

    p/s: saya suka sbb semua org macam ada ‘skeletons in their closet’. semua ada rahsia masa lampau sendiri. sbg seorg yg busybody, sy pun nak tahu pasal rahsia lampau org lain…hehehehe:mrgreen:

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: