RSS

Senyum itu penawar duka. Kadang2 senyum juga boleh menjadi racun berbisa.

16 Feb

mainpix21

Saya harap ini bukan pengacara wanita yang saya suka itu.

Saya harap di belakangnya bukan runtuhan Gaza tetapi hanyalah gambar super-impose semata-mata.

Saya harap bayi itu bukanlah bayi Palestin yang kehilangan ibu bapa tetapi adalah bayi Mat Salleh yang dipinjam sementara untuk bergambar di depan kamera.

Saya harap dia tidak senyum dan berwajah ceria.

Saya harap mata saya yang rabun dan buta.

Saya harap…

Saya harap…

Saya harap…

*sudah tak terkata apa lagi*

Maafkan kami Palestin. Kami memang tidak akan faham penderitaan mu di sana. Walaupun ada peluang untuk kami jejakkan kaki dan muhasabah diri, tetapi kami tidak gunakan peluang itu sebijaknya.

Malah, kami lebih pentingkan make-up dan riak wajah kami ketika di hadapan kamera.

Maafkan kami Palestin. Kami memang tidak sensitif dengan situasi mu. Betapa dahsyat nya keadaan mu di sana. Hingga satu senyuman saja sudah nampak janggal. Nampak pelik. Nampak kejam.

Maafkan kami Palestin.

Kami memang tidak  pernah akan faham.

Kredit gambar dan info: di sini

 
8 Comments

Posted by on February 16, 2009 in Bengong, Dunia, Manusia

 

8 responses to “Senyum itu penawar duka. Kadang2 senyum juga boleh menjadi racun berbisa.

  1. amirahsyuhada

    February 16, 2009 at 10:58 am

    hanya insan yang melaluinya saja akan merasai…kita hanya memandang dan meluah simpati, sezarah pun takkan dapat menyamai penderitaan mereka.

     
  2. nursakinah abdul rahman

    February 17, 2009 at 11:29 am

    janggal…

     
  3. akim

    February 18, 2009 at 3:43 am

    selagi tak pernah kena..selagi tuh kita xkan paham…

     
  4. ainunlmuaiyanah

    February 19, 2009 at 6:40 pm

    mungkin nurul syuhada ni senyum bila pegang bayi yang terselamat kot..

    mungkin dia patut tahu satu perkara yang tak semua perkara perlu senyum kan?

     
  5. sUe

    March 1, 2009 at 1:35 pm

    amirahsyuhada: ye betul tuh. tapi sekurang2nya tunjuk lah bersimpati. tak perlu lah pergi sana dan bergambar macam sedang on vacation. haiyoo…😦

    sakinah: mmg sgt janggal.

    akim: itulah pasal.😦

    ainunlmuaiyanah: entah lah. tak pasti kenapa dia senyum. dan lepas baca komen dia pasal ‘santa clause’, rs mcm nak hantuk kepala ke dinding je… so insensitive!😡

     
  6. Ust Minudin Bakri

    April 16, 2009 at 2:35 pm

    Assalamualaikum…

    saya tertarik untuk memberi respon kepada web ini apabila terbaca perkataan ‘janggal’ yang nampaknya terkeluar daripada bentuk hati kaum hawa diatas.

    Sebenarnya bila kita renung sejarah islam.. sejarah nabi2.. Kita tidak di minta untuk menunjukkan sangat reaksi sedih kita meskipun kita dalam kesedihan. Malahan jika saudara islam kita meninggal, ataupun mungkin saudara kita meninggal, adakah kita dibenarkan meraung untuk menunjukkan kita sedih? adakah kita lupa bahawa Allah yang Maha Bijaksana lah yang sebenarnya telah menentukan itu semua? Ataupun kita terlupa rukun iman iaitu Percaya kepada Qada dan Qadar..

    Jadi, jangan di sebut perkataan ‘janggal’ kepada senyuman zahiriah wanita yang nampaknya masih memiliki bayinya untuk dipeluk dan disusu..

    Berat mata memandang, tapi hanya mereka yang memikul sahaja dapat mentafsirkan perasaan batin mereka.

    Mungkin rumah serta bangunan telah hancur dengan sekelip mata.. tapi bagi yang beriman, itu hanyalah mata duniawi.. tafsiran mereka tak sama.. Itulah bezanya antara yang buta dengan yang celik..

    Tapi senyuman yang terukir si ibu kerana masih mampu melihat anaknya bernafas dan hidup bersamanya..

    Maafkan saya kalau ada yang kurang senang dengan respon saya pada laman ini, tapi saya percaya latar belakang pada gambar diatas terdapat dimerata tempat di tanah mereka. Dan reaksi si ibu bukan pada bangunan, tapi pada bayinya, cuma fokus si jurukamera mungkin pada bangunan yang hancur.. dan senyuman yang terukir diatas adalah pada si ibu, bukan pada jurukamera.. Semoga saudara/ri yang saya hormati sekelian faham.. alhamdulillah.. assalamualaikum..

     
  7. sUe

    April 16, 2009 at 6:40 pm

    waalaikumussalam…
    terima kasih atas respon ustaz..saya amat menghargai dan mengalu-alukannya..tetapi, mungkin ustaz kurang jelas…wanita yg tersenyum itu bukanlah ibu kepada bayi tersebut..malah dia sendiri masih belum berkahwin (setakat yang saya tahu lah)

    wanita itu adalah seorang selebriti dan pengacara di Malaysia yang ditugaskan untuk menemuramah rakyat Palestin sana..budak itu diambil sebagai tujuan untuk ber’posing’ di hadapan kamera semata2…ibu bapa budak itu telah lama meninggal dunia.

    jika wanita itu adalah ibu kepada budak itu, tentu sekali lah saya faham perasaannya…kerana tidak ada apa yg lebih menggembirakan seorg ibu daripada melihat anaknya hidup dan selamat.tetapi wanita itu bukanlah ibu budak itu.namanya Nurul Syuhadah, pengacara dari Malaysia.

    kerana itu saya rasakan senyuman nya janggal.dan cara dia menjawab soalan dan membuat lawak merasakan dirinya santa claus itu pun saya rasa janggal…kerana saya rasa temuramah nya ke bumi Palestin seolah2 langsung tak meninggalkan kesan ke atas jiwa nya.maaf jika saya menghukum dia membuta tuli.tetapi sekurang2nya itu lah kesimpulan yg dpt sy buat lepas melihat gambarnya dan membaca jawapannya.

    saya pernah lihat norzi pa’wan chik menemuramah saudara2 kita di Bosnia.dia mengalirkan air mata ketika seorg wanita bercerita tentang penyembelihan di Shabra dan Shatilla.saya rasa itu barulah wartawan yang ada ‘jiwa’.

    saya harap ustaz faham dengan jawapan saya ini. apa-apa pun,sebarang bentuk perbincangan adalah dialu-alukan. kerana saya sendiri nama nya manusia, tidak sempurna dan penuh kekhilafan.

    sekian.terima kasih.🙂

     
  8. Ust Minudin Bakri

    April 17, 2009 at 8:37 pm

    waalaikumsalam wbt..

    Terima kasih atas fakta tambahan yang saudari beri diatas.. Walaubagaimanapun.. Saya tidak akan memberikan respon bagi kenyataan saudari kerana, bagi saya kenyataan tanpa bukti.. (kenyataan ragu-ragu yang dihebahkan) akan hanya mengundang padah dan mungkin fitnah yang dasyat hukumnya di akhirat.

    Yang baik dari allah.. yang buruk itu kelemahan saya sebagai hamba allah..

    assalamualaikum..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: