RSS

Di Pondok Kecil

15 Feb

88398499_vuyvc1pk

Di Pondok Kecil
by The Zikr

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu
diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid
selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam
wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x
duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua
pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

Ini lagu yang sungguh nostalgia. Antara lagu nasyid paling ‘in’ sekitar tahun 90-an dulu. Masa itu, kalau ada pertandingan nasyid sekolah rendah, lagu ini lah yang paling popular. Kalau 10 kumpulan yang bertanding, mesti 9 dari 10 akan menyanyikan lagu ini.

Ya, lagu ini memang sangat popular dulu.

Baru-baru ini saya terserempak dengan lagu ini ketika merayau2 di DCPlusPlus. (ouh, mungkin saya akan gila bayang rindukan DCPlusPlus bila sudah tidak ada di sini nanti…huhu)

Nasyid ini mengembalikan semula kenangan saya ketika sekolah rendah dahulu. Saya jarang masuk pertandingan nasyid. Tapi, selalu masuk pertandingan bercerita. Selalunya, pertandingan berunsur keagamaan ini akan diadakan sekaligus di satu tempat. Maksudnya, pertandingan bercerita, tilawah, hafazan dan nasyid akan diadakan serentak.

Selalu, lepas habis bercerita, saya akan merayau2 untuk melihat pertandingan nasyid. Dan, selalunya lagu nasyid ini lah yang dinyanyikan.

Mendengar lagu nasyid ini mengembalikan nostalgia dulu. Sampai sekarang, saya masih mendengarnya berpuluh-puluh kali tanpa jemu. Dan, berpuluh-puluh kali juga lah lagu ini berjaya buat hati saya jadi sayu.

Notatapakkaki:

Gambar di atas seperti biasa adalah dicuri. Kalau lah hukum hudud dilaksanakan dalam dunia blogosfera ini, mungkin tangan saya sudah kudung berkali-kali dan cuma tinggal seinci. Akibat terlalu kerap “meminjam tanpa izin” gambar-gambar di internet. Isk!

Baiklah, lepas ini saya akan cuba meng’kredit’kan setiap gambar yang saya curi. pinjam tanpa izin. InsyaAllah, kalau saya rajin save setiap link gambar itu. Hurm….

 
5 Comments

Posted by on February 15, 2009 in lagu, Nostalgia

 

5 responses to “Di Pondok Kecil

  1. amirahsyuhada

    February 15, 2009 at 1:14 am

    ya, saya minat sungguh lagu2 the zikr, kaset merah dia tu saya beli berkali dan juga hilang berkali.

     
  2. kel@mbu

    February 16, 2009 at 2:55 am

    kalu x slap lagu ni dr team nasyid kmpulan al-arqam dlu. suara si ayah tu mcm suara munif hijjaz. ntah btul ke tidak. hehe. tp lagu ni memang layan.

     
  3. sUe

    February 19, 2009 at 1:30 pm

    amirahsyuhada: ouh, macam mana boleh hilang tu?mesti sedap sangat sampai ramai yg nak pinjam tanpa izin.hehe.

    saya tak pernah tahu pun kewujudan kumpulan ini. sampai lah saya jumpa di DC++. Lagi satu, ada byk versi penyanyi lagu ini. Sampai saya keliru mana satu penyanyi dan pencipta asalnya.

    kel@mbu: saya selalu juga mendengar nasyid2 dari kumpulan al arqam dulu2. dan ternyata nasyid mereka lebih menginsafkan berbanding nasyid skrg yg byk sgt pasal cinta.hurm…

     
  4. shahnie

    July 9, 2010 at 2:06 pm

    saye ke lagu nie!

     
    • sUe

      August 5, 2010 at 12:50 pm

      saye pun suke jugak!😉

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: